Friday, June 7, 2019

4 Hari 3 Malam ke Ho Chi Minh - Part 2

Perkara yang kita kena set kan ialah waktu solat.Subuh dekat sini dalam pukul 4.45. kita mungkin rasa awal,tapi sebenarnya kalau tengok jam Malaysia,pukul 5.45. so lebih kurang je waktunya.

okay,untuk hari kedua,kitorang akan pergi ke Sungai Mekong.Bas akan ambil pukul 7.45 pagi. Disebabkan tempat nak menunggu kat depan hotel je,jadi kitorang rileks je lah.
Kitorang keluar dari hotel dalam jam 6.30 pagi. Dengan harapan,ada la kedai yang dah buka. Ye lah,kalau ikut jam Malaysia,pukul 7.30 kot. Biasanya waktu macam ni,dah buka dah. Tapi semuanya baru nak buka.

Jadi kitorang pusing la dulu tengok suasana waktu pagi, warga Vietnam nak pergi kerja. Dah pusing 1 kali, kitorang pilih untuk ke Restoran Halal Amin lagi sekali. Sebab semalam,kitorang nampak kat menu dia ada Roti Canai & beberapa menu yang macam sesuai dengan sarapan pagi.

2 Roti canai telur
Teh Tarik
Teh O
140 000
Selesai makan,agak nak dekat 7.45 pagi tu,nampak bas dah sampai.Ada bas untuk Amin travel tours,ada bas untuk bismillah travel & tours. Nampak macam ramai lah, sekali rupa rupanya ada 8 orang je untuk trip hari ni ke Sungai Mekong. Yang bagusnya,tetap naik bas. Macam sesetengah tempat,bila sikit,diorang akan campurkan.tapi tak kat sini.Memang rezeki la kan? kelapan-lapan orang ialah orang Malaysia.Lagi mudah.Ataupun mungkin sebab kitorang datang bukan hujung minggu.


amacam tengok motor beratur tu?macam nak race tak?


ni la Adam


Nama tour guide kitorang Adam.Tu kira nama glamour lah untuk senang orang panggil. Adam terangkan lah tentatif hari ni macamana. Dalam bas,setiap seorang akan dapat 1 air mineral.
Kedai Hajah Hawa Wholesale & Retail
Ni tempat persinggahan pertama.Tengok nama pun tahu kan tempat apa.Tudung,telekung,baju kurung,shawl,kain pasang ada. Kedai 2 tingkat,semuanya penuh.untuk lelaki,ada la sikit ruang untuk baju melayu/kurta/jubah. Kedai ni juga ada jual beg-beg macam beg deuter,karrimor. Harga? nampak macam tak jauh beza dengan dekat sekitar Benh Than. Tak tahu lah memang ada dalam pakej ke macam mana,ke rezeki sebab kitorang 8 orang je.

Perjalanan dari HCM ke Delta Sungai Mekong lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan,bolehla nampak suasana masyarakat Vietnam,ada yang berniaga tepi tepi jalan. Jual air kelapa,pisang goreng & sebagainya. Adam juga ada cakap,purata pendapatan sebulan di Vietnam adalah sekitar 300USD/ rm1200++. Sebab tu ada yang terpaksa bekerja di luar negara. & hanya mereka yang kaya yang dapat membeli kereta kerana harganya yang mahal. Motorsikal menjadi pengangkutan utama & disini juga adanya perkhidmatan Grab Bike.

Dalam perjalanan juga akan membuatkan kita terasa seperti melalui lebuhraya PLUS menghala ke utara.Sebab dikiri kanannya adalah sawah padi. Sejuk mata memandang. Ada juga kita boleh lihat pemandangan itik sedang bermain main berdekatan dengan petak sawah.





