Saturday, March 9, 2013

Allah Sedang Melaknat Kita

Assalamualaikum semua.

 DOsa.
Kita ini manusia biasa. Tidak maksum. Kita sendiri tidak boleh mengesahkan bahawa tanpa hari yang tanpa kita melakukan dosa. Cuma Allah sahaja yang tahu. Lantaran itu, kita digalakkan untuk bertaubat, dan memohon keampunan setiap hari. Rasulullah s.a.w sendiri yang tidak melakukan dosa beristigfar sebanyak 70 kali sehari, sedangkan kita yang jauh bedanya dengan keperibadian Rasulullah s.a.w, amat sedikit sekali bilangan zikir yang kita lafazkan.

Muncul satu perspektif di mana seseorang itu hanya takut jika dosanya dibalas saat di dunia lagi. Takutnya hingga tidak kisah andai dibalas di alam akhirat. Astagfirullah. Moga kita semua dijauhkan dair perasaan ini.

Setiap perkara yang kadangkala kita buat tak jadi, walaupun dah bermacam-macam persiapan di lakukan, tidak mustahil ia adalah balasan Allah di atas dosa yang kita lakukan. Sampaikan ulama zaman dahulu boleh kesan dosa yang mereka lakukan melalui sifat binatang tunggangan mereka.

Di dalam kitab yang dibincangkan ( saya lupa sebab hadir lewat ke majlis ini ) ini juga diceritakan bahawa tanda ada dosa pada diri kita ialah muka kita kehitaman. Allah. Dalam keadaan sekarang, kita sendiri dapat lihat kadangkala di televisyen mereka yang ditangkap atas penjenayahan yang dilakukan. Mungkin ada di kalangan kita akan mengatakan " Tengok muka pun dah nampak takda nur nya.."

Persepsi ini sesuai untuk kita sendiri bermuhasabah diri. Lihatlah muka di depan cermin. Nampakkah nur nya ?Hebatnya Allah, Allah tidak membuatkan dosa itu mempunyai bau. Jika ada bau pada setiap dosa yang kita lakukan, pastinya diