Tuesday, May 28, 2013

Memori Itu Tak Salah

Assalamualaikum semua.


 alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk diri hamba yang hina ini untuk meneruskan kehidupan . Siapa tahu, esok lusa, ataupun sebentar nanti, kita dijemput menghadap Tuhan. Saat itu, akan berlaku 2 keadaan. Sama ada panggilan yang amat kita nantikan, ataupun panggilan yang dipenuhi dengan sesalan. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mati dalam keadaan khusnul khatimah.

Moga-moga kesempatan untuk berkongsi serba sedikit ini, digunakan dengan sebaiknya oleh orang lain. Barangkali mungkin cara penulisan ini tidak sampai atau tidak mampu memberi impak positif kepada anda, tapi saya berharap agar akan ada mana-mana insan yang terjumpa coretan ini untuk mengambi hikmah dari apa sahaja yang saya kongsikan.

Perjumpaan bersama rakan-rakan yang menunaikan umrah bersama sedikit sebanyak membangkitkan kesedaran dalam diri. Sedar tak sedar, telah setahun rupanya saya dan rakan-rakan yang lain diberi keizinan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Sehingga ke hari ini, mata ini pastinya masih segar dalam melihat samar-samar sinar lampu Masjid Nabawi dari dalam bas sewaktu melangkah kaki ke bumi madinah. Bibir ini masih terasa enaknya air zamzam yang dijaga Allah. sehinggakan, apabila melihat sahaja gambar kaabah, baik di dalam televisyen mahupun di dalam internet, ia benar-benar meruntun hati. Apabila melihat rakan-rakan yang telah berpeluang ke sana lagi, hati ini meronta-ronta untuk kembali. Suasana yang benar-benar menambah rasa kerdil diri.

Setahun berlalu, peluang untuk sama-sama bermuhasabah. Acap kali cuba untuk membaca semula entri sebaik sahaja pulang dari tanah suci, namun...tak mampu untuk menahan sebak dan rindu. Mendengar alunan talbiah tatkala hari raya aidil adha yang lalu pun, membuatkan hati benar-benar terasa rindu.

Pastinya ada hikmah mengapa Allah pilih kami untuk tiba di sana. Dan diri yang kerdil ini juga berharap agar diberi peluang sekali lagi untuk ke sana. Alunan nasyid Hafiz Hamidun "rindu padamu" itu semakin kerap diulang putar di dalam laptop. Mampukah aku dan berpeluangkah aku untuk kembali ke sana lagi ? Aku hanya berdoa, moga-moga masih ada rezeki.

Ya. rindu. rindu teramat sangat. Dari saat pertama bertemu hinggalah ke hari ini.rindu itu ada. kalau hendak dinekadkan, ingin sahaja aku berlari ke sana. Supaya sentiasa dekat. Tapi pastinya ada hikmah, mengapa semua ini berlaku. Ini medan untuk sama-sama menilai dari segi sudut perbuatan diri ini. Mampu atau tidak untuk melakukannya.

Dalam memasuki ruang beramal, teringat bagaimana kisah hikmahnya para ulama dalam menjawab persoalan tatkala diajukan samada boleh atau tidak membaca selain bacaan biasa semasa iktidal. Ulama tersebut menjawab " Boleh,tapi lebih elok baca yang itu (bacaan biasa)". pertanyaan itu diulang sebanyak 3 kali dan ulama tersebut masih menjawab dengan jawapan yang sama. Apabila ulama itu duduk bersama rakan-rakannya, rakan-rakannya bertanya "mengapa tidak katakan sahaja tidak boleh membaca selain dari bacaan biasa ?".Dan satu jawapan yang diberikan oleh ulama itu benar-benar penuh hikmah dan sarat dengan isi.

" Takkan saya nak halang orang nak beribadah kepada Allah."

Allah. Begitu berhikmahnya apabila menjawab. Itu dari segi menjawab. Bagaimana pula dengan urusan harian ? Allah. moga segala tindakan saya tidak menghalang orang lain dalam mendekatkan diri mereka kepada Allah. Bimbang sekali jika ada perbuatan diri yang lemah ini mengganggu orang lain. Moga-moga dijauhkan.amiin.

Moga coretan yang serba ringkas ini sedikit sebanyak mampu memberi nilai tambah. dan hakikatnya,Allahlah yang menggerakkan hati kita untuk menjumpainya, dan Allah jugalah yang menangguhkannya dari kita menjumpai nilai tambah itu.

wallahualam.



























No comments:

Post a Comment