Sekitar beberapa kilometer sebelum tiba di jeti,bas berhenti di sebuah tempat.Kira macam RnR lah,tapi di rumah kedai je.Disini pun ada
jual baju,topi,cenderahati & banyak lagi. Tandas pun ada,untuk persiapan terakhir sebelum menaiki bot. Barulah dapat naik bot dengan tenang hati.

ni la 8 orang yang bertuah tu😂

Di atas bot,para pelancong diberi minum air kelapa untuk menghilangkan rasa dahaga. Pokok kelapa ni kira sumber ekonomi utama lah,sebab banyak di tanam dekat sini. Tiap- tiap bot yang ada dekat sini akan ada mata dekat kepala bot diorang.
Sebab dulunya ada kepercayaan yang dalam Sungai Mekong ni ada raksasa. Jadi,mata dekat bot tu kononnya untuk takutkan raksasa tu lah. Dalam perjalanan juga,boleh nampak rumah2 terapung di pesisir sungai Mekong. Kebanyakannya nelayan, & ada juga yang jadikan bot diorang tu tempat tinggal, dari hal urusan harian,sampailah pekerjaan.
pemandangan Sungai Mekong

Tempat persinggahan pertama ialah tempat pemprosesan produk dari kelapa. Di sini,kita akan ditunjukkan cara pemprosesan untuk penghasilan gula gula kelapa. Bermula dari membuang kulit kelapa sampailah akhir produk, gula gula kelapa. Di sini juga ada dijual pelbagai produk lain seperti kraftangan dari kelapa, produk seperti pencuci muka dan banyak lagi. Untuk gula gula kelapa,terdapat pelbagai perisa seperti durian,kopi,coklat,halia & tentunya kelapa asli. & jangan lupa,cubalah aiskrim kelapa dekat sini.
steady nenek ni.




antara produk yang dijual



Kemudian,kami semua dibawa semula ke bot untuk pergi ke pulau yang lain. Di sini,kami dibawa untuk mencuba minum teh madu yang dicampur dengan pati bunga buah mata kucing. Selain tu, di sini juga ada dijual madu, royal jelly yang boleh guna untuk makan & 'face mask' & pati bunga buah mata kucing. 

teh madu + pati bunga buah mata kucing

Yang mana yang nak bergambar sambil memegang sarang lebah pun boleh. Jangan risau,selamat untuk dipegang. 

Madu yang dijual di sini hanyalah 70% sahaja yang digunakan untuk dijual, selebihnya dijadikan stok untuk penduduk kampung apabila musim hujan. Ini kerana pada musim hujan, para nelayan tidak dapat keluar ke sungai & laut. Malah,mereka juga hanya mendapat bekalan air bersih yang dibawa dari tanah besar ke pulau mereka. Ada yang membeli tangki air yang digunakan sebagai sumber tadahan air pada musim hujan.
Kemudian,kami menelusuri kebun buah milik penduduk di sini untuk menuju ke tempat permulaan untuk menaiki kuda. Ada juga penduduk yang menjual hasil buah buahan mereka seperti jambu air, buah markisa & buah longan. Tak cukup Vietnam Dong? bayar guna ringgit Malaysia pun boleh.
Naik kuda.Biasa ejen akan cakap macam tu kan? Tapi sebenarnya ialah naik kereta kuda. 

Ada juga yang kitorang nampak naik  'buggy ' yang dekat padang golf selalu ada tu. Jarak perjalanan tu tak lah jauh sampai 10km, lebih kurang dalam 10-15 minit je untuk ke tempat menaiki sampan. 

Tadi dah fahamkan macam mana susahnya kehidupan di sini? Jadi hulur hulurlah sikit sebagai tip untuk diorang. Kebanyakannya dalam lingkungan pak cik mak cik kita je.

