Monday, January 6, 2014

Kembara Mengelilingi Semenanjung Malaysia Dengan Motorsikal Part 5




Assalamualaikum semua.

Pagi hari kelima. Saya berkesempatan untuk mengunjungi Masjid Sultan Ahmad I yang terletak berdekatan dengan hotel kami. Pemandangannya, kemudahannya, subhanallah. Usai solat, cuaca yang pada awalnya hanya gerimis, mula bertukar menjadi hujan lebat. Mungkin inilah hikmah dariNya. Semalam kami berpanas terik dari Machang ke Kuantan, kali ini kami diuji dengan cuaca hujan dari awal perjalanan.

Pemandangan Masjid Sultan Ahmad I

Selepas semua barang siap diangkut, destinasi kami pagi ini di rumah sahabat kami, Syafei ; wajahnya iras-iras penyanyi dari Korea, Kim Jong Kook. Berpandukan GPS, alhamdulillah kami selamat tiba walaupun dalam keadaan cuaca hujan.

Kami dijamu sarapan Nasi lemak beserta kuih-kuih tradisional. Sedap yang tak terkira.Ditambah air teh o panas menghangatkan sedikit cuaca yang sejuk di luar rumah. Kami cuba untuk menunggu sehingga hujan reda sedikit, namun keadaannya masih sama. Memandangkan perjalanan kami masih lagi jauh, maka kami meminta diri untuk beransur.

Sarapan pagi yang menyelerakan

Bersama Jong Kook Malaysia.hehe
Destinasi seterusnya ialah ke Matrikulasi Gambang, Pahang. Jaraknya dari rumah Shafei sekitar 10km. Perjalanan menjadi semakin mencabar apabila hujan turun semakin lebat. Dengan berhati-hati motor dipandu agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kemudian, pengembaraan diteruskan untuk menuju ke Pekan, Bandar Di Raja. Melalui jalan lama dan agak sempit. Ditambah dengan jalan yang agak licin. Hujan semakin lebat. Perlahan-lahan baju yang kami pakai turut basah hatta sudah memakai baju hujan.

Cuaca yang pada awalnya hujan lebat, perlahan-lahan terik sinar mentari kembali menghiasi ruang atmosfera bumi Pekan. Kami berehat sebentar di Muzium Sultan Abu Bakar.




Sesi melegakan seketika penat


Berdekatan dengan muzium tersebut, kami singgah di stesyen minyak untuk mengisi minyak yang semakin berkurangan. Kemudian, perjalanan diteruskan menuju ke Nenasi dan pekan Kuala Rompin.Tatkala mula melalui Tanjung Gemok, meter minyak sudah mula memberi amaran. Ditambah dengan cuaca yang terik membuatkan petrol mudah meruap. Walaupun terdapat beberapa stesyen minyak di situ, kami terus dapat menoleh ke belakang.

Namun, keadaan menjadi semakin merisaukan. Saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika di pondok bas untuk mengisi minyak petrol yang dibawa dari Kuantan lagi. Perut sudah mula kelaparan. Segala makanan yang berbaki habis semuanya dimakan, termasuklah kuih yang dibawa dari rumah Syafei.

Destinasi terakhir semakin hampir.10 kilometer memasuki pekan Mersing, kami berhenti seketika untuk membeli keropok lekor dan makan tengahari. Kesejukan ABC sedikit sebanyak melegakan badan yang panas dek sinaran mentari di tengahari.

Usai solat jama', perjalanan diteruskan menuju ke pekan Mersing. Setelah mengisi minyak, kami semakin yakin akan sampai sebelum Maghrib ke UTM. Selekoh-selekoh tajam satu persatu kami redahi dan apabila mula memasuki kawasan Kota Tinggi, hujan mula turun. Kami berhenti seketika untuk memakai baju hujan.

Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Kami memasuki lebuhraya Senai-Desaru. Hati semakin gembira. Segala rintangan satu persatu kami redahi, harungi. Hati mula rasa sebak dan syukur. Rezeki untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia diizinkan Allah.

Susur keluar ke pekan Senai agak sesak. Orang ramai berpusu-pusu keluar untuk pulang ke rumah. Jam 5.50 petang, kami tiba di pintu UTM. Gembira. Syukur.Alhamdulillah. Bergambar di depan pintu UTM menjadi antara saat-saat manis dalam hidup ini. Syukur. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.





Tiba di kolej tepat jam 6.10 petang, kepada Allah sujudku tanda syukur kepadaMu. Suka duka 5 hari ini cukup bermakna dan berharga. Kami melihat kebesaran, keindahan ciptaanMu. Kami mulai pengembaraan dengan doa, dan kami tutup juga dengan doa. Subhanallah.rezeki yang tidak semua peroleh. Tapi kami berasa cukup beruntung.

