Sunday, May 18, 2014

Remeh Temeh

Assalamualaikum semua. contengan ini adalah perkongsian penulis sendiri. Sekiranya ianya baik maka ambil lah untuk diguna . Jika tidak, mohon untuk tidak dikongsikan dan memperbetulkan melalui pesanan di ruang komen.


" Kenapa Orang Kampung Dah Mula Tak hormat Aku Bila di simpang ? " kata Tok Putih.

" Ini undang-undang Encik. Encik kena ikut " jawab pegawai itu.

" Dulu tak ada lampung simpang ni aman je. sekarang semua jadi kacau " balas Tok Putih.


Serba sedikit coretan dari sebuah rancangan televisyen. Sekali dibaca tajuknya, seolah-olah perkara remeh. Namun apabila kita melihat dan cuba untuk melihat dan memahami sendiri isunya, ia seolah satu fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Get the point !



Perkara yang remeh, kita perbesar-besarkan. Hal-hal yang kita sendiri pasti ianya banyak pendapat, terus kita ketengahkan. Sehingga masalah yang lebih besar, kita terlepas pandang untuk melihatnya. Bahkan  mungkin secara tidak sengaja kita ketepikan, kerana terlalu asyik dengan perdebatan.



Akibatnya, ummah semakin pening dalam memahami sesuatu isu dengan kanta yang lebih jernih. Yang hanya singgah di sekeliling kita, hanyalah dari persepsi, bukan berlandaskan fakta. Ummah rugi, negara rugi. Saya sendiri tidak menolak, kadangkala kita juga termasuk dalam golongan ini.

sumber gambar : farahfarly.blogspot.com


Ia bukan hanya soal amalan-amalan kerohanian, malah dalam pengurusan kehidupan yang meliputi pelbagai aspek lain; kewangan, pengurusan masa dan banyak lagi. Pendek kata, ianya kadangkala menyebabkan sesuatu tugas itu tergendala. Jika di dalam penghasilan produk pula, memfokuskan perkara yang tidak penting akan merugikan sesuatu kilang yang menghasilkan produk mereka.



Di Mana Kita Dalam Kekalutan Ramai 


Dalam satu aspek, ianya menunjukkan aura positif dalam pola pemikiran masyarakat, bahawa masyarakat mula membincangkan hal-hal yang penting dan dekat dengan amalan seharian. Namun, di mana kita dalam memastikan masyarakat dan diri kita khususnya lebih memfokuskan kepada perkara pokok terlebih dahulu?


Dalam satu sudut pandang, kita seharusnya bersedih kerana tangan-tangan kita, idea-idea yang "kononnya hebat" dari kita ini masih lagi belum mampu memberi justifikasi yang besar kepada masyarakat awam. Seolah-olah pendaki gunung yang menceritakan pemandangan dari puncak, sedangkan warga sekeliling tidak faham apa yang cuba disampaikan.



Apakah jiwa ini masih lagi mahu bertanya tentang korek hidung batal puasa atau tidak, sedangkan ada orang lain yang sudah berpindah ke bab yang lain, lebih mengutamakan cara untuk mencapai maqam puasa Khusunul khusus. Perit untuk ditelan, namun inilah hakikat dan realiti diri kita.

sumber gambar : gambarnasihat.wordpress.com


Mahu atau tidak,jawapannya pada ilmu. Dengan menuntut ilmu, kita akan menjadi lebih kurang cerdik, kerana terlalu banyak ilmu yang kita tidak tahu. Dibandingkan ilmu kita dengan ilmu Tuhan Maha Cinta, Allahurabbi, sungguh jauh perbezaannya. Namun, jangan pernah berasa kecewa, kerana ilmulah penyuluh kehidupan. Dengan ilmu kita mengenal perkara yang baik dan kurang baik


Dan dengan ilmu juga kita mengenal tuhan. Allah, Tuhan yang satu!

Dengan ilmu dunia, ia akan menjadikan seorang pekerja itu rajin bekerja. Dengan gabungan ilmu akhirat, seorang pekerja akan rajin bekerja kerana itu satu amanah, dan amanah akan dipersoalkan nanti di hadapan Allah Rabbul Jalil.


Dengan ilmu dunia, seorang pelajar akan melihat hadirnya ke kelas hanya sekadar memenuhi kehendak universiti untuk mereka hadir. Dengan keterikatan ilmu akhirat, beliau akan hadir kerana sedar amanah dari keluarga dan para pembayar cukai untuk melihat mereka berjaya.


Dengan ilmu juga, kita akan tahu mana yang lebih utama, hingga menjadikan tingkah laku kita bermatlamat. Dengan ilmu juga, kita tidak gusar walau dicampak kemana untuk belajar, kerana di mana-manapun akan memberi hikmah untuk kita pelajari dan kutip dalam meneruskan kehidupan.






###############################################################
terlalu banyak ilmu yang masih belum diri ini fahami. Kadang sudah dipelajari, namun tidak diamalkan. Ya, aku perlu mengembara lagi untuk membuat persediaan.

No comments:

Post a Comment