Sunday, March 10, 2013

Jika tak boleh buat semua, jangan tinggal semua

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Masih Allah izinkan untuk kongsika serba sedikit coretan pengalaman hidup di dunia yang sementara ini. Mungkin ianya tidak seberapa, namun saya berharap agar tulisan yang tidak seberapa ini dapat membantu orang ramai, walaupun seorang untuk ingat kepada penciptaNya.

Siapa ? Allah.



Sabtu 9 Mac.Cuaca yang panas. Selesai membasuh pakaian dan menyidai semuanya di ampaian, saya menyiapkan beberapa nota ringkas untuk diajar pada malam ini. Saya mula merasakan jiwa sebagai seorang pendidik itu cukup tenang. Hidup untuk memberi. Memberi dan berkongsi ilmu yang ada. Walaupun sedikit, di harap ianya mampu paling tidak menggembirakan hati kedua orang tua mereka.


Hari ini, ada beberapa program besar yang berlangsung. Di Plaza Angsana, berlangsungnya Karnival Mahabbah IKIM.FM, sementara di kampus, berlangsungnya pertandingan tilawah Al Quran pada sebelah petang, dan Malam Ekspresi Gaza (MEGA) di Dewan Sultan Iskandar.


Di Karnival Mahabbah IKIM, pada sesi petang diadakan program ilmiah yang disampaikan oleh Shamrul @ Sham Kamikaze. Pada sebelah malamnya pula, adanya Konsert dari beberapa buah kumpulan nasyid seperti Brothers dan Mirwana.


Namun sebenarnya hati saya ingin ke MEGA. Gaza, Palestin. ya, memang kena bayar. Tapi kan program amal ? Nak berkira juga ? Namun, pada malamnya juga saya ada tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. 2 hari sebelumnya, kawan saya ada menanyakan tentang kehadiran saya ke program MEGA itu. Saya cuba untuk menukar jadual aktiviti saya pada malam itu, dengan niat untuk hadir ke program tersebut. Namun, perancangan Allah itu lebih baik.


surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”


Walaupun ayat di atas merupakan ibrah dari kisah cubaan penyaliban Nabi Isa, namun dapat kita lihat bahawa sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allah itu yang terbaik. Walau kita merancang sehebat mana pun, andai Allah tak izin, takkan berlaku. Disebabkan sekarang masih dalam 'mood' drama Warkah Cinta, saya teringat satu dialog di antara Amir Mukhlis dan Wardah ;

" Jika saya ada segunung cinta pun, tak akan dapat mengalahkan taqdir Allah."

Mampukah tahap tawakkal diri ini sehebat itu ?
Merenung di dalam diri.
Berdoa agar ditetapkan hati.
Walaupun kadangkala terasa diri ini begitu jauh untuk mencapai sesuatu yang baik.
yang elok terpelihara.

********************************************************************************

Disebabkan tidak dapat menghadiri kedua-dua program pada sebelah malam, jadi saya ambil kesempatan untuk hadir ke karnival mahabbah ikim pada sebelah petang.

Ruginya pergi tanpa sebarang pen dan kertas. Malah, saya hadir lambat kerana hujan turun tiba-tiba di kolej. Di dalam penyampaiannya, Sham mengingatkan para ibu bapa untuk memeriksa kandungan telefon bimbit anak-anak mereka. Pastikan paling kurang application Al Quran , atau apa-apa yang berunsur agama turut dimasukkan. Allah akan tanya kita kenapa kita tak lakukan atau tak bendung sesuatu perkara tersebut. Kalau anak-anak minat muzik, masukkan muzik yang berunsur ketuhanan.

Malah, para ibu bapa juga harus up-to-date terhadap perkembangan sains dan teknologi. Ibu bapa perlu jadi "friend" kepada anak masing-masing. Sesekali komen pada page anak sendiri tapi menggunakan bahasa yang biasa anak-anak gunakan. Meraikan dunia anak-anak. =)

Selesai program tersebut, membeli belah semua, saya terus pulang. Baru sekitar 500m , hujan turun dengan lebatnya.



Namun, saya perlu menyiapkan diri dan merehatkan diri seketika kerana sebelah malamnya saya harus bekerja. Jadi, nak tak nak, saya redah juga hujan. Sambil berdoa moga-moga tidak ada sebarang kecelakaan.

Alhamdulillah selamat sampai.Cuma memang basah kuyup lah. Bersihkan diri, kemudian solat asar dan berehat seketika sebelum bertolak ke Seelong untuk mengajar.


Kali ini, saya mula terasa kalimah " saya tak pernah tak serius " yang selalu saya ucapkan bila mana merencana program.

Ya
saya tak pernah tak serius
hingga setiap hari memohon petunjuk
 merencana dengan bersungguh
Hingga doa khusus dituju

Saya tak pernah tak serius
kerana Setiap bait disimpan sebagai harapan
Misi untuk memperbaiki diri dan iman
Hingga berguna untuk ummah sekelian

Saya tak pernah tak serius
kerana hanya di dalam doa bertemu
Tanpa pergerakan cuma terus dari kalbu
Memohon terus kepada Penciptaku

Saya tak pernah tak serius
kerana tawakkal itu tempat tertinggi
Disamping berusaha petang dan pagi
Moga rencana diredha Ilahi.




Jangan terlalu bimbang perkara yang belum berlaku,
Buat saja persediaannya.

Mudah dilafaz,sukar dihadam. Allah, bimbing hati ini menujuMu.




No comments:

Post a Comment