Assalamualaikum semua.
contengan ini adalah perkongsian penulis sendiri. Sekiranya ianya baik maka ambil lah untuk diguna . Jika tidak, mohon untuk tidak dikongsikan dan memperbetulkan melalui pesanan di ruang komen.
Post kali ini agak panjang. kalau anda mahu mencari inspirasi baru, saya sarankan anda baca dengan tenang sehingga habis. kalau tak,boleh panjangkan @ share kepada orang lain. Siapa tahu memberi inspirasi buat mereka ^^
Alhamdulillah,saya dan isteri telahpun ke panggung untuk menonton filem ini.
Pada awalnya,risau juga takut-takut panggung tidak jadi menayangkan filem ini. Mana taknya,tidak ada 1 poster pun tentang filem ini di ruangan "Now Showing". Orang ramai lebih tertumpu kepada filem-filem lain. Saya bergurau dengan isteri saya " Hari ni special.1 panggung ni kita punya je." tapi rupanya tidak. Ada 1 lagi pasangan yang turut sama menonton filem ini.Okaylah separuh panggung ekslusif untuk isteri tersayang,kan? ^__^
PENGENALAN
Bagi yang telah menonton Rudy Habibie 1,pastinya akan teruja dengan kemunculan filem ini. Jika Rudy Habibie 1 lebih kepada soal selepas Pak BJ Habibie pulang ke Indonesia, filem Rudy Habibie 2 lebih kepada menggarap perkembangan dari beliau kecil sehinggalah melanjutkan pelajaran di Jerman. Dan ia bagi pendapat saya, cukup memberi inspiratif kepada mahasiswa baik yang belajar di luar negara mahupun di dalam negara.
terlalu banyak mesej yang boleh kita garapkan.
Dan saya hanya fokuskan dari sudut memberi inspirasi kepada mahasiswa yang baru atau mahasiswa yang sedang dalam pengajian.Malah, sempena bulan kemerdekaan ini,saya kira filem ini bagus untuk kita menyemaikan semangat cintakan negara dalam kalangan kita.
1. JADIKAN BUKU SEBAGAI SAHABAT KARIB ANDA
Rudy seorang yang suka membaca. Setiap perkara yang tidak diketahuinya, agar disusuli dengan pertanyaan.Ayahnya Alwi Habibie menjadi sumber jawapan bagi seribu satu pertanyaan dari beliau. Tidak rugi kita mereka yang membaca buku.
Malah, ketika seluruh penduduk kampung diminta meninggalkan rumah kerana Jepun mula menyerang Tanah Jawa, beliau sanggup berpatah balik untuk mendapatkan buku kejuruteraannya di rumah.
2. PILIH BIDANG YANG ANDA TERUJA APABILA MENGETAHUINYA
Minatnya Rudy mana kapal terbang memang sudah dipupuk dari
awal. Pada awalnya beliau membenci kapal terbang kerana
perisitiwa Jepun menawan Indonesia menggunakan kapal
terbang. Namun ayahnya berjaya mengubah persepsi anaknya
yang genius ini supaya mereka cipta kapal terbang untuk
kegunaan orang ramai.
Dari bidang yang diambil di kuliah
sehinggalah kepada visinya dalam persatuan, ianya saling
terkait.
Mungkin sekarang kita dapat melanjutkan pengajian dalam
bidang yang kurang kita minati, namun cubalah untuk melihat
sisi positif dan mencari visi yang harus membuat kamu
sentiasa terkedepan & semangat dalam menuntut ilmu.
Carilah
apa yang boleh saya,kita dan rakan-rakan yang lain
sumbangkan.
Jadi,tanya diri masing-masing, "Kenapa Aku Pilih Kursus ni?
" atau "Kenapa Allah Pilih Aku Belajar bidang ni? "
Walaupun minat anda berbeza dengan bidang anda sekalipun,sertailah mana-mana persatuan yang selari dengan minat dan meningkatkan daya intelektual anda.
3. TEMPAT TINGGAL KURANG SELESA DAN KURANG BEKALAN MAKANAN BUKAN SATU ISU YANG BESAR
jarak dari tempat tinggal dengan kampusnya mengambil masa hampir 1jam. Walaupun tempat tinggalnya agak kurang selesa, ianya tidak menjadi masalah bagi Rudy. " Saya cuma tidur 4 jam sahaja.tidak mengapa"
Bekalan makanannya pula? kadang-kadang beliau terpaksa menahan lapar sehingga sanggup untuk tidak keluar bersama rakan-rakannya.
bandingkan dengan kemudahan yang ada di kampus-kampus sekarang. Kemudahan yang selesa memang sudah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan universiti, namun itu tidak bermaksud kita mengharapkan kampus/kolej umpama istana.
Belajar untuk tidak merisaukan ibu bapa anda.Dan, gunakanlah duit biasiswa dan pinjaman pelajaran anda sebaiknya.
4. PILIH TEMAN YANG TEPAT
Kita juga bergantung kepada orang sekeliling kita. Bila idea kita ditentang, dikritik dan sebagainya, rakan-rakan kita inilah yang akan menterjemahkan idea-idea ini kepada nasihat atau pandangan yang positif.
Kewujudan watak Keng Kie juga menunjukkan semangat perpaduan bangsa dalam 1 negara.Keng Kie mahasiswa keturunan Cina,selalu memberi dorongan yang positif kepada Rudy dalam menggerakkan ideanya.
