Monday, January 6, 2014

Kembara Mengelilingi Semenanjung Malaysia Dengan Motorsikal Part 4

Assalamualaikum semua.

Sarapan pagi hari keempat ditaja oleh sahabat saya. Kali terakhir berjumpa di MRSM Muar sekitar tahun 2007.Lama kan? Beliau kini sedang mengikuti pengajian master dalam perniagaan di UPM.
Kedai di pagi hari. nasi lemak semurah 80sen. 

Terima kasih warga Machang !

" Haih , takde keje betul naik motor jauh-jauh " keluhnya kepada kami. Keluhannya disambut dengan senyum dan sengih sahaja dari kami. Pagi ini, kami dijamu dengan Nasi Kerabu serta kuih muih yang sedap. Ada pulut pagi dan banyak lagi.

Destinasi seterusnya ialah Pasar Payang, Kuala Terengganu. Perjalanan asal adalah untuk menuju ke Air Terjun Sekayu, tetapi memandangkan ianya seperti mengambil masa yang panjang, maka kami membuat keputusan untuk terus ke Kuala Terengganu.

Seperti biasa, jumpa papan tanda memasuki tanah jajahan Terengganu, kami berhenti terlebih dahulu untuk mengambil gambar kenang-kenangan.
This is Terengganu




Dari Machang, ada 2 laluan menuju ke Kuala Terengganu. Kami perhatikan awan hitam mula berarak ke tepi pantai, lantas kami meneruskan perjalanan menggunakan jalan tengah. Di sepanjang jalan, kami menjumpai banyak nama-nama kampung yang menarik. Kampung Apek yang saya ingat. Kawan saya ada menyatakan nama-nama tersebut, cuma dah terlupa. Maaf.

Sekitar jam 11.30 tengahari, terlihat nun jauh di sebuah bukit kalimah
" Allah peliharakanlah Terengganu "

Amin. Maknanya, kami sudah tiba di Kuala Terengganu !
Sinaran mentari yang agak terik membuatkan tulisan tersebut sukar dilihat menggunakan kamera
Perjalanan diteruskan menuju ke Pasar Payang. Jalan-jalan cari kain pelikat, kain batik. Harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan. Disebabkan lapar, kami pun makanlah bekalan yang dibawa dari Machang pagi tadi.
Membeli belah di Pasar Payang, Terengganu
Tak banyak barang yang boleh dibeli. Bukan kerana tidak cukup ongkosnya, cuma ruangan di dalam beg sahaja yang sudah penuh. Jadi, beli sekadar muat-muat sahaja.
Dah puas membeli belah, kami makan bekal yang dibawa dari Machang.

Namanya Pulut Pagi. Ada Pulut, inti kelapa dengan ikan masin. Boleh tahan rasanya

Selesai membeli belah, kami menuju ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Kalau nak masuk ke Taman Tamadun Islam, kena bayar. Jadi kami tak masuk.Ambil gambar dari luar, kemudian terus ke Masjid Kristal untuk solat. Usai solat, maka sesi fotografi bermula.



Nak masuk , mahal. Ambil gambar dari luar sahaja mampu




Di sini juga Terdapat gerai menjual aiskrim dengan menggunakan susu kambing. Jadi, nak rasa punya pasal, belilah seorang satu.
ramai yang singgah di gerai aiskrim ni. Tambah cuaca panas, memang sedaplah pekena aiskrim dulu.



Di hadapan Masjid Terapung Kuala Terengganu

Destinasi hari ini ialah Kemaman.Tapi kami rasa dengan masa yang ada, kami mampu sampai ke Kuantan. Ini semua adalah berdasarkan kiraan sejengkal di atas peta. Sebelum bergerak terus, kami singgah sebentar di gerai untuk membeli sata dan keropok lekor. Cuma akok sahaja yang kami gagal jumpa. Ada  terjumpa, tapi sewaktu ternampak papan tanda tersebut, kami dalam keadaan memecut laju.




