Alhamdulillah, kembali lagi diberi peluang dan ruang untuk menulis. Masa yang ada , kesempatan yang ada yang sedikit ini perlulah saya dan kita semua berusaha sehabis baik untuk menyediakan bekal yang terbaik untuk dibawa bukan sahaja di alam kubur sebagai teman, malah untuk membeli tempat yang kekal abadi; syurga.
adakah aku tergolong dalam orang yang hatinya mati? nauzubillah |
Untuk berjaya di dunia, perlukan ilmu. Dan untuk berjaya di akhirat juga, perlukan ilmu. Maka, medan ilmu yang kini bertebaran luas, baik di corong-corong radio, televisyen, internet mahupun kuliah tafaqquh di rumah Allah berdekatan haruslah kita garap sebaik mungkin. Imam Ghazali ada berpesan supaya apabila kita pergi ke suatu tempat, hendaklah sekurang-kurangnya kita bawa pulang hidayah. Rasulullah s.a.w juga ada berpesan untuk sampaikanlah sekurang-kurangnya 1 ayat.Maka pentingnya untuk kita menuntut ilmu.
Dalam mencari ilmu juga, perlulah kita cari ilmu yang benar.Fokuslah kepada persoalan penting, dan bukan kepada soalan-soalan cabang (furu'). Ya, ia juga penting namun jika sudahpun diputuskan oleh ulama' terdahulu, maka terimalah. Dalam sesebuah perkara juga ada banyak riwayat. Raikanlah perbezaan riwayat yang benar, raikanlah perbezaan mazhab, selagi masih teguh berdiri di atas jalan aqidah Ahli Sunnah wal jamaah.
catatan pada 17 Jun 2013,
Kita hendaklah mengurangkan bercakap, kerana barangkali banyak yang kita perkatakan itu adalah salah dan tidak mempunyai sanadnya. Rasulullah s.a.w sendiri berpesan sekiranya ada dari kita yang mengada- adakan sesuatu dan disandarkan kepada nabi, maka ia telah menempah tempat ke neraka.
Adanya hadith maudhu', malah sehingga bertentangan dengan ayat al quran itu sendiri. Seperti contoh, adanya hadith maudhu' yang mengatakan anak-anak zina tidak terampun dosa hinggalah 7 keturunan, sedangkan di dalam Al Quran mengatakan setiap orang bertanggungjawab terhadap dosa masing-masing.
Begitu juga dalam menyampaikan, perlulah kita tahu kebenarannya. Kesahihannya. 1 perkara itu punyai sudut pandang yang berbeza. Barangkali pendapat kita adalah A, dan mungkin juga ada pendapat lain yang mengatakan B. Duduk berbincang untuk menilai, kemudian buatlah keputusan dengan berlapang dada.
Boleh jadi juga sesuatu perkara itu ditujukan kepada orang lain, atau memang sendiri ditujukan kepada kita. Layak atau tidak kita berfikir itu merupakan pesanan untuk kita, terpulang. Jika baik, maka ambillah sebagai ingatan bersama. Kerana semua inginkan kebaikan, tidak kira kebaikan itu dilakukan sekarang mahupun nanti.
Tingkatkan Tawakkal, Tingkatkan Usaha
Dalam proses mencari kerja tetap ini, saya berpesan seribu kali kepada diri sendiri, bahawa rezeki di tangan Allah. Jangan sesekali memandang diri kita kepada orang lain. Setiap insan sudah ditentukan rezekinya. Tinggi usahanya, tinggilah hasilnya.
Begitu jugalah dalam aspek lain. Sekuat-kuatnya kita ikatkan hati dan kebergantungan kepada perkara-perkara yang kita buat kepada Allah. Kuatnya ikatan itu supaya kita tidak menyalahkan Allah, apatah lagi menyalahkan manusia.
Percayalah pada hikmah. Hikmah itu mengajar kita untuk berlapang dada. Dalam mencari hikmah,kuatkan usaha dan istiqamah.Mungkin kita sering terjatuh di tanah, namun harus cepat bangkit menuju ke 1 arah. Dan ingatlah, kesempurnaan itu milik Allah.
Apapun keputusan orang lain yang melibatkan kita, kita sama sekali tidak boleh memaksa. Namun kita boleh cuba untuk meyakinkan melalui usaha-usaha kita. Andai masih tidak percaya, belajar untuk menjadi super ikhlas dan redha.
Peringatan buat diriku yang lupa.
No comments:
Post a Comment