Assalamualaikum .
Selawat dan salam atas junjungan mulia yang terus kami rindui..Muhammad bin Abdullah.
Minggu ni, minggu terakhir sesi kuliah. minggu depan da mula minggu ulangkaji, tapi bagi kami mahasiswa tahun 3, khamis minggu depan kebanyakannya dah mula peperiksaan, sebab minggu kedua kami dah mula praktikal.
praktikal ? tempat dah dapat ? Usaha dah buat, sekarang tinggal nak tunggu pengesahan sahaja. Harap ada rezeki. InsyaAllah. tawakkal kepada Allah dan perbanyakkan doa.
Minggu ni juga memang minggu ujian 2. 4 subjek dalam masa 5 hari. Study dah alhamdulillah, tapi rasa sedikit tenang, dimudahkan urusan. terima kasih untuk Cinta teragung, Allah s.w.t yang mengurniakan kesempatan kepada saya dan rakan-rakan lain untuk berada di tanah haram. Yang nyata, kami masih merindui saat-saat itu. Rindu yang harus bersulamkan dengan peningkatan tahap ibadah. Peningkatan amal kebajikan dan dalam masa yang sama terus menerus mengharungi ujian yang bakal dihadapi.
Kiri kanan orang sibuk mengatakan tentangnya. dan saya rasa saya perlu memohon doa untuk diperkuatkan langkah. Plan strategik ke arah ini harus dimulakan dan insyaAllah, saya sedang mula menapak satu per satu ke arah tersebut.perlahan demi perlahan menyusun langkah. Terlalu awal ? jangan risau.ini hanya perancangan. Perancangan menuju 1 matlamat.Boleh jadi dalam setahun , 2 tahun, 3 tahun..ataupun 4 tahun. boleh jadi beberapa bulan.
Hati ini terus berdegup bertasbih memuji cintaMu, meraih cintaMu, dan mengharap keampunanMu. Ya Allah, ku serahkan segalanya kepadaMu.Allah, Tuhan Maha Pengatur yang terbaik.
No comments:
Post a Comment