Friday, October 11, 2013

Pulangkan semula kepadaMu ya Rabb

ikhlas.mudah diungkap tapi sering tewas dalam perbuatan. Hati kadang tidak mampu berbuat seiring dengan percakapan. Namun, kadangkala kita cuba sedaya upaya menguatkan langkah dan usaha agar ia benar-benar terbit dari perlakuan kita sendiri.

sering kali juga, usaha sekangkang semut itu tergendala kerana dosa yang kita lakukan. Lalu perlahan-lahan kita bangun semula mendirikannya. ibarat membina istana pasir di tepian pantai. Sekali ombak datang, boleh menghancurkan sekaligus istana yang dibina.


Mungkin ia berlaku, kerana hati kita masih belum bersih. penuh dengan dosa. dan kadangkala, rasa ikhlas dan redha ini boleh datang, apabila kita tahu siapa kita. Keadaan kita. Sehingga membolehkan, kita bersedia melakukan apa sahaja.untuk ia hadir. atau sekurang-kurangnya kita berusaha untuk rasa itu hadir.


ia juga boleh hadir.apabila kita ada sekelumit perasaan malu. Malu dengan diri sendiri. Apakah layak kita untuk berdiri teguh untuk mendapatkan sesuatu pemberianNya, sedangkan usaha kita hanya sekangkang kera? sedangkan kita masih lagi lemas dalam dosa?

Layakkah aku untuk mendapat nikmat itu?
tidak.
kerana terlalu banyak nikmat yang aku persiakan.
dibazirkan.
dan didustakan.

Lalu pilihan yang dibuat adalah kembali bermuhasabah diri. Lari dari hiruk pikuk tempat yang selalu aku berkongsi. Bertatih mencari jalan yang lurus.

Boleh jadi ia adalah satu hukum tarikan alam yang telah ditetapkan. Tapi dari satu sudut, ianya boleh terjadi kerana dosa yang menggunung yang ada dalam diri.

Rezeki dariMu itu begitu besar,aku begitu bersyukur kepadaMu, namun aku pulangkan semula kepadaMu untuk kau berikan pada yang selayaknya.

Moga langkah kaki ini terus ikhlas atas keputusan yang dibuat.amin.

No comments:

Post a Comment