Sunday, September 21, 2014

Kehendak vs Keperluan.

Assalamualaikum semua. contengan ini adalah perkongsian penulis sendiri. Sekiranya ianya baik maka ambil lah untuk diguna . Jika tidak, mohon untuk tidak dikongsikan dan memperbetulkan melalui pesanan di ruang komen.

Mungkin ada benarnya kata orang.
Makin besar periuk, makin besar keraknya.

Saat kita berusaha bersungguh-sungguh mengawal segala apa yang kita ada, kita akan berasa cukup tersusun. Dengan pengawalan bajet dan belanja agar benar-benar memastikan aliran wang yang positif, kita berasa yakin untuk melangkah.

Tatkala itu, kadang-kadang ada sahaja peluang yang kita pendamkan. Menahan nafsu dari meliarkan mata untuk mendapatkan itu ini.

" Kasut futsal? nantilah. Sekarang dah jarang."

" Tukar motor? Nantilah.Bagi kerja setahun dua dulu."

Dan bermacam-macam lagi termasuklah salah satu perkara yang diminati- mengembara.

Ah, sudah lama tak mengembara.

Bila sel-sel otak mula berhubung hasil pengaruh dari filem-filem dan gambar-gambar rakan, ya memang tersangat ingin pergi mengembara lagi.

" Ok. Jom Granada ! "

" Jom Istanbul "

" Kudat-Kuching"

Banyak lagi perkara yang difikirkan apabila suis 'kaki berjalan' secara tak sengaja dihidupkan.

Tapi dalam masa yang sama simpanan untuk masa depan, persiapan untuk majlis,rumah dan sebagainya tetap menjadi keutamaan.


Belum segala-galanya pun kadang-kadang kita goyang. Allah bagi nikmat sikit, ilmu sikit, dah naik belang. Tak cukup bagus lagi ni. Nak jawab apa nanti kalau kena tanya dengan Tuhan sendiri?

Ditambah dengan suasana keadaan sekarang. Cukup sukar sekali untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Kita memohon dengan penuh harap agar pilihan yang kita buat tak tersalah, dan terbaik untuk kita sendiri.

Dulu, kita rasa cukup yakin yang kita mampu mengawalnya. 


Tapi, Allah Maha hebat, Dia kasi ujian dan cuba try test kita boleh ke tidak nak menghadapnya.

Puasalah.

Terasa begitu signifikan mengapa puasa dianjurkan untuk mana-mana yang tidak dapat menikah.


Mungkin, dengan puasa juga, dapat mengendurkan sedikit keinginan kita terhadap kehendak kita yang mungkin kita membalutnya dengan niat yang baik seperti,

" Tukar motor sebab nak jimat minyak, bla bla bla..."
" Kasut baru,nanti senang nak pi mana-mana, bla bla bla.."


Persoalannya. adakah betul itu niat kita?


No comments:

Post a Comment