Sunday, January 20, 2013

Wanita



Assalamualaikum semua.

Post kali ni, lebih kepada tribute untuk semua wanita.ceh, untuk ibu-ibu di luar sana.mula-mula dengar lagu ni   rasa macam untuk bukan ibu-ibu. tapi bila dengar bait-bait lirik, sah untuk ibu-ibu sahaja ya. untuk bakal-bakal ibu pun boleh =)

Kasih sayang ibu/umi itu sangat luas. Tak mampu nak diluahkan melalui tulisan. walaupun saya cukup suka menulis.Saat kita susah hati, dan dan masa tu dapat call dari umi.Sixth Sense ataupun kelebihan yang Allah bagi kot untuk ibu-ibu.

Banyak benda yang saya belajar dengan umi saya.Jadi aktif join program apa semua ni pun, rasanya sebab ambil bakat dari Umi. Waktu dulu jatuh basikal, masuk hospital kat Muar pun, nampak muka risau umi. aah, dulu waktu masih kecil, mana nak ingat sangat. Sekarang dah besar sikit, fikir-fikir balik, yup.itulah sebenarnya. Tambah lagi fikir tugas anak lelaki sulung.fuh..dah tak boleh main-main.

kalau nak flashback balik, haish.memang habis nanti diulang semula.

Allah, tempatkanlah ibu-ibu/umi kami ditempat yang tertinggi.
masukkan mereka dalam kalangan mereka yang menaungi syurgaMu.amin!







No comments:

Post a Comment