Monday, January 6, 2014

Kembara Mengelilingi Semenanjung Malaysia Dengan Motorsikal Part 1

Assalamualaikum semua.

Kali ini, kawan nak kongsikan cerita atau lebih kepada program jalan-jalan kami.

Semenanjung Aku Pusing

Program ni dah lama kami rancang. Sejak dari Mei 2013. Cuma tak berkesempatan untuk buat dalam bulan Jun Julai sebab ada yang tengah praktikal, ada yang mengikuti kursus autocad. Ditambah dengan saya sendiri baru mula bekerja. Jadi, tertundalah rancangan ini.

Penghujung September begitu, kami rancang sekali lagi. Selepas puas membaca pengalaman-pengalaman mereka yang pernah buat pusing-pusing ni, jadi hati memang teruja. Persiapan dari segi perbelanjaan, tempat tinggal, kuda (motorsikal) semua sedang disiapkan. Tapi, ada satu masalah. Motor tak sesuai untuk jalan jauh. Jadi,kena lah cari motor kawan-kawan untuk pinjam.

Diringkaskan cerita, dari 10 orang 'rider' tegar, lama-lama berkurang. Ada yang alasan motor tiada, ada program lain, dan sebagainya. Alasan bajet juga diterima. Tidak mengapa, tiada rezeki mungkin untuk mereka turut serta. Jadi tinggal dalam 4 ke 5 orang.Malam sebelum bertolak, sorang lagi tarik diri. Jadi, yang betul betul tegarnya hanyalah tiga orang - saya, zahkariyaz dan khairul adzha.

Persiapan sebelum pergi.
1. Motor mesti dah servis. Tukar minyak hitam, coolant, cek bateri, tayar mesti dalam keadaan ok. Digalakkan untuk menggunakan tayar jenis "tubeless". Kalau jadi apa-apa, cucuk je ulat tu.
2. Kelengkapan ketika kecemasan. Baju hujan, pam,set untuk buka skru dan nat ( spanar,playar dan sebagainya). Kalau boleh cari juga jaring yang macam ni. Senang nak ikat barang.
3. Kasut. Takpun selipar macam crock yang bertutup tu. kasut getah pun ok. Sebab kalau hujan,senang dan cepat kering. cuma kalau kena cuaca panas betul, rasakanlah kepanasannya.
4. Peta. Ini wajib. Paling kurang boleh agak  nak berhenti dekat mana, nak singgah kat mana dan sebagainya.
5. Sarung tangan / hand sock. untuk penjagaan kulit dari terbakar dek kepanasan matahari.
6. Beg yang kalis air. macam beg deuter tu. kalau tak mampu, guna je beg biasa. Cuma barang-barang dalam beg tu masuk dalam plastik.
7. Kompas qiblat, charger handphone,pakaian solat jangan lupa.Rider rider juga, solat kena buat. boleh jama' qasar.tak jadi masalah.
8. Niat. Niat untuk melihat kebesaran Allah. Belajar bermusafir.
9. Jam.
10. Kamera. Kalau ada kamera go-pro tu, memang superb-lah. Boleh rakam macam Moto GP tu. Lagi pun, pemandangan dekat Malaysia ni ada yang cantik-cantik. Tambah kalau jumpa benda-benda pelik. Serius tak rugi.
11. Dah buat bajet belanja semua. Standby sekali duit shopping.hehe. Plan dah nak tidur mana.Paling kurang plan, jangan tak plan langsung ya.


Hari Pertama 1 November 2013.

Barang dah setting semua, jadi dalam 5.45 dah bangun. Subuh dulu,makan roti dengan minum air buat alas perut. Minyak semua dah isi, jadi dalam pukul 7.00 pagi kami keluar dari pintu UTM. Dalam perjalanan menuju ke R&R Machap, kami berdepan dengan jalan yang penuh dengan kabus di sesetengah tempat. Risau juga kalau hujan. Tapi, kabus ni macam lalu sahaja. Lepas dah jauh dari kawasan yang ada kabus, cahaya matahari mula memancarkan sinarnya ke wajah-wajah kami. Jadi, dah boleh nampak bayang-bayang sendirilah.
Bergambar di Majlis Pelepasan. Bersama Pemilik Kamera, Shahfizan a.k.a Apek

Berhenti di Machap. Isi minyak dulu.
* Jangan lupa catit.
* RM 4.00
Bila nak isi minyak,kena lah buka 'seat'. Jadi memang kena lah pasang balik labah-labah tu elok-elok.

Selepas tu, perjalanan diteruskan, berhenti di Pagoh dan hentian Linggi.



Kemudian, kami mula ikut susur kiri selepas USIM untuk terus ke arah Utara.Ada satu R&R dekat sini, R&R Dengkil rasanya.boleh je isi minyak dulu, sebab R&R seterusnya tak pasti berapa jaraknya.Tapi kami teruskan sebab yakin minyak boleh sampai R&R seterusnya.
Akhirnya jumpa stesyen minyak berdekatan. Lebih kurang 10km kami menunggang motorsikal dengan berhemah, untuk mengelakkan minyak habis

Kemudian, masuk ke kawasan Sungai Buloh, cuaca dah mula gelap. Tapi tetap teruskan, tapi tak jauh. Sebab kemudian kami nampak semua mat-mat motor berhenti tepi jalan pakai baju hujan. Apa lagi, terus bertukarlah.

