Sekarang ni,alhamdulillah banyak sudah perkhidmatan awam seperti pejabat pos, imigresen dan sebagainya yang lebih efisien dari sebelum-sebelum ini.
Hari ini saya nak kongsikan 2 perkara. Moga ianya dapat membantu anda semua.
1. Nak Buat Passport, Hidup/"Renew" passport ?
Sekarang, selain dari pejabat imigresen, sekarang pun dah ada Pusat Transformasi Bandar a.k.a UTC. Kalau anda tak berkesempatan nak pergi pejabat imigresen isnin-jumaat, UTC dan pejabat-pejabat imigresen buka juga pada hari Sabtu. (Ahad tak pasti, kena tengok semula.Tak semua tempat buka hari Ahad)
Apa yang perlu bawa ?
Kad pengenalan
...
...
...
...
...
dan diri anda. Dan pastinya duit yang mencukupilah.Sekarang, dah tak perlu lagi bawa gambar berukuran passport, sebab setiap kaunter sudah ada kemudahan kamera. Pastikan diri anda cantik, kacak, segak dan bergaya. Di Pejabat Imigresen Putrajaya, ada disediakan blazer untuk digunakan oleh anda semua.
Kalau di Putrajaya, anda jangan tersilap pergi pejabat. Untuk urusan passport, boleh ke bangunan yang berwarna putih (Menara Ikhlas),sebelah dengan Pejabat Imigresen, tingkat 3. Memang di khaskan di situ untuk urusan passport. Kalau dari masjid Putra , terus sahaja, tapi sambil-sambil tu perhatikan di sebelah kiri anda. Tempat meletak kereta ? Jangan risau ! Disediakan luas di sebelah Menara Ikhlas.
Alhamdulillah saya sampai dalam pukul 7.45 pagi. Ambil nombor, kemudian duduk. Dalam pukul 8.05 pagi terus ke kaunter, selesaikan semua. 8.15 pagi dah ke kaunter bayaran. Kemudian, pergi la sarapan dulu di bangunan sebelahnya.ada kafe. Sebab nak tunggu 1 jam kat situ sahaja, mesti la bosan walhal buku dah dibawa konon-konon nak bacalah.
Saya datang semula ke pejabat dalam pukul 9pagi. Terus ke kaunter serahan, tanya-tanya dah siap. Efisien ! Tak payah ambil cuti ke apa, hanya ambil pas keluar dari tempat kerja anda dalam 1-2 jam dah cukup.
2. Road Tax/Insurans /Takaful Kenderaan Tamat Tempoh ?
Sebelum ini, saya ada pengalaman dalam 'renew' road tax untuk motorsikal ayah saya. Paginya ayah saya ke syarikat Takaful, kemudian tengahari ke pejabat pos untuk renew road tax.
Tapi,sekarang dah tak payah pening-pening. Semua boleh terus dibuat di pejabat pos. Datang, bawa duit dan geran serta polisi insurans yang lama, ambil nombor dan kemudian tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
Tapi, buat masa sekarang ni, tak semua yang ada.
Panel Insurans Motor untuk Pos Malaysia (setakat 1 Oktober 2010) adalah seperti berikut:
- Kurnia Insurans
- Allianz General Insurance
- MAA Assurance
- Etiqa Insurance & Takaful
- Syarikat Takaful Malaysia
- Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP)
Tapi, okay lah kan. daripada tiada langsung. Sekarang kan semuanya online, jadi tak jadi masalah. Cuma untuk urusan tukar nama dan sebagainya,tak boleh lagilah buat masa sekarang. Semua satu tempat. Road tax, insurans/takaful, satu tempat sahaja. Mudah!
Apa-apapun, semuanya dah bertambah baik sistemnya. Jimat masa, itu yang paling penting. Tapi biasalah, bila dah efisien macam ni, kuranglah sikit dapat perhatian. Kalau bab-bab lambat, penjaga kaunter main Facebook, bukan main cepat tersebar.
Jadi, selamat mencuba untuk semua !
No comments:
Post a Comment