Saturday, June 15, 2013

Beribadah lah dengan tenang, kawan. Allah memanggilMu =)

Assalamualaikum semua.

 Bismillah.


terima kasih saya ucapkan. bukannya kerana keputusan yang baik yang dilakukan, atau berniat sindiran, cuma ianya tanda kita menghargai usaha orang-orang disekeliling kita yang menunjukkan kita ke jalan yang lurus. dan saya amat menghargai mereka yang mengingatkan saya tentang perkara-perkara kebaikan.


" ingatlah setiap dari mereka yang berbuat baik kepadamu, tetapi lupakanlah kesalahan mereka jika mereka melukaimu "

dan pastinya, setiap dari ujian yang kita sebagai hamba ini lalui, ada hikmahnya. aturanNya itu yang terbaik. kita hanya perlu berusaha dengan penuh itqan, moga-moga membuahkan hasil yang positif, tidak kira dalam apa jua perkara yang kita lakukan.



Peluang untuk muhasabah diri


kadang-kala, Allah bagi peluang untuk kita cek semula dalam diri. Bagaimana kita menguruskan diri ini. Bagaimana ikhtiar yang kita lakukan. Bagaimana tahap tawakkal dan pasrah kita kepada Allah. Jika kita fikir dengan aliran arus yang suci dan melihat dari sudut hikmahnya, maka pastinya hati kita akan tersenyum. Dan alhamdulillah, keputusan pun telah dibuat, maka teruskanlah dengan apa yang ingin dikecapi. Ya mungkin ada rasa sedih sedikit, namun ambil sedikit masa untuk menenangkan diri, membaca semula apa yang cuba disampaikan, agar mesej yang cuba disampaikan oleh sesetengah pihak betul-betul kita fahami. Jangan sampai salah info, dan kita juga harus terima, bahawa kadang kala mesej yang cuba disampaikan boleh jadi salah faham, kita terima.


Firman Allah;
"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni Syurga; mereka kekal di dalamnya" (Surah Al- A'raf: 42)

dan pastinya, setiap ujian ini untuk kebaikan diri kita semua. Rahmat Allah yang diturunkan kepada hambaNya, yang merindukan hambaNya untuk kembali bertaut hati dan fikiran kepadaNya.


Merancang Yang Terbaik

Mengapa Allah rahasiakan masa depan kita ? salah satu sebabnya adalah untuk kita merencana masa depan yang terbaik. Kita merancang dan mempersiapkan KPI atau K.A.I kita untuk memastikan kita mendapat skor yang cemerlang, bukan di sini sahaja, tetapi di sana. Bagaimana kita merencana moga-moga ianya memberi hasil yang positif di sana. Ketika itulah, kita akan mempersiapkan dengan beberapa perkara yang harus kita lakukan dan dimulakan dengan 3S; sedikit-sedikit, sekarang, dan selalu diamalkan. Hasilnya ? itu kerja Allah. Kita sama sekali tidak berhak untuk memutuskan perkara-perkara di masa akan datang seolah-olah kita mengambil kerja tuhan. Cumanya, berdasarkan dari masa sekarang, kita menyusun langkah moga-moga kita memperoleh hasil yang positif =)

Sama keadaannya, seperti mana perdana menteri membentangkan bajet tahunan negara. YAB PM membentangkan perancangan-perancangan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, kaedah dan cara-cara, moga keputusan yang dibuat berpandu semula kepada perancangan.

Adakah kita memikirkan tentang masa depan ? Ya, tetapi sekadarnya. Yang penting masa sekarang. Bagaimana kita mengatur dan menyusun langkah.satu per satu. Dan keputusan yang dibuat sekarang, itu adalah yang terbaik. Tidak pernah sama sekali saya menolak keputusan itu.

Cumanya, dalam tempoh 6 bulan pertama 2013 ini, alhamdulillah Allah beri peluang saya lakukan banyak perkara. Saya selalu ingat pesan pengetua saya di UTMKL,

" Jika niat yang baik, insyaAllah Allah permudahkan. "

Niat itu samanya dengan matlamat. Kita tetapkan matlamat yang baik, insyaAllah jalan yang kita lalui untuk Allah permudahkan. Dengan syarat, kita tak melupakanNya. Moga-moga Allah teruskan kuatkan hati, dan kaki dalam melangkah, meneruskan tahun-tahun persiapan ini. Persiapan di dalam tahun-tahun persiapan ini, sama atau selari dengan persiapan menuju kematian. Mencari ilmu, memperbanyak amal, menanam rasa takut, dan memperbanyakkan tawakkal.


Beribadah lah dengan tenang, kawan. Allah memanggilMu =)

No comments:

Post a Comment