Alhamdulillah. Selamat tiba di Kolej kediaman kami

Hari Kelima
Minyak
Kuantan
Pekan
Mersing
Jumlah : RM23

Makan
Percuma - Sarapan Pagi (Nasi Lemak + Milo + Kuih)
Makan Tengahari - RM6


JUmlah
Minyak : RM126
Penginapan : RM 79
Makan : 77.10
JUMLAH : RM282

Lain-Lain
RM 2 - TOl P.Pinang
RM 4 - 100 plus
RM 26 - Jersi Bola Sepasang
RM 20 - Seluar Track
RM 10 - Keropok Lekor
RM 16 - Minyak Hitam
RM 127 - Minyak Hitam, Oil Filter, Coolant, Spark Plug, Spray Rantai, Baju Hujan
RM10 - Kompas
RM16.80 - Peta
RM 5 - Tali Pengikat Barang (Labah-labah)
RM100 - Saman
Jumlah : RM336.80

Jumlah besar:
RM618.80


JUmlah ni termasuk bayaran saman, beli baju hujan, kompas dan peta.Dan tidak termasuk sarapan pagi untuk 2 hari dan 1 makan tengahari. Jadi, kalau  bayaran saman tu simpankan untuk minyak, dan baju hujan dah memang ada, akan jadi kurang lagi dari jumlah ini.Kalau tolak RM100 duit saman dan RM 50 duit baju hujan tu persediaan untuk duit minyak, jadi jumlah besar hanya RM518.80.

Kenapa saya katakan demikian ? kerana kami pergi ketika harga minyak Malaysia belum naik 20sen. Jadi, untuk mudahkan, sediakan sahaja RM650 untuk mengelilingi semenanjung Malaysia.


Ada yang bertanya, apa yang saya perolehi sepanjang pengembaraan ini. Pengembaraan ini seperti kehidupan kita.

1. Adakalanya kita menjangkakan keputusan ini adalah terbaik.Namun Allah adalah sebaik-baik perancang.dan pastinya perancangan Allah itulah yang terbaik. Tapi sebelum berserah, kenalah berusaha. Segala kelengkapan asas dan ilmu perlu ada, dan setelah kita berusaha, moga jalan dan gerak hati keputusan yang kita buat itu adalah yang terbaik.

2. Perancangan bajet. Bajet sepanjang perjalanan jika ditolak duit saman dan sewa motor,memang menepati bajet.Jika kita bijak memilih dan merancang, in shaa Allah dipermudah.

3. Berat penunggang memainkan peranan penting. Seperti situasi di Paka. Saya dan Z menunggang motor jenama Yamaha LC. Kami mengisi jumlah minyak yang sama dari Kuala Terengganu, namun apabila tiba di Paka tangki minyak Z masih mempunyai 1/4, manakala tangki minyak betul-betul berada di takat yang mencemaskan. Begitu juga ketika berhenti di Tanjung Gemok.

4. Motorsikal berkuasa besar lebih menjimatkan minyak. Yamaha LC memang kalah dengan FZ untuk perjalanan jauh. Jumlah perbelanjaan untuk minyak petrol bagi FZ dibawah RM100,manakala LC melebihi RM100.

5. Malaysia mempunyai keindahan flora dan fauna yang menakjubkan. Subhanallah. Pergilah melancong dalam negara, tapi jangan sampai terlebih bajet. Ingat, 2014 tahun kita perlu mengutamakan yang utama.

6. Mengembara itu suatu yang menyeronokkan.

7. Kenalan yang ada, jangan pernah ada sifat dendam dan semua sifat-sifat buruk. Kenalan yang ramai memudahkan kita pergi ke mana-mana.

#akhir kata, kami semua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu kami, belanja makan, memberi kata-kata semangat, doa dan banyak lagi. Termasuk peminjam-peminjam barang dan motor, terima kasih tidak terhingga. Kejayaan ini bukan sahaja milik kami, tetapi milik anda bersama.


14 comments:

  1. Motorsikal berkuasa besar lebih menjimatkan minyak. Yamaha LC memang kalah dengan FZ untuk perjalanan jauh. Jumlah perbelanjaan untuk minyak petrol bagi FZ dibawah RM100,manakala LC melebihi RM100.
    hahahar.. like this statement :D

    ReplyDelete
  2. Penulisan yang baik ! Puas hati baca !

    ReplyDelete
  3. Sila-sila. cuma sekarang,minyak dah naik lagi. Jadi,kena betul-betul calculatelah ! =)

    ReplyDelete
  4. Orait bos dah dapat jawapan disini.hehe.nice blog

    ReplyDelete
  5. Orait bos dah dapat jawapan disini.hehe.nice blog

    ReplyDelete
  6. Sy akan memulakan pengembaraam sy insyallah bulan satu 2017 nnti

    ReplyDelete
  7. Sy akan memulakan pengembaraam sy insyallah bulan satu 2017 nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best harryzal harry. ride safely n jgn lupa quote sket blog ni bila dah selesai mengembara. Have fun !

      Delete
  8. saudara bergerak start dari mana?

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian. baca je pun dah seronok. hehe. teringin tu ade, tapi bile bolehnya ntah la. mudah2an ada rezki saya in syaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tgk di youtube RIDE MALAYA 2018 😄

      Delete
  10. Reading this in 2020 :D btw Penulisan yang best. Boleh buat rujukan bila nk solo ride nnt.

    ReplyDelete