Tuesday, March 12, 2013

The All loving





Assalamualaikum semua.

Bila Allah kata Allah suka kat seorang hamba Allah ni,
Allah akan panggil malaikat jibril dan beritahu beliau. Maka kemudian Malaikat jibril pun akan menyampaikannya kepada seluruh penduduk langit.

Allah.besarnya rasa cinta dan kasihMu kepada hambaMu.
everyday Allah gives signal to you. 
Malah, saat Allah izinkan saya untuk menulis dan anda membaca, ini juga boleh jadi signal dari Allah, untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.


The more you know Allah, the more you will love Him, then your life will be better. One of the names of Allah is Al-Wadood which means THE ALL-LOVING.

Benarlah janji Allah.
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Pernah rasa tenang apabila mendengar bunyi desiran ombak?
kerana ombak berzikir kepadaNya.
Bunyi burung berkicau
Semua makhluk berzikir padaNya
Kita.
Masih lagi sibuk dengan dunia.

Allah.lemahnya hati
Sibuk memikirkan hal-hal yang kurang penting.





Hidup kena berubah.

Pernah anda dengar hukum Newton kedua ?
F=ma
F ialah daya.
M pula ialah jisim.
Manakala a ialah pecutan.

Formula ini, sinonim dengan kita. Kita mahu daya tarikan yang kuat dengan Allah, namun dosa kita masih banyak. ya, dayanya ada.tapi tidak kuat dan tinggi nilainya.

Begitu juga dengan jika kita tidak berkejar-kejar ingin mendapatkan redha Allah, melakukan amal jariah, ya ianya juga tidak kuat daya tersebut.


m saya definisikan sebagai dosa kita, manakala a sebagai usaha kita untuk mendapatkan pahala dan redha Allah. Jika nilai m ini kita kecilkan dan nilai a kita besarkan, ya akan besarlah nilai daya tersebut



Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar-Ra`d :11

No comments:

Post a Comment