Cuaca tidak menentu pada petang itu. Dari Sungai Buloh ke Rawang, hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja keluar dari R&R Rawang, cuaca panas kembali. Kami meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di Hentian Sebelah Tanjung Malim. Di sini kami berehat sebentar untuk mengisi perut dan juga menunaikan solat.




Sekitar jam 1.45 petang, kami meneruskan perjalanan, dan tempat yang dituju ialah R&R Tapah. Kami merancang untuk makan tengahari di sana dan mengisi semula tangki minyak yang semakin kering.


Cuaca mula mendung.Dari awal lagi kami telah mengenakan baju hujan. Menghampiri simpang keluar ke pekan Gopeng, hujan turun dengan lebatnya. Hati ini berbelah bagi, samada mahu meneruskan perjalanan menggunakan lebuhraya ataupun keluar untuk masuk ke jalan bandar.

Memandangkan masa tidak mengizinkan, ditambah kurang arif dengan laluan biasa, kami meneruskan perjalanan menggunakan lebuhraya. Walaupun agak gusar dengan cuaca yang semakin lebat dek kerana risau permukaan jalan yang agak licin, kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, sebaik sahaja memasuki bandar Ipoh, cuaca tidak lagi hujan. Hanya mendung. Kami melalui laluan berbukit dengan lancar dan berhati-hati. Puas. Itulah kata-kata yang mampu terluah tatkala berjaya mengharungi kawasan berbukit tersebut.
Gambar dari kamera Z.

Di Hentian Sg Perak





Tepat jam 7.00 malam, kami tiba di Jeti untuk menaiki feri ke Georgetown.

Pemandangan dari atas feri

Perjalanan sekitar 10-15 minit menaiki feri dengan bayaran RM2.00 untuk menunggang motorsikal. Kemudian, bermulalah "explorace" kami menaiki hotel-hotel bajet. Mana yang jumpa, kami tanya. setelah hampir setengah jam, maka kami pun menjumpai tempat untuk beradu malam ini.

Malamnya, kerana masing-masing dah malas nak pergi cari-cari tempat makan, kami pun makan sahajalah di kedai berdekatan dengan hotel. Selesai mengisi perut, kami menuju ke Padang Kota untuk melihat suasana malam di sana.

Orang ramai, tapi tidaklah terlalu hiruk-pikuk. Masing-masing duduk di tembok-tembok sambil menikmati udara dan hembusan bayu di tepi pantai. Lantunan ombak memecah pantai sering kali menghilangkan suasana sunyi. Ditambah dengan kewujudan Penang-Free Wifi, maka masing-masing tunduk dan asyik dengan gajet masing-masing.


Sekitar jam 11 malam, kami pulang ke hotel untuk berehat.Misi esok; Padang Besar-Grik.

RM7 - minyak dari awal
RM5 - Machap
RM4 - Pagoh
RM7 - Linggi
RM5 - Sg Buloh
RM8 - Tapah
RM5 - Sg Perak
jumlah : RM41

Makan
Sarapan : RM3.50
Makan Tengahari - RM7
Makan Malam - RM 7
jumlah RM17.50

Penginapan - RM22

Lain-lain:
Tol RM2


15 comments:

  1. Tumpang tnnya apa nama hotel bajet yg 22 henggit tu

    ReplyDelete
  2. hotel tu xde la RM22. kira 60 jugak la.tapi sebab kongsi 3, tu jadi 22 je tu. =)

    nama hotel: budget hotel. boleh tengok entry seterusnya =)

    ReplyDelete
  3. Salam bos .tumpang tya.berapa kos total semua bajet utk tour 1 Malaysia ni.tq :)

    ReplyDelete
  4. Salam bos .tumpang tya.berapa kos total semua bajet utk tour 1 Malaysia ni.tq :)

    ReplyDelete
  5. Kalau nak buat lagi..
    Roger saya.
    Saya nk bmusafir juga 0182474642

    ReplyDelete
  6. Salam..lagi cantik kalau ada catitan jumlah jarak perjalanan harian

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.yg tu..boleh google la kut.sbb tiap2 entry memang ada cerita kami start dari mana & ending kat mana =) secara kasarnya boleh agak la berapa km.tq

      Delete
  7. salam tuan..kalu ada nak ride roger saya..serius nk join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar.. . Sy baru je lepas ride Malaya 2018....17-23 ogos

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Perkongsian yg baik Tuan

    ReplyDelete
  9. Bercita-cita juga nak round2 malaysia naik moto dengan husband.
    In shaa allah tahun depan...heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh ..Best tu..Insha'ALLAH tahun depan kami azam lagi utk RIDE MALAYA 2019..klu tarikh ngam Insha'ALLAH bole join 😊

      Delete