Assalamualaikum semua.
contengan ini adalah perkongsian penulis sendiri. Sekiranya ianya baik maka ambil lah untuk diguna . Jika tidak, mohon untuk tidak dikongsikan dan memperbetulkan melalui pesanan di ruang komen.
Sedar tak sedar, kita sudah masuk ke tahun baru 1436 hijrah.
dan, tahun masihi 2014 juga akan berakhir kurang dari 40 hari lagi.
Tahun yang penuh dengan persiapan.
Persiapan ilmu.
Pemantapan niat.
Dan juga pemurnian akhlak.
Ilmu adalah asas pada segalanya. Dengan adanya ilmu akan membentuk niat yang unggul.
dan hasilnya dapat dilihat pada akhlak yang menjadi buahnya.
Dan, persiapan untuk di bawa bekal juga jangan dilupa.
Bekal untuk apa?
Peneman di dalam kubur.
Salah satu pesan dari Imam Ibnu Hatim ( maaf info biodata hanya dari wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Abi_Hatim) yang disampaikan oleh ustaz Azrul semasa kuliahnya tempoh hari ialah :
" Aku menyedari bahawa sebaik-baik kekasih ialah yang sanggup menemani di saat susah dan sendirian. Lantas aku menjadikan amal baik sebagai kekasihku kerana ia akan menjadi temanku disaat aku sendirian di dalam kubur "
Dalam soal amal, jangan hanya memandang amal jariah sahaja yang akan masuk "direct" ke kubur kita.
Tapi jangan di lupa dosa jariah. Itupun turut masuk serta menjadi peneman kita. Nauzubillah.
Namun, ini tidak bermakna apabila mengingati mati akan menjadikan kita ini jumud, tidak menghiraukan langsung di dunia. Harus di ingat juga, dunia juga menjadi tempat untuk kita menuai amal-amal baik sebagai bekal untuk kita.
Begitu jugalah dengan keluarga, anak-anak, isteri dan harta. Ia adalah amanah untuk kita tanggung di dunia dan jawab di akhirat.
Bosan dengan pertanyaan orang " Kau bila lagi ? " " Jangan lambat sangat " dan sebagainya, maka seharusnya mencari hikmah di sebalik pertanyaan itu.
Mereka prihatin dengan diri kita.
Dalam masa yang sama mohonlah doa dari mereka.
Jika hendak dikira pada ilmu, masih lagi belajar ilmu-ilmu baru.
Masih giat menghadiri kursus-kursus pemantapan ilmu.
Kalau hendak dikira niat yang mantap.
dari 20 sudah ada 15.
Cuma dari segi pemurnian akhlak perlu lebih kuat berperang dan mendidik diri.
Dalam apa jua sekalipun, semak kedudukan kita di dalam kategori mana.
Adakah sudah wajib, harus, sunat, makruh ataupun haram ?
Semak diri kita. Muhasabah diri kita.
Mana mungkin membawa orang lain ke syurga andai tangan masih berlumpur ?
Bersihkan diri. Bersihkan hati.
Masih punya masa.
Allah.Peliharalah kami semua !
No comments:
Post a Comment