Saturday, June 14, 2014

Tersungkur Di Hujung Garisan Itu Perit

Assalamualaikum semua. contengan ini adalah perkongsian penulis sendiri. Sekiranya ianya baik maka ambil lah untuk diguna . Jika tidak, mohon untuk tidak dikongsikan dan memperbetulkan melalui pesanan di ruang komen.


############


" kenapa dhal ? ok tak ni ? "

sapa kawanku.

" okay je. takda apalah " jawabku.

" kalau okay takde macam ni punya muka. Biasa happy, senyum je "


" kenapa ni ? "
" takde pape. okay je "
" Tipu "
" Betul, tak de pape. kalau tak okay pun nanti okay lah "
jawabku untuk cuba menyembunyikan perasaan.

**************************************************

Terkadang kita cuba untuk menyembunyikan segala apa rasa dan peristiwa yang
berbekas dalam diri, tapi tak semuanya kita berjaya. Ada yang lebih hebat lagi,
tanpa melihat riak wajah sudah boleh agak keadaan diri.


Ya.

Ada perkara yang begitu cepat untuk kita lupakan dengan menganggap ia hanya seperti angin yang
datang, oksigennya kita hirup, lalu kita menghembusan molekul karbon dioksida untuk dibawa pergi.

Adakalanya ianya seperti memakan sambal tanpa diberikan segelas air. Mengangguk tanda okay, sedangkan
peluh di dahi sudah mula keluar.

Gagal untuk menyembunyikan. Sekali lagi gagal.

Melihat Senyuman Kita Di Wajah Orang Lain

Saya cukup kagum melihat deretan ribuan manusia yang menjadi sukarelawan dalam misi kemanusiaan.
Walaupun hidup mereka tidaklah sesenang mengikut timbangan dacing dunia, namun ia melambangkan
kegembiraan hati, keluasan fikiran dan ketenangan jiwa. Bergaul dengan mereka yang kurang mampu dari kita
akan menerbitkan rasa insaf dan bersyukur di dalam diri. Letih dan lelah mereka hilang di sebalik senyuman
kanak-kanak dan mangsa peperangan yang mereka tuntuni.

Kita cuba untuk menyembunyikan kedukaan 'sedetik' kita untuk tidak mahu mood mereka terganggu kerana picisan kita.

Kita berkata " okay je " untuk tidak mahu orang lain risaukan kita.

Kita mengungkap " jangan risau, tiada apa-apa " kerana mahu senyuman di wajah orang sekeliling kita tidak hilang.

Malah, ia juga untuk kita melatih untuk menampung kelemahan diri dengan tongkat kesabaran,
menjadi pendayung di dalam lautan dugaan.


Kerana kita memang berhak diuji olehNya. Terkadang kita begitu cepat dan tangkas mengubah sudut pandang kita terhadap sesuatu perkara,
dan adakala kita lambat menjelmakan aura pemikiran positif kerana memikirkan usaha dan jerih perih yang kita lakukan dan lalui.


Lain orang, lain lorong kehidupan.

Membina istana pasir di tepi pantai cukup mengasyikkan.
Namun, kita terlupa untuk mengambil kamera untuk menangkap gambar kenang-kenangan
Dengan bentuk dan senibina yang kukuh, kita berharap ianya kekal sehingga kita kembali semula.

Tiba-tiba datang sekumpulan anak muda yang menghancurkan istana pasir itu.

Kita terduduk memerhatikannya.
Marah dan geram menyelubungi atmosfera diri.
Bagi anak muda itu, ianya hanyalah satu senibina yang mudah digapai.
semua orang mampu membinanya.

Sedangkan bagi kita,
kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membinanya.
Banyak kali ombak pantai memusnahkan tembok yang kita bina.
Dan tatkala ombak tidak lagi mengganggu, ada makhluk lain yang merosakkannya.

Begitulah kehidupan. Kita terkadang kecewa, kerana kita bersungguh-sungguh berusaha hingga ke akhirnya.
Tercampak ke sana sini, berusaha sekerasnya, namun akhirnya detik yang kita tunggu dimusnahkan begitu sahaja dalam sekelip mata.
Hancur hati seperti jatuhnya pinggan emas dari tingkat lima bangunan ke jalanraya.

Hancur berderai.
Tatkala itu, hanya salotep 'zikir' sahaja mampu kembali mencantumkannya, merawatnya dengan penuh hikmah.

Cukuplah mati sebagai peringatan.
Ya.
Tepat sekali.

Kematian, walaupun ia merampas segala yang kita miliki,
tapi janga lupa, Allah akan gantikan dengan lebih baik.

Berfikiran positif mengenai apa yang bakal digantikan Tuhan Sang Pencipta,
itu biarlah menjadi rahsiaNya.

Biar kita berduka sekarang, moga saat seperti itu tidak terjadi saat kita menghadap sahutan Malaikat Izrail.



Kita meneruskan kehidupan ini, moga tiba dengan selamat di penghujung garisan.

Semoga kekecewaan dan kegelisahan hati ini tidak menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan.


Percaya


Berjumpa dengan ramai orang, kenalan, kadang-kadang buat kita lebih banyak mensyukuri kehidupan kita.
Masih ada yang percayakan kita. Masih yang sudi menjadikan kita individu penting dalam membantu kita, bukan mereka sebenarnya dalam mendepani hidup ini.

Kerana pengalaman yang kita peroleh dari penceritaan individu-individu ini bukan cerita kosong.
Terkadang, ia bagai satu dorongan untuk memberi dan menjadikan mereka berfikiran positif dalam kehidupan.
Malah, ia turut membantu kita menyusun langkah dalam kehidupan yang kita sendiri tak tahu bila penamatnya.
Walapun terkadang kita sendiri tidak begitu positif sekiranya kita mendepani situasi seperti itu, namun diharap mereka memahami dengan kefahaman yang betul.

Teruskanlah kehidupan.
Jalanilah kehidupan ini.
Selamat berkhidmat tidak kira di mana kita ditempatkan. Pasti ada rahsia di sebalik rahsia Allah menghantar kita di situ.
Selamat menjalani ramadhan untuk semua.

No comments:

Post a Comment