***********************************************************************
Selesai solat subuh, masing-masing mempersiapkan diri.Apa lagi, perut sudah berbunyi. Kenalah bagi isi dulu. Kami menuju ke sekitar Padang Kota untuk mencari restoran. Nak makan yang berat-berat, takut perut meragam nanti. jadi, cari roti canai sahajalah. Sambil-sambil cari tempat makan, sempatlah juga bersiar-siar di sekitar Pekan Georgetown.
Macam biasa,Cek dulu keadaan motor di pagi hari |
Hotel tempat kami menginap. Nombor dah ada dalam gambar. |
Add caption |
Z tidak boleh dipisahkan dengan dragon boat nya. |
Sarapan Pagi di Bandar Georgetown |
Di Pintu Gerbang tanah jajahan Negeri Perlis Indera Kayangan |
Kami memulakan perjalanan agak lewat hari ini, iaitu sekitar jam 9.00 pagi. Sempat untuk mengambil beberapa foto kenangan di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Padang Besar, Grik.
Kami diuji apabila hentian R&R Gurun ditutup. maka kami mengambil keputusan untuk keluar dari lebuhraya untuk mengisi minyak terlebih dahulu. Alhamdulillah, sebaik sahaja keluar dari plaza tol, kelihatan stesyen minyak Caltex.
Perjalanan diteruskan menuju ke Padang Besar dengan kembali memasuki lebuhraya dari simpang yang sama (Sg Petani Utara). Kami tiba di changloon sekitar jam 11.30 pagi. Cuaca yang panas dan kering sedikit sebanyak membuatkan badan terasa letih. Kelihatan juga skuad konvoi motorsikal berkuasa tinggi turut sama menuju ke destinasi yang sama.
Setelah mengisi minyak dan berehat seketika untuk menghilangkan lelah, perjalanan diteruskan. Saat pertama kali melihat pintu gerbang memasuki ke tanah jajahan negeri Perlis Indera Kayangan, kami berhenti seketika. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami. Perjalanan dari Changloon ke Padang Besar, kami melalui kampus Unimap dan juga satu suasana yang cukup menarik. Langit yang terbentang luas, tumbuhan yang menghijau. Subhanallah. Pujian milik Allah, tuhan pencipta keindahan bumi ini.
Suasana jalan seperti berada di dalam filem-filem luar negara.Angin yang kadangkala menjengah laluan ini sedikit sebanyak menyempurnakan keindahan alam di lokasi ini.
Jam 12.45 tengahari, kami tiba di Padang Besar. Wajib makan dahulu kerana perut semua sudah lapar. Dah sampai Padang Besar, apa lagi, borong sakanlah! haha. Tapi, bila fikir balik ruang dan kapasiti yang ada dalam beg, jadi kena bijak berbelanja!
Here we are! Padang Besar |
Sekali lagi, bersama model kami.hehe |
Inilah pemandangan yang saya maksudkan.Subhanallah.Sangat cantik.Fokus pada gambar latarbelakang ye. |
Langit biru |
Berehat sebentar sambil menikmati udara segar |
Jam hampir menunjukkan pukul 7.00 malam. Kami masih lagi belum tiba di Pekan Grik. Langit sudah mula ditutupi awan-awan hitam, menandakan hujan akan turun. Bergerak hanya berdasarkan papan tanda ditambah dengan gambaran kemudahan yang ada di pekan Grik. Masing-masing terus memecut untuk segera sampai sebelum hujan tiba.
Sebaik sahaja kami tiba di Pekan Grik, hujan turun dengan lebatnya. Dalam kebasahan, kami meneruskan usaha untuk mencari hotel-hotel bajet di sekitar pekan Grik. Alhamdulillah, Allah permudahkan dengan menemukan kami dengan Gerik Hotel. Di sekitarnya terdapat hampir 2-3 hotel lain untuk didiami. Berdekatan dengan pasaraya The Store menjadikan hotel di sini begitu strategik kepada pengunjung.
Hotel terbaik. asalnya yang 3 katil RM 60. tapi kami dapat RM50. Wifi,TV ada astro, bilik air ada water heater. |
Sebelah malamnya, kami mencari-cari tempat makan malam . Kami menjumpai deretan kedai makan terletak tidak jauh dari tempat kami menginap. Ada yang datang memang kebiasaan mereka makan di situ, dan ada juga datang untuk makan malam sambil menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Pengunjungnya bukan sahaja orang muda, malah ada beberapa golongan 40 dan 50-an yang turut berada di situ. Dengan berpakaian seperti mereka yang baru pulang dari masjid; berkopiah, berjanggut panjang ala-ala ustaz Azhar Idrus, siapa sangka mereka turut meminati untuk sama-sama menonton perlawanan bola sepak.
Nasi Goreng USA |
Inilah tempat makan malam kami. |
Perbelanjaan Hari Kedua
Minyak
RM 7 - Sg Petani Utara
RM 6 - Changloon
RM 4 - Changloon
RM 7 - Sg Petani
Jumlah : RM 24
Makan
RM3 - Sarapan (roti kosong 2 + 1 teh o suam)
RM 9 - Nasi Pattaya + ABC
RM 7.50 - Nasi Goreng USA + Air Barli
Jumlah : RM 19.50
Penginapan
RM 17
No comments:
Post a Comment