5. ISLAM BUKAN HANYA DIMONOPOLI PERSATUAN ANDA SAHAJA
Apabila Perhimpunan Pelajar
Indonesia(PPI) bercadang untuk mewujudkan musolla di kampus mereka,rakannya yang berbangsa Turki Necmettin Erbakan (Perdana Menteri Turki 1996-1997) meminta agar nama Turki juga turut dimasukkan di dalam memorandum tersebut.
Jangan memonopoli sesuatu isu dan mendabik dada,kitalah yang memberi idea. Ya mungkin benar, tetapi dengan adanya kesatuan & kerjasama dari persatuan lain,ia bakal menguatkan lagi gerak kerja dan kejayaan sesuatu isu.
Fokus kita adalah kepada kejayaan sesuatu isu dan penyelesaian masalah,bukan ideanya datang dari siapa sahaja.
Malah, PPI sendiri bukanlah pertubuhan yang berasaskan Islam. Jadi,tidak menjadi masalah walaupun anda aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu sekalipun, asalkan ianya membawa kepada kebaikan,lakukanlah!
6.MENJADI PEMIMPIN MAHASISWA PERLU ADA VISI YANG NYATA & JELAS
apabila Rudy diajak untuk menyertai Perhimpunan Pelajar
Indonesia (PPI) beliau berkata "Apakah dengan menyertai
perhimpunan ini akan mampu menyelesaikan persoalan mengenai
projeknya?"
Dan akhirnya beliau hadir dan menjadi pimpinan. Dan apakah
visi beliau? Membentuk industri Dirgantara Penerbangan (
industri penerbangan nasional).
Satu visi yang lebih jelas
& jauh terkedepan. Bukan sekadar soal dalam kampus
sahaja,malah melibatkan kepada pembangunan untuk negara
sendiri.
Jika hanya sekadar memenuhi hajat orang,terhutang budi,atau
apa-apa alasan sekalipun tanpa matlamat yang jelas dari
awalnya, khuatir ianya akan menjadikan kita sekadar
menggerakkan akal tanpa menggerakkan hati.
7. MEMULAKAN PERUBAHAN ITU TIDAK MUDAH;TEKAD DAN NEKAD!
Setelah diangkat menjadi kepala @ Pengerusi PPI, ideanya
dalam membangun industri penerbangan tidak diterima bulat-
bulat di peringkat pertubuhan. Ada yang membantah kerana
ianya bukan idea yang populis, kerana mahasiswa tidak
berminat dengan pertubuhan yang bersifat 'akademik'. Sampai
ada 1 ketika beliau sanggup mengedarkan sendiri risalah
tentang ideanya walaupun dalam keadaan kurang sihat. Rakan-rakannya yang lain lebih berminat untuk mengatakan aktiviti berkait dengan hiburan sahaja.
8. DANA DARI KERAJAAN BUKAN JAMINAN KEJAYAAN AKTIVITI ANDA
Rudy begitu bersemangat dalam membangunkan ideanya. Malah, beliau juga turut memegang kata-kata Soekarno ,Presiden Republik Indonesia yang berkata segala usaha untuk membangunkan indonesia akan mendapat bantuan yang kuat dari kerajaan.
Namun yang berlaku sebaliknya. Beliau dan rakan-rakan terpaksa mengharapkan tajaan dari luar untuk menjayakan Seminar Pembangunan PPI. Akhirnya beliau berjaya, bahkan Duta Besar Indonesia ke Jerman menyokong usaha beliau.
Belajarlah untuk membezakan antara pesanan yang berisi dengan pesanan yang bermotifkan politik & populis. Bagi mereka yang aktif berpersatuan,mencari tajaan luar sudah menjadi satu kemestian untuk menggerakkan aktiviti anda.
KESIMPULAN
Terlalu banyak lagi mesej-mesej yang positif di dalam filem ini. Skrip yang baik,lakonan yang betul-betul menggugah jiwa, latar tempat yang cuba dihidupkan seakan-akan di bumi Aachen, bagi saya ianya cukup sempurna.Menonton filem ini,seolah olah kita belajar tentang sejarah terciptanya industri penerbangan Indonesia.
Saya pun tidak pasti samada masih ada filem ini di panggung. Tapi bagi saya, ianya boleh dibedah lagi di peringkat kolej,fakulti dan kampus masing-masing.Ataupun anda boleh dapat novelnya dari toko-toko buku.
Mana-mana filem,pasti ada nilai negatif.Tapi itu bukan fokus utama saya. Paling kurang,ianya lebih baik dari membina angan-angan kosong tentang isu-isu yang sama; cari jodoh,kahwin bukan pilihan,cerita hantu,menantu tak suka dan sebagainya.
saya suka untuk menyampaikan pesan Alwi Habibie, bapa kepada Rudy Habibie untuk dijadikan satu kata-kata motivasi untuk kita;
"Kamu harus jadi mata air. Kalau kamu baik, semua yang di sekelilingmu juga akan baik. Kalau kamu kotor, semua yang di sekitarmu akan mati"
Good!
ReplyDeleteTop 10 Casinos Near Denver, CO
ReplyDeleteThe best 경상북도 출장샵 Casinos Near Denver, CO - MapYRO Denver real-time reviews, 인천광역 출장마사지 MapYRO, Denver's 토토 분석 사이트 best 대전광역 출장안마 casinos, hotels, restaurants near Denver, CO 안산 출장샵 and CO