Assalamualaikum semua.
Hari ketiga. Dijangka perjalanan paling mencabar. Dari Grik kami akan menuju ke Jeli, kemudian ke Rantau Panjang dan akhirnya ke Kota Bharu sebelum akan bermalam di Machang.
Pemeriksaan motor. |
Disebabkan perjalanan sudahpun melebihi 1000km, minyak hitam dah berkurang. Kena isi la sedikit. |
Gerik Hotel. Berpatutan. Dekat je dengan The Store |
Putaran roda bermula setelah doa dibaca. Subhanallah, hari ini cuaca amat baik. Awan mendung mula berarak pergi dan diganti dengan sinaran cahaya matahari menerangi perjalanan kami. Kami berhenti seketika di Tugu Peringatan pembinaan lebuhraya yang menghubungkan timur dan barat semenanjung Malaysia.
Al fatihah buat mereka yang terkorban |
Baju hujan dilipat semula memandangkan cuaca alhamdulillah baik |
Bergambar bertiga |
Tiba-tiba saya melihat di depan saya seorang penunggang basikal.Kelihatan berumur sekitar 50an.Beliau menahan sahabat saya, Khairul Adzha. Dari jauh, mungkin dia mahu minta tolong mengambil gambarnya sedang mengayuh basikal, bisik hati saya.
Saya memerhatikan mereka dan kemudian berhenti, bertanyakan jika terdapat apa-apa masalah.
" Tengok depan " kata pak cik tersebut.
" Ada apa ? "
" Gajah "
Gajah di bahu jalan |
Terdapat seekor gajah di bahu jalan . Samada ia ingin melintas jalan, ataupun tersesat sehingga sampai di jalan tersebut. Kami berhenti seketika. Pemandu yang lain juga ada yang berhenti untuk mengambil gambar gajah tersebut. Sekitar 10-15 minit juga kami berhenti. Memandangkan perjalanan kami agak jauh, maka kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Perlahan-lahan motor dipacu tatkala bersebelahan dengan gajah tersebut. Tingginya sekitar 2.5 meter. Sebaik sahaja kami berjaya melintasinya, gajah tersebut mengeluarkan bunyi yang amat kuat. Apa lagi, kami terus memecut meninggalkan gajah tersebut.
Berhadapan dengan Royal Belum |
Mana-mana tempat yang nampak menarik pemandangannya, kami akan berhenti untuk ambil gambar. |
Bergambar di Hentian Titiwangsa |
Seketika kemudian, satu sekatan telah dijalankan oleh pihak polis. Ini adalah satu kerugian dari segi wang ringgit apabila 2 daripada kami telah disaman! Atas kesalahan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.Awalnya rasa terkejut, sebab ingatkan tak jadi masalah. Tapi terima sahajalah kan.
Jalan sekitar 10 meter kedepan, hujan mulai turun. Ini memang terbaik. Kami melihat terdapat gerai menjual buah-buahan di seberang jalan. Kami pergi berteduh di sana buat seketika. Sambil menunggu hujan reda, kami bersembang dengan mak cik tersebut sambil memakan buah rambai. Turut menemani mak cik tersebut ialah anak-anaknya.Sejuk sedikit perasaan ini apabila mak cik tersebut mempelawa kami memakan buah rambai miliknya. Kami menyatakan tujuan kami, iaitu hendak menuju ke Rantau Panjang. Mak cik memberi gambaran kasar jarak perjalanan yang kami terpaksa lalui, iaitu sekitar 40 minit.
Perjalanan diteruskan, dan sekitar jam 1.00 tengahari, kami tiba di Pekan Rantau Panjang.Hujan renyai-renyai tidak menghalang orang ramai untuk membeli belah. Ditambah malam ini adalah final Piala Malaysia melibatkan pertembungan antara Kelantan dan Pahang dan kerajaan negeri memberi cuti khas kepada rakyatnya.
Selamat tiba di Rantau Panjang |
Di hadapan surau sebelum menunaikan solat zohor |
Tapi, apa-apapun, makan dan solat paling utama. Selesai 2 perkara ini, kami memulakan operasi membeli belah kami. Lebih kurang 1jam 30 minit jugalah kami bersiar-siar. Walaupun tak banyak 'tangkapan' ; almaklumlah naik motor, tapi ia sedikit sebanyak memberi kepuasan kepada kami.Tak puas? datang sendiri bawa lori, baru boleh borong sakan.
Masing-masing dengan telefon |
Dan apabila perjalanan diteruskan, sekali lagi sekatan jalanraya dilakukan oleh pihak polis.
" Dari mana ni ?"
" Perak "
" Sebelum ni ada pernah kena tahan tak ? "
" Ada. Baru je tadi dekat Jeli " jawab saya sambil tersenyum sedikit menahan ketawa. Sambil mengharapkan kami dilepaskan dan tidak dikenakan saman sekali lagi.
Sebelum beredar, saya sempat berbual-bual dengan encik polis tersebut.
" Malam ni tak kerja ke bang ? "
" tak, malam ni kita tengok bola la " jawabnya dengan slanga Kelantan.
Gomo Kelate Gomo! |
Dah sampai Kota Bharu. Buat 'call' dulu lah |
Bergambar di hadapan Tamabatan Di Raja |
Berehat sebentar |
Bergambar di hadapan Masjid Muhammadi |
Arah tuju yang kami cari ialah Hotel Azra, sebuah hotel bajet berdekatan dengan UiTM Machang. Apabila cuaca semakin gelap, maka perjalanan harus lebih berhati-hati. Jika terlanggar lubang, jelas ia boleh membahayakan bukan sahaja penunggang motorsikal malah mereka yang berada di sekitar. Tambahan, pastinya bengkel-bengkel sudah tutup dek kerana bersedia untuk menonton Piala Malaysia.
Alhamdulillah, setelah melalui pekan Machang dan menjumpai penanda arah ke UiTM Machang, kami tiba di hadapan hotel tersebut. Setelah membuat pembayaran dan mengambil kunci, masing-masing menyiapkan diri untuk solat dan makan malam.
Lokasi hotel ini yang berdekatan dengan tempat makan, dan juga 7 Eleven memudahkan kepada tetamu hotel ini. Walaupun keadaan yang kurang memberangsangkan, tapi bagi saya ia sudah cukup jika mampu tidur dan berehat walaupun seketika.
Keadaan Bilik. Lengkap dengan penghawa dingin, bilik air dan televisyen. |
Makan Malam |
Hari Ketiga
Minyak
RM10 - Grik
RM 6 - Jeli
RM 4 - Kuala Krai
Jumlah : RM20
Makan
RM 3.20 - Sarapan
RM 5.00 - Nasi Ayam + Teh O
RM 5.50 - Nasi Goreng USA + Teh O
Percuma - Minum Petang ( Dibelanja oleh kawan)
Jumlah : RM 13.50
Penginapan
RM20
No comments:
Post a Comment