Assalamualaikum semua.
Pujian dan syukur kerana Allah masih lagi izinkan kita yang hina ini, yang sering lalai dan alpa dalam menjalankan amanah sebagai hambaNya, sebagai khalifahNya, sebagai anak kepada kedua ibu bapa kita.
***************************************
Kejadian alam di sekeliling ini sungguh tidak ada yang sia-sia.Langit yang terbentang luas itu, seolah-olah menginginkan kita untuk berfikiran luas dan berlapang dada. Semut yang bekerja keras itu, mengajar kita untuk kuat berusaha dan yakin dengan ketentuannya ; rezeki,jodoh,ajal dan banyak lagi. Malah, saya sendiri khususnya perlu rasa malu dengan diri saya dan kita sendiri, makhluk-makhluk lain begitu kuat ingatan mereka kepada Sang Pencipta mereka; Allah Tuhan Penguasa Alam.
Ambillah masa untuk duduk bersendirian untuk mengenang dosa kita. Kelalaian kita. Moga dengan memohon ampun kepada Allah, kita cepat sedar dari terus jauh dari Allah.
Perkara Yang Kecil Itu Besar Maknanya
Sering saya terabai perkara yang penting, atau lebih tepat lagi tersalah menilai dalam sesuatu perkara yang dianggap picisan. Sedangkan sebenarnya perkara yang kecil itulah kadangkala menentukan ke mana hala tuju kita. Alhamdulillah, di dalam proses pembelajaran ini, apabila kita melihat peranan perkara kecil dalam menjayakan perkara besar, kita akan berasa lapang dan lebih terurus. Apabila kita meletakkan matlamat akhirnya hanya untuk redhaNya, Allah. Tak dapat hendak digambarkan bagaimana rasanya hati ini. Ketenangannya subhanallah. Allah Maha Hebat. Allah Maha Bijaksana. Apabila nampak matlamat akhir, maka kita akan terpandu dan sentiasa memastikan kita tidak tersalah. Perkara biasa jika terjatuh, namun, harus segera bangkit memperbetulkan keadaan sebelum menjadi lebih rumit.
*******************************************************************
Mengharap pada Allah Secara Menyeluruh Kunci Menyiapkan Diri
Kebergantungan kita selayaknya untuk Allah. Kita walau sehebat mana pun kita berperanan sebagai 'mastermind', jangan dilupa itu semua adalah dengan izin Allah. Setiap perkara yang didatangkan kepada kita itu, pastinya ada sesuatu yang ingin diajarkan Allah untuk kita pelajari. Didatangi dengan tawaran, baik melalui orang tengah mahupun secara terus, Allahu Allah. Kadang kita sendiri kaku. Namun, ingatlah
"Tidak akan rugi orang yang beristikharah,
dan tidak akan menyesal orang yang bermusyawarah,,,"
(HR. Ath-Thabrani)
Kali ini istikharah dilakukan untuk meminta agar Allah menggerakkan hati ini untuk sesuatu perkara yang besar. Sungguh, besar dan berat. Dan kerana besarnya perkara ini, tidak sekali mahu ianya dijadikan mainan semata-mata. Ianya memang dilihat dari sudut yang serius, dan langsung tidak ada unsur main-main. Diri ini sedar, tempoh untuk mempersiapkan diri ini adalah satu proses panjang. Dan, bismillah, diri ini memilih untuk bertahan, dan menahan serta mengawal diri dari terlalu sibuk memikirkannya. Jemputan yang datang boleh jadi hadir untuk menguji kita dalam banyak perkara. Hanya Allah yang tahu. Dan kuatnya insan untuk bertahan itu adalah dengan kuasa Allah, sambil mengharap padaNya. Moga terus ikhlas dan redha dalam menerima apa jua keputusan di akhirnya.
Menuju Syurga itu
Bukanlah mudah
Menyusun bata dengan perlahan
Sering Terjatuh
Sering batanya pecah
Menuju syurga itu
satu impian
bangkit semula mencari bata
Disusun satu per satu
moga ada perubahan dan
semakin dekat dengan pintunya
Menuju syurga itu
perlukan kekuatan
Diri tidak sehebat pejuang di barisan hadapan
Hanya berlindungkan dengan nipisnya iman
dalam usaha bergerak ke depan
# semoga semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat ditemui. Allah Maha Berkuasa. Amin.
No comments:
Post a Comment