Tuesday, August 5, 2014

Syawal Tiba ~Mendepani Sebelas Bulan

Assalamualaikum semua. contengan ini adalah perkongsian penulis sendiri. Sekiranya ianya baik maka ambil lah untuk diguna . Jika tidak, mohon untuk tidak dikongsikan dan memperbetulkan melalui pesanan di ruang komen.

Alhamdulillah, syukur masih lagi diri ini diberi peluang untuk mencoret coretan bagi sekurang-kurangnya berkongsi. Ya , kerana pengalaman adalah guru yang selalu kita hadapi. Lain orang lain pengalaman, maka pengalaman yang mungkin tak seberapa ini diharap mampu untuk memberi impak positif buat tatapan semua.

Syawal sudahpun menjelma.dah sudah hampir seminggu kita berada di dalam bulan syawal. Bulan kemenangan, bagi mereka yang betul-betul menghayati erti ramadhan. Aku ? Mungkin kemenanganku belum cukup 100%. Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Tibanya hari raya, maka pastilah rumah sanak-saudara menjadi tumpuan untuk diziarah. Apabila menziarah, dapat berjumpa sanak saudara, subhanallah, terasa tenang dan lapang dalam menyambutnya. Melihat tertautnya kembali tali silaturahim itu bagaikan satu kepuasan. Seperti biasa, aku lebih gemar berbicara dalam diri dan berdoa, moga ianya terus berkekalan.

Salah satu rumah yang ingin benar aku kunjungi ialah rumah adik beradik kepada arwah nenekku di Segamat. Embah Marwiah, atau lebih mesra kami panggil dengan Embah Lembut. Setiap kali mereka yang berziarah ingin pulang, pastinya dititip doa-doa yang jika kita sendiri dengar, Subhanallah terasa mahu mengalir air mata.

Sudah menjadi adat orang Jawa, untuk menyediakan makanan ringan di ruang tamu dan juga turut menyediakan makanan berat seperti nasi di ruangan lain. Tatkala kami ingin pulang, embah telah menjemput kami makan.

" Embah tak sempat bagi apa-apa pun lagi. Makanlah dahulu " katanya dengan penuh lembut dan halus. Jarang untuk kita berjumpa dengan mereka yang bersikap lembut dalam percakapannya. Di akhirnya, embah terus mendoakan kami semua dengan doa yang bagi saya, bukan calang-calang untuk dihafal. Subhanallah, ingatannya masih kuat. Benar, mereka yang menjadikan Al Quran sebagai teman hidupnya, ingatannya begitu kuat.


Syawal diteruskan dengan aktiviti tahlil, dan pastinya soalan-soalan yang berlegar bagi mereka yang bujang pastinya sama. " Rileks dulu, awal lagi " reaksi spontan sambil tersengih. Tidak sedar langsung yang kini batton itu jatuh ketanganku. Apabila berjumpa dengan kawan-kawanpun, ramai yang menanyakan, jadi pilihlah jawapan yang terbaik untuk dijawab.

Soal ini tidak mahu diulas panjang, sebaliknya persoalan utama bagi entri kali ini ialah bagaimana kita untuk mendepani 11 bulan yang mendatang? Setelah sebulan kita berhempas pulas mengejar pahala, kini bagaimana kita cuba untuk terus konsisten ?

Disiplin dan penjagaan waktu.
Inilah perkara yang perlu diri yang hina ini jaga sebaik-baiknya. Pastinya terasa rugi apabila kita dapat merasa pahala kita perlahan-lahan mencair dek dosa-dosa yang kita lakukan.
Astagfirullah
Astagfirullah
Astagfirullah

Aku memohon perlindungan dari Allah.
Semangat perlu segera dipupuk semula.
Bukan soal berapa jauh Allah dengan kita,
Tetapi seberapa cepat kita membuat "air turn back" untuk kembali kepada Allah dalam keadaan terbaik.


Allahurabbi.

Aku begitu takut dengan tulisanku sendiri. Di zaman kini, tulisan di alam maya ini adalah umpama kata-kata dari bibir kita sendiri. Bercakap, tetapi tidak berbuat. Membaca tulisan dan entri-entri lama juga merupakan satu muhasabah untuk kita melihat sejauh mana kita memperkatakan apa yang kita tulis.

Janji.
Begitu malunya kita apabila kita memungkiri janji dengan manusia,
sedangkan berkali-kali kita memungkiri janji dengan Allah.

Mari, sama-sama kita menyusun bata menuju syurga.
Dengan bertaubat sesungguh-sungguhnya.

Ayuh !



Ulu Klang,
5 Ogos 2014




No comments:

Post a Comment