Thursday, August 22, 2013

ceritera

Assalamualaikum semua.

kalau hendak berkongsi, rasanya terlalu banyak yang hendak dikongsikan. Pulang awal ke Johor Bahru untuk menyambung tugas, dan beberapa situasi yang mungkin kecil dipandangan mata, tetapi besar maknanya.

kerana apa?

kerana kita belajar untuk menghargai apa yang ada disekeliling kita. sebab, barangkali itulah situasi yang tinggal untuk kita.

#########################################################

Akhir-akhir ini saya cuba untuk merapikan langkah.
Namun, tipulah kalau tak sesekali rebah.
Pagi berdoa,kemudian khilaf semula.
Dan...
Jika berlaku sesuatu,
seberapa pantas haruslah berfikir untuk mencari hikmah. Tidak dinafikan inilah antara saat yang betul-betul Allah menguji untuk melihat kebergantungan kita kepadaNya. dan satu jawapan dari saya, teruskan berdoa dan kuatkan langkah. 1 demi 1 kita susun langkah kita, untuk menjadi orang yang hebat, mencapai status mampu yang hakiki.

perbualan semasa hari raya hari tu juga rasanya, ada pro dan kontra nya. Cuma ada sekali diri ini berkata

" mana umi tahu lambat lagi...entah-entah dah dekat ke.."
dialog ringkas setelah beberapa kali soalan ini muncul tatkala umi menghantar jemputan untuk walimah akak.

"Eh, nak cepat jugak ke.. erm, kerja dulu, kumpul duit dulu.."
jawapan yang sudah dijangka. Yup, tugas dan amanah sebagai anak sulung lelaki ini sudah mula ku rasa, lebih-lebih lagi sejak memasuki kampus skudai ini. Perlu lebih rasional dan bertanggungjawab. Moga-moga rancangan 1+1+4 itu menjadi.amin.

##################################################################

Ia merupakan isu yang besar.
Oleh itu, pelaburan untuk kita siapkan juga besar.
Ilmunya,perlu mantap.
Moga masa-masa yang Allah beri ini dimanfaatkan sebaiknya
dicari hikmah sebaiknya

dan sesungguhnya, aku menanti peristiwa hujung minggu depan untuk menyusun dengan lebih rapi.

-skudai,jb-

No comments:

Post a Comment