Tuesday, August 27, 2013

kerana hanya menulis yang aku bisa

Assalamualaikum semua.
Mungkin aku memang minat menulis. Sejak bila? mungkin sejak sekolah rendah. aku sendiri kurang pasti. Namun, yang aku ingat, diri ini pernah memenangi pertandingan karangan terbaik peringkat daerah Gombak. Saat itu, aku sendiri tidak tahu bagaimana boleh terpilih. Rezeki dari tuhan.

Aku terus menulis. Darjah enam, aku pahatkan memori tragedi kemalangan aku dalam sebuah penulisan. Alhamdulillah, mungkin sudah memang rezekiku, ianya dimuatkan di dalam majalah sekolah. Terus menulis, aku pernah membuat cerpen. Entah kenapa aku meminati bidang penulisan ini. Aku sanggup duduk di kafe internet sewaktu "outing" untuk menaip cerpenku untuk dihantar ke satu pertandingan.

Zaman memasuki dunia kampus universiti, aku menggunakan blog untuk menulis dengan lebih banyak.Mungkin kerana minat yang mendalam tentang penulisan, aku diberi peluang dan ruang yang ada untuk menjadi salah seorang dari pencari artikel dan membuat artikel sendiri di dalam risalah sebuah persatuan di kampus. Memasuki tahun kedua, banyak bicara, ulasan yang dilakukan di blog. Luahan hati, perasaan, idea semuanya digarapakan di blog.

Dengan menulis, aku merasa ia adalah cara untuk aku menyampaikan sesuatu. Sungguh, aku bukanlah petah bercakap orangnya. Aku lebih gemar menulis dan kadangkala, aku sendiri gemar untuk pergi ke sebuah tempat secara sendiri. Mencari ketenangan katanya. Taman, kawasan tinggi, sering aku lawati. Dengan menulis, aku merasakan aku bebas. Dengan bersendiri, aku tidak takut untuk melakukan sesuatu. Namun, di mata orang lain, kadangkala ia kelihatan seolah-olah gila. Apakah tidak gila berjalan-jalan di jalan utama seorang diri pada pukul 1.00 pagi?

Kerana bagiku, itu adalah cara untuk menenangkan diri. Membawa hati untuk menenangkan fikiran. Kadangkala kekusutan hati akan terlerai setelah selesai sesi "memasuki gua" menurut buku Men are From Mars and Women From Venus.

Aku seronok, bahagia dapat menulis. Kerana diri ini berharap, agar tulisan tak seberapa ini mampu memberi manfaat kepada pembaca, walaupun hanya satu perkataan yang diperolehinya. Aku cuma ingin berkongsi sedikit apa yang kurasa, yang mungkin kita mempunyai situasi yang hampir sama.





Pernah kuterfikir untuk menulis diari. Mungkin.

Hidupkan mimpimu.walaupun hanya engkau seorang yang bermimpi.

Penulis picisan,
Aliffadhol~

No comments:

Post a Comment