Monday, January 21, 2013

road not taken~

Assalamualaikum semua.


Membuat sesuatu keputusan itu bukanlah mudah sebenarnya.Kalau satu dua perkara, mungkin tidak sukar.Ya atau tidak. Hitam atau putih. Baik atau jahat. Syurga atau neraka. Malaikat atau iblis.

Namun, kehidupan kita bukanlah semudah itu. Bagi yang punya keyakinan terhadap sesuatu perkara yang mantap, hantarlah seribu peluru pun untuk menggoncangkan keyakinannya, pasti sukar. Mungkin peluru yang ke seribu satu itulah yang mampu menggoncangkan yakinnya.

Ah, terlalu banyak falsafah.

Allah berikan kita satu cara apabila kita dalam dilema. Iaitu Solat Sunat Istikharah. Solat sunat ini bukan sahaja untuk mencari jodoh, tetapi tujuan utama solat ini ialah untuk menetapkan pendirian kita apabila punya banyak pilihan. Terlalu banyak peluang kerja yang diterima, solat sunat istikharahlah jawapannya. Paling tidak, apabila kita membuat keputusan, kita berharap agar keputusan yang kita buat, ketenangan dalam memilih itu hadir dari pertolongan Allah yang memudahkan hambaNya.

Setiap hari,mohonlah untuk hati kita ditetapkan dalam setiap perkara. Namun jangan lupa,kita merancang. Allah menentukan. Walau kita cuba sedaya upaya macam mana pun, hatta sudah 2 3 kali, tapi kesudannya sama, mungkin itu adalah hikmah yang terbaik untuk kita. Siapa tahu kan ?

Allah.Allah hadirkan peluang untuk kita memilih. Sedangkan ramai di luar sana yang tidak punya banyak pilihan. Kita boleh memilih untuk bekerja atau tidak, sedangkan ada dalam kalangan kita tidak punya pilihan melainkan harus bekerja.


Allah
Tetapkan hati ini atas jalan yang dipilih
Bulatkan niat dan tekadku
hanya untuk menggapai redhaMu
Hanya mengharapkan belas kasihanMu

Allah
Bukalah hijab hikmah dari pandangan mata kami yang kabur
Tenangkan hati kami dengan hikmah dariMu

Allah
Aku ini insan yang lemah
Mohon petunjuk dan maghfirah dariMu

No comments:

Post a Comment