terima kasih.
satu ungkapan yang ringkas, tetapi pada hakikatnya kita malah saya sendiri kurang sedar akan besarnya maksud di sebaliknya. Kita selalu berhadapan dengan situasi yang menyebabkan secara sedar atau tidak ungkapan 'terima kasih' ini perlu dilafazkan.
Baik secara nyata mahupun di dalam hati.
Dalam melihat kembali betapa besarnya peranan terima kasih ini, ia mempunyai keterkaitan yang cukup kuat dengan tanda bersyukur. Bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada manusia. Malah, tidak salah jika saya ucapkan semakin kita bersyukur kepada Allah, semakin banyak kita berterima kasih sesama manusia.
Berterima kasih kepada pembuat jalan raya yang menghubungkan rumah kita dengan masjid.
Berterima kasih kepada penjahit yang menjahit baju, telekung, kain pelikat dan jubah kita sehingga kita mampu memakainya ketika solat.
Berterima kasih kepada penjual yang menjualkan pakaian untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah.
Berterima kasih kepada chef-chef dan tukang masak yang sudi memasak dan menyediakan makanan untuk kita makan hatta dikurniakan tenaga untuk beribadah.
Berterima kasih kepada Bukan Islam, Bermasam muka sesama Islam
Dalam menyelusuri arus globalisasi , jelas penguasaan ilmu sains dan teknologi dipelopori oleh barat walaupun pada asalnya ia adalah usahan cendikiawan dan saintis muslim. Namun sering kita menghargai usaha mereka, walaupun mereka tidak seagama dan seakidah dengan kita. Dalam satu kata mudah, apa-apa yang baik untuk diri kita dan manfaat untuk masyarakat maka kita tanpa segan silu menghargai usaha mereka.
Bila sampai kepada usaha-usaha yang dilakukan saudara kita, terlalu banyak persepsi, 'hakim-hakim' segera yang terus menghukum, walhal kita satu akidah. Atas sebab percanggahan pendapat yang mungkin hanya satu hingga 2 peratus sahaja, segala usaha-usaha yang baik itu kita tolak.
Mereka berkemampuan untuk menderma RM 1 juta, maka doakanlah moga derma mereka itu diterima Allah.
Mereka mampu untuk menaja program berbuka puasa, maka doakanlah semoga rezeki si fulan bertambah berkat.
Manusia itu tidak lepas dari berbuat salah. Maka apabila mereka terbuka hati untuk melakukan perkara kebajikan dan kebaikan, maka doakanlah moga hati si fulan terus istiqamah dalam memberi.
Apakah kita layak melakukan "scanning" terhadap apa yang tersimpan di dalam hati manusia ? apakah "scanning" yang kita buat itu sahih ? Cukup hebat kita menilai amalan seseorang itu sedangkan ianya adalah bidang kuasa Allah ?
Hati-hatilah dalam prasangka.
::Maka nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Telah Kamu Dustakan ::
No comments:
Post a Comment