Tapi sebelum menaiki sampan, kami dibawa untuk menikmati buah buahan sambil ditemani persembahan dari penduduk tempatan. kami dihidangkan dengan buah naga,ciku,longan, mangga & teh hijau. Diorang buat persembahan ni,nyanyi lagu sikit sikit je.2 orang nyanyi dulu. Lepas tu 2 orang lagi. Lagu bahasa vietnam la. Tepuk je la tangan.Effort tu. Tapi bila nyanyi lagu 'bila rasa gembira' tu bolehla join sekali tepuk tepuk tangan,hentak-hentak kaki.
Dah banyak makan ni, tandas ada tak?
Ada. Dekat tempat kelapa tadi ada, tempat madu pun ada. Dekat tempat makan buah buahan ni pun ada.( ada rekod video waktu tu,tapi dah terbuang dah)




okay, masa untuk naik sampan. kita akan menyelusuri dari anak sungai menuju ke Sungai Mekong. Sampan ni kecil je, muat 4-5 orang sahaja tak termasuk 2 orang pendayung. boleh pinjam topi yang diorang pakai tu.ada disediakan.

Tips : duduk la bahagian belakang. bagi tour guide duduk depan. Nanti dia boleh tolong ambil gambar korang. Jari jangan letak kat luar. Untuk keselamatan dari berlanggar dengan sampan lain.
Menurut mak cik yang dayung sampan tu, perjalanan sejauh 2km. sekejap dia dayung belah kanan,kejap belah kiri. Gigih diorang ni. Nampak penat diorang tu.
Kami menaiki sampan menuju ke bot yang telah tunggu di hujung anak sungai.
Nak turun tu, memang digalakkan untuk hulur la sikit tip.penat kan nampak diorang membanting tulang & mengerah tenaga nak bawa kita yang berat ni.

Dari bot,kami menuju ke tempat persinggahan seterusnya untuk makan tengahari. Ada lauk kari ikan, sup, udang & banyak lagi lah. Air mineral disediakan. Kalau nak order air lain pun boleh, tapi mungkin kena la tambah sikit duit sendiri.
Dah selesai makan,bolehla tunaikan solat jama' zohor & asar. Surau disediakan. Selipar pun ada.Tak payah risau kasut basah. Untuk perempuan, telekung pun ada. Tandas pun banyak. Cuma untuk ambil wudhuk, kena ke tandas la.


Di sini juga ada dijual hasil kraftangan & bermacam lagi. Selesai solat semua,jadi kami pun menaiki bot untuk bergerak pulang.
Selesai sudah trip ke Mekong. Jadi, kami akan meneruskan lagi perjalanan untuk kembali pulang ke Ho Chi Minh. Dah penat berjalan,makan pelbagai hidangan,ambil masa yang ada untuk melelapkan mata dalam bas.
Ingatkan terus sampai ke HCM, rupa rupanya ada lagi persinggahan ke Kedai Kain Danny.

standby kaki untuk berjalan & berdiri lama yaa

Dekat sini,ada pelbagai jenis kain,tudung,kurta,t shirt. Harga diorang dah memang siap tuliskan dah harga dalam ringgit Malaysia. Memang rambang mata lah kalau siapa yang betul betul nak membeli belah kain pasang ke, tudung ke. Kalau tudung,ada pelbagai jenis, beza pada kualiti & harga.Yang murah tu,kurang la sikit kualitinya. Adam beritahu kami untuk singgah di sini dalam 20-30 minit sahaja. Tapi sebab pilihannya banyak, terlajak sampai 40-45 minit. Akhirnya, kami sampai di hotel pun dah nak dekat masuk waktu maghrib dah.


Malam ni takda aktiviti sangat.Sebab dah penat berjalan seharian.Saya cuma turun untuk makan malam sahaja. Kali ini, saya mencuba makanan di Kedai Hjh Basiroh.
Berbanding kedai lain,saya nampak kedai ni mempunyai lebih banyak menu untuk makanan sampingan seperti murtabak,bingka ubi kayu,popia goreng dan banyak lagi. Disebabkan saya je turun, jadi saya je lah yang makan nasi.
nasi goreng pattaya
kopi susu ais
bingka ubi kayu x2
jumlah 135000



banyak weh nasi dia.sudu pun tenggelam


selesai hari kedua. Esok, trip ke terowong Chu Chi pula.

No comments:

Post a Comment