Assalamualaikum semua.
Baru baru ini saya diberi izin dan peluang untuk menonton sebuah drama. Mengisahkan tentang seorang ustazah yang berkahwin dengan suaminya , seorang kaki minum. Hebat sungguh ujian untuknya. Benar atau tidak jalan cerita ini, pengajarannya pastilah lebih kepada bagaimana sayangnya si isteri pada suaminya. berkali-kali cuba memberi nasihat dan ajakan supaya suaminya kembali ke pangkal jalan.
Setiap orang, hambaNya akan diuji olehNya. Yang Baik itu ujian, yang kurang baik juga ujian. Namun, beberapa perbincangan seminggu lalu terus difikirkan. Dan diri yang hina ini semakin mengerti. Langsung tidak kukatakan salah, namun perlahan-lahan berfikir dan terus berfikir. Akhirnya Allah izinkan untuk faham, mengapa rasa itu boleh ada.
Ya, kita yang menentukan samada kita mahu menjawab atau tidak sebarang komen. Malah, kita sendiri boleh mengabaikan andai persoalannya tidak penting.
Cuai. Menjaga perkara lain tetapi tertinggal perkara sekecil ini yang boleh menjadi besar. Walaupun cuba untuk mengambil segala perkara, kerana tidak ada yang tidak penting hatta sekecil manapun ianya boleh menjadi besar. Sama sekali tidak sedar bahawa perbuatan yang dianggap remeh itu boleh menghasilkan ragu yang amat dalam.
Terima kasih menyedarkan. ku harap langkahku semakin rapat. Berhati-hati dalam mengangkat kaki. Mengatur langkah dengan memerhati.
Ulu Klang, 8.54 pagi.
No comments:
Post a Comment