Kami singgah sebentar di sebuah tempat perkelahan. Tapi lupa pula namanya.



Jalan dari Kuala Terengganu ke Kemaman kebanyakannya jalan yang lurus. Ditambah terdapat 1 kawasan di mana jalanya baru diturap dan dilebarkan. Apalagi, terus memecut lajulah.

Sampai di Paka, meter minyak mula menunjukkan tangki perlu diisi. Saya memotong dan memberi signal kepada mereka untuk masuk ke "pit stop". Tapi hanya Edy yang berhenti , manakala zahkariyaz a.k.a Z tak perasan. Sehinggalah beliau sudah sampai ke kawasan perindustrian Paka, barulah beliau tersedar dan berpatah balik.

Jam sudah menunjukkan pukul 5. Kami harus meneruskan perjalanan untuk sampai ke Kuantan. Jadi,enjin dihidupkan.Teruskan perjalanan. Perjalanan menjadi semakin mencabar kerana laluan ini turut menjadi laluan pilihan bagi kebanyakan lori. Ditambah dengan waktu puncak bagi orang ramai untuk pulang ke rumah dari tempat kerja.

Sekitar jam 7 malam, kami berhenti seketika untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Sebaik sahaja kami selesai membaca doa akhir tahun hijrah, azan maghrib berkumandang. Tunggu sehingga selesai membaca doa, kami meneruskan lagi perjalanan.

Edy mengetuai bacaan doa akhir tahun dan awal tahun
 Hari semakin gelap. Penglihatan menjadi semakin samar, hanya lampu jalan dan lampu motor sahaja yang membantu menerangi pandangan di hadapan. Sekitar jam 7.45 malam, kami akhirnya tiba di bandar Kuantan. Mencari-cari hotel bajet berdekatan dan hampir 2-3 kali kami berpusing di kawasan yang sama.

Kami menginap di sebuah hotel bajet berdekatan dengan Masjid yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Selesai solat jama' maghrib isyak serta membersihkan diri, tibalah masanya untuk mencari tempat makan.
keadaan bilik yang kami tempah. RM50. TV ada, penghawa dingin, wifi, bilik air





Memandangkan Z pernah menuntut di Matrikulasi Pahang, jadi kami mengikut sahaja arah yang dibawa oleh Z. Dan kami menemui sebuah gerai berdekatan dengan pusat membeli belah Giant. Dan hidangannya biasa sahaja, cuma kali ini saya menempah air gelas besar!
Memang kembung air je lah bila minum gelas besar macam ni
Kali terakhir saya minum air dengan gelas sebesar jag adalah ketika trip Estija 2.0 ke Pantai Timur. Paling tidak,melepaskan hasrat yang lama terpendam gitu.

Sedar tak sedar.Sudah masuk hari keempat. Dan esok, kami akan berangkat menuju ke UTM.

Hari Keempat
Minyak
RM5 - Machang
RM6 - Kuala Terengganu
RM7 - Paka
Jumlah : RM 18

Makanan
Percuma : Sarapan Pagi ( Nasi Kerabu+Air Teh O)
RM1 - Teh O
RM6 - Aiskrim Susu Kambing 3
RM2 - Sata
RM2 - Keropok Lekor
12.90 - Makan Malam (+Air Gelas Besar)
Jumlah : RM 23.90

Penginapan
RM20

4 comments:

  1. oit..semangat terus membara baca catatan ko ni..2016 pnya trip, ada x??

    ReplyDelete
  2. Saya pon berhajat nak ke Terengganu dari Muar ,test
    naik Scooter Ego Avantiz.. biasa berkereta je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Azmi buang boleh PM saya di izhar.rapingeai@gmail.com
      Saya dari Sungai Rambai Melaka sempadan Johor nak ride pusing semenanjung

      Delete
  3. Saya pon berhajat nak ke Terengganu dari Muar ,test
    naik Scooter Ego Avantiz.. biasa berkereta je..

    ReplyDelete