Assalamualaikum.
Bila April Tiba
Hati Mula Berkata
Setahun lamanya ..................
itulah antara lagu yang ada kaitan dengan bulan April. Yang lain, tiada rasanya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di bumi ini. Masih diberi kekuatan untuk terus menerus memegang amanah yang semakin lama semakin berat.
Ditambah dengan pelbagai ujian minda dan jiwa, hati dan nurani membuatkan diri ini perlukan penyusunan jadual yang terapi dan sistematik. Bulan April ini dimulakan dengan mesyuarat terakhir sebelum mengikuti program ke Sarawak. Kemudian 2hb akan ke Bank, malam ada ujian dan ada temujanji dan sesi temubual.
Selasa perlu hantar tugasan . Rabu pun. Khamis kena hantar tugasan dan hantar test. Khamis sehinggalah tamat cuti pertengahan semester ini akan berada di Sarawak. Balik dari Sarawak kemungkinan akan menghadapi 3 ujian lagi dalam tempoh 2 minggu. Kemudian akan mengikuti program lagi sehingga awal Mei.
Namun, masih ada satu lagi teka teki yang bersarang di kepala. Buntu. Masing-masing tidak punya jawapan. Yang berkuasa memberi jawapan terus menerus mendiamkan diri.
Kami bukan letih berkhidmat,
tetapi berikan kami keputusan yang dibuat.
Sekurang-kurangnya bolehlah untuk kami merangka pelan perancangan baru. Jangan biarkan kami digantung tanpa tali. Tanpa ada jawapan. Di tarik ke sana ke mari tanpa ada kata putus. Tanggungjawab memang perlu dilaksanakan, tapi apakah salah memberi status terkini.
Digantung tanpa tali itu lebih sakit rasanya dari digantung terus tanpa dibuka ikatannya. Kurang faham ? anda akan faham apabila melaluinya.
Mengapa Kami Perlu Tahu Status Terkini?
Supaya kami tidak culas terhadap amanah yang diberikan.
Supaya kami memanfaatkan 'masa tambahan' ini dengan sebaik-baiknya
Supaya kami nanti tidak dipersoalkan di 'sana' atas kelalaian yang kami tak sengajakan.
Kerana kami amat takutkan azab yang bakal menerima andai mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin.
Andai Kau Mengerti..............................
*mood awalnya begitu semangat untuk ke Sarawak. Entah kenapa macam berbelah bagi....
No comments:
Post a Comment