Monday, January 20, 2014

2014. MOving Forward

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang kembali mencoret seribu satu kenangan di laman ini. Sudah lama hati terpendam untuk kembali menulis, cuma mungkin bukan izin dariNya. Walaupun demikian, memandangkan tahun baru hijrah dan masihi sudah bermula, maka saya kira saya perlu menggerakkan seribu usaha untuk menulis.

Tahun 2014. Menandakan umur yang semakin meningkat. Jika dikira dalam tahun hijrah,1435, bermakna tahun ini saya akan berumur 25 tahun. Satu tempoh umur yang dianggap emas dan berharga dan perlu untuk dimanfaatkan.

Menutup Ruang Dari Lensa

Terkadang saya sendiri berasa, berada di laman sosial dan terlalu aktif di dunia maya ini akan terdedah kepada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kita terjebak dengan perkara yang kita tidak ingini. Terkadang bukan berpunca dari kita, tetapi dari orang lain. Namun, adakah kita berhak untuk menghukum orang lain di atas kelalaian kita sendiri? Sama sekali tidak dan saya sendiri bersetuju dengan pendapat ini.

" Orang tak tahu cerita di sebalik semua ni. Dia tahu apa yang ternampak sahaja"

Skrip yang sama, cuma sekali lagi saya terleka. Jika dahulu pernah diberitakan menjadi agen penjual produk sesebuah organisasi, dan juga pernah tersebar luas kononnya kerap datang ke rumah kawan sendiri.

Sekali lagi saya cuai. Mungkin jika difikir secara tanpa sedar, kita akan menerbitkan berpuluh-puluh cadangan tindakan yang sepatutnya dilakukan pihak lain. Bukan dari kita sendiri. Sedangkan kita tahu, benda yang di dalam lingkaran kawalan kita @ circle of control.

Nyata, kerisauan saya pada awalnya ternyata benar. Risau kerana tidak mengkhabarkan, dan juga kerana penyertaan dari individu yang meragukan. Kerisauan yang kedua itu sedikit hilang apabila melihat kebolehterimaan di dalam kumpulan ini . Namun, kita lupa di alam dunia yang serba canggih ini, hidup perlu lebih berhati-hati.

Di saat kita cuba sedaya upaya menjaga tingkahlaku dan perbuatan agar kekal 'bersih', ternyata perancangan Allah itu lebih baik. Dia menghadirkan ujian supaya kita lekas bangkit dari terleka. Kerana sayangNya Allah pada para hambaNya. Kita sayangNya Allah pada ummat Muhammad.

Teringat kembali di zaman sekolah dahulu. Ketika solat jumaat, saya duduk di dalam lingkungan mereka yang tidak fokus ketika mendengar khutbah. Dan sedikit sebanyak apabila saya menoleh ke mereka, memang dari perspektif mereka yang melihat, seolah-olah saya turut bersama mereka. Ustaz Fauzi, selepas solat menegur perbuatan saya. Ustaz menceritakan peri pentingnya untuk saya menunjukkan contoh terbaik.

Kini saya faham apa yang cuba disampaikan.Kerana apabila kita mempunyai jawatan ataupun dikenali ramai, setiap tingkah laku kita akan diperhatikan dan boleh saja menjadi modal untuk orang lain mensabitkan perbuatan mereka oleh kerana " Afdhal pun buat."

Terima kasih atas perhatian semua, atas teguran. Saya perlu belajar dengan lebih banyak. Walaupun banyak yang sudah difikir, tetapi mungkin tak sebanyak yang orang lain fikirkan. Kita hanya sendiri. Sedangkan di sekeliling kita ramai. Walau bagaimanapun, lafaz Astagfirullah di atas kesalahan dan kekhilafan diri.

**2014, Meneruskan Tekad, Menerangi Laluan**

Sedar tak sedar, tamatlah sudah zaman ijazah sarjana muda. Maka, laluan hidup yang berliku akan bermula. Sambung pengajian, mencari kerja dan bermacam lagi mula memenuhi kotak pemikiran. Hal-hal lain juga turut difikirkan, dan alhamdulillah apabila musyawarah diadakan, ia menjadikan sesuatu yang penuh dengan tanggapan yang salah itu kembali kepada keadaan asal.

Sekurang-kurangnya, semua pihak boleh mula memfokuskan kepada cita-cita dan impian masing-masing terlebih dahulu. Masih lagi di atas awan yang sama. di langit yang sama. Dan perancangan hidup 2014 perlu disegerakan pembinaan asas-asasnya. Moga Allah redha dan dipermudah.


No comments:

Post a Comment