Wednesday, June 5, 2019

4 hari 3 malam ke Ho Chi Minh - Part 1


Kami plan nak pergi Ho Chi Minh ni takda la lama sangat.2 3 bulan sebelum je. Jadinya,dapat tiket pergi balik dalam 340 seorang.tunggu sampai bulan 11 2018 pun sama je. Jadi beli je la.
Kami ambil tiket jam 9 suku.perjalanan dalam 2 jam macam tu. HCM lambat sejam.

tips: bawa botol kosong je.sebab dekat ruang menunggu lepas dah masuk gate tu,ada banyak tempat ada mesin air coway/cuckoo.

kalau ambil flight sebelah pagi,seeloknya tempah je makanan dalam flight.sebab nanti takde lah lapar sangat.nasi lemak pak nasir tu pun baru rm10. kalau kedai makan yang dalam airport (lepas imigresen/kastam),nasi lemak ayam rendang je rm15. sebab makan pun nak buat alas perut je kan.


sampai di airport, 2 benda yang penting harus buat.
1. cari tandas
2. cari simkad. simkad ni,memang ramai yang promosikan kedai vinaphone. keluar arrival,kedai paling hujung sebelah kiri. kami beli 1 je sim,
135000/9gb. pastu on hotspot je.
lagipun kat hotel dah ada wifi kan.

Kedai simkad.dekat je dengan tandas


dah selesai 2 benda ni,masa untuk cari bas ke hotel.kitorang duduk di Than Thu Hotel, dekat District 1. Memang dekat je Benh Than Market tu. ada 3 cara nak ke sana;

1.naik teksi/grab
2. bas 152 (sorang 5000).kalau ada luggage yg besar tu diorang akan caj jugak. waktu operasi sampai pukul 6.30 je kalau tak salah.
3. Shutter Bus. keluar je airport,akan ada jumpa pondok kecil warna kuning.ada orang jual tiket kat situ. harga dalam 15000.

kebetulan waktu keluar tu,memang ada bas 152 tu.kitorang pun naik je lah.  Tempoh perjalanan dalam setengah jam. sambil sambil duduk tu, kan dah ada mobile data.boleh la tengok dah dekat je macam mana.
Tiket bas 152 bas hijau ke Benh Than

kebiasaannya hotel boleh check in pukul 2. kitorang sampai dekat sana dalam pukul 12. Masa untuk makan tengahari.

Dekat District 1 ni , ada banyak makanan halal.Sebab tu ramai yang muslim duduk hotel sini. Ada restoran halal amin,restoran haji idris,restoran hajah Basiroh, Restoran Hj Osman. Lain Lain kedai,lain la harga dia. untuk makan tengahari,kitorang makan dekat Restoran Halal Amin.


Nasi goreng ayam 50 000
Sup Daging Vietnam 50 000 ( diorang panggil mee.tapi sebenarnya macam kuey tiaw je mee die.tapi halus sikit)
milo ais 20 000
limau ais 20 000
jumlah 140000.

makan dah selesai, tapi tak boleh check in lagi.
jadi jalan jalan la cari travel agent untuk trip ke Sungai Mekong & Chu Chi Tunnel. Trip ke Sungai Mekong dari pagi sampai petang, Chu Chi pula sampai tengahari je.
Memang banyak je travel agent lain,tapi sebab nak cari yang offer makan tengahari yang halal tu.Memang ramai recommend Bismillah Travel Tours atau Amin Travel & Tours. Kalau nak bandingkan pun boleh,sebab 2 2 kaunter diorang tak jauh.
kitorang pilih Amin Travel & Tours. untuk Trip ke Sungai Mekong, kita akan dapat:
-pick up depan hotel
-air mineral
-pengangkutan (bas,bot,sampan)
-makan tengahari halal
-singgah dekat tempat membeli belah murah (barang/kain perempuan la banyak)
-naik kereta kuda
-lawatan ke tempat membuat gula gula kelapa
-lawatan ke ladang sarang lebah
banyak kan? harga dia 320 000 je sorang. ( dalam rm55)
cu chi tunnel pulak 280000.

selesai 2 perkara penting.pergi ke lobi hotel & diorang cakap dah boleh check in. kitorang booked hotel guna booking.com. cari je yang tak payah bayar dulu sebab senang kalau apa2 jadi.Ada juga yang nak main tukar tukar hotel.Nak rasa hotel beza2. Jadi terpulang. tengok pada kewangan masing-masing.Asalnya booking hotel lain,lepas tu selang 2 3 hari search lagi,tengok ada yang lagi murah & dekat dengan benh than.apa lagi,tukar je lah.Percuma kan? tapi nak tukar tukar ni,ada juga tempoh dia.kalau dalam seminggu tu,ada la dia caj.Tu la gunanya dia ambil no.kad kredit kita tu.
kalau ikut dalam booking confirmation,diorang akan caj juga guna kad kredit sebagai guarantee.Nanti bila check out,dia re-imbursed balik. Tapi waktu check in tu,diorang tak cakap apa apa. untuk 4 hari 3 malam, dalam 2 093 000.
tidur hotel bayar juta juta πŸ˜‚πŸ˜‚. kalau duit malaysia dalam rm370++. kira harga 1 malam dalam rm120.
hotel pun ada lif & wifi.


dalam bilik ada aircond,kipas dinding,tv lcd,peti ais kecil. Tandas pun ada paip ( bukan macam tandas mid valley ), shower ada heater. not bad kan.
hotel2 lain
-aluna hotel,queen central,saigon pink2, Alagon western (alagon ada 2.so pilih yang betul2),gia huy hotel,silverland central hotel.

Selesai uruskan diri,solat, kitorang meneruskan lagi ekspidisi. Tempat tempat tarikan pelancong ni dekat2 je. Walking distance. Jadi pakai lah kasut sukan.selesa nak jalan jalan. setakat macam dari maju junction/medan mara ke masjid jamek tu je. Jalan pun tegak & lurus je. Pokok-pokok pun banyak. Tak tahu lah siapa perancang bandar dia.Mungkin waktu Perancis jajah dulu,diorang dah siapkan sistem jalanraya diorang ni teratur macam ni kot.
penting : bawa standby air mineral dalam beg.kalau haus boleh minum.penat nak jalan.
Independence Palace.

- dalam ni ada 2 bangunan. nak masuk palace je ke, atau sekali dengan ruang exhibition.
exhibition dalam 25000, palace pulak dalam 40 000

alang-alang dah sampai,masuk je lah dua dua. Ada la diorang pamerkan sejarah vietnam,waktu peperangan dulu, kehidupan harian masyarakat diorang & paling best, boleh la ambil gambar banyak banyak. Senibina bangunan, tangga dalam ruang pameran tu menarik juga.Dapatlah bergambar ala ala macam dekat Eropah.
macam dah panjang dah entry ni.
sambung lagi .hahah



sekarang pergi ke independence palace. Ni rumah presiden vietnam dulu la. Memang lengkap semua ada.bilik mesyuarat,bilik tetamu menunggu, tempat indoor (macam snooker,mahjong,main piano), ada mini panggung dan banyak lagi. dekat tingkat atas,ada helipad. ada la helikopter lama diletakkan dekat situ. Yang bestnya,bila dapat naik tingkat atas, boleh nampak pemandangan yang menarik.nampak la jalan yang lurus dari beranda istana ni. Kalau nak kaitkan dengan Perancis, macam nampak pemandangan jalan dari eifel tower ( jalan yang lurus je la yang sama). 
cantik kan?



bangunan ni ada dalam 4 tingkat. & ada bilik bawah tanah jika ada kecemasan. Bilik bawah tanah ni macam macam ada.Alat telekomunikasi, peta vietnam semua lah.

dekat perkarangan luar, ada bulatan yang di tengahnya ada air pancut. Ada juga 2 kereta kebal & 1 jet pejuang. Luas kawasan istana ni. Pokok pokok dia pun banyak,jadi sejuk la .Kebetulan kitorang datang,gerimis. Tapi pelancong kan,jadi redah je lah.




Dekat luar istana, ada la taman-taman kecil.ada tempat duduk boleh rehat rehat sekejap.cantik juga.Sambil sambil tu boleh google,tengok apa lagi tempat tarikan utama pelancong. Antaranya Katedral,Pejabat Pos Saigon, Muzium Perang & Muzium Ho Chi Minh. Fikir punya fikir,kita redah je. 

satu lagi tips,tengok pelancong-pelancong luar Asia.Senang je nak kenal,tengok orang yang pakai bagpack jalan-jalan. Ikut je lah.haha
Masa kitorang datang,katedral tu tengah dalam proses pengubahsuaian. Tengok dari luar,memang nampak la klasiknya seni bina dia. Tengok sebelah katedral ni je rupanya pejabat pos Saigon ni. Pejabat Pos ni masih dikekalkan bentuk asal dia & masih berfungsi lagi. Dalam tu juga ada yang jual cenderamata untuk dibeli.
pejabat pos Saigon




Tapi lagi elok korang beli la poskad,pos ke alamat sendiri ke, keluarga ke. Poskad, ada macam- macam harga,macam macam jenis,macam macam gambar. Jadi,pandai pandailah pilih.
kitorang beli poskad biasa je, 5000. setem ke Malaysia dalam 15000. Harap harap sampai lah ke MalaysiaπŸ˜‚πŸ˜‚.(2-3 minggu sampai dahhh)

Puas dah jalan,jadi balik la.Saja je pilih laluan yang jumpa Benh Than Market. So jalan la .tengok tengok apa ada kat dalam. Memang ramai yang cakap,kalau nak tawar,kalau boleh beli lah. Kalau tak, tanya tanya harga je lah. Cara diorang macam buat kita terpaksa beli.tu yang tak berapa best tu. Dia bagi korang cuba dulu pakai selipar,beg bagi selesa. Kadang kita tanya harga,diorang tetap suruh cuba dulu. Lagi 1,Benh  Than Market ni buka sampai 6.30 petang je.


benh than market

Balik hotel,solat dulu.Kemudian,sambung lagi jalan jalan dekat Pasar Malam Benh Than di sekeliling Pasar Benh Than. Dekat2 sini juga,ada kedai beg2 & kasut murah. Style sama,kalau nak tawar,beli.kalau tak,cukup tanya harga.
dah puas berjalan,masa untuk makan.Untuk makan malam, kitorang cuba la pulak makan dekat Restoran Idris.

-nasi claypot
-nasi paprik
-air kelapa
-lemon soda
jumlah : 280000



air kelapa ni,memang banyak la jual tepi tepi jalan.Sebab utama antaranya ialah ni sumber penjanaan ekonomi di sini. Pokok pokok kelapa memang banyak ditanam khususnya berdekatan dengan Sungai Mekong.

Dekat District 1 ni juga, ada yang akan jual murtabak la,kopi vietnam la,Kebab Viet Nam.Ada yang boleh bayar guna RM. Ada juga yang jual vcd lagu.meriah jugak la.ada juga yang jual cenderahati,tudung,telekung.
kopi ais harga dalam 15000 / rm 3.
Kebab harga dalam 30 000/ rm6 je





pemandangan pasar malam



Selesai hari pertama. Hari Kedua akan menyusul.

pemandangan district 1. banyak kan kedai makan?😎

No comments:

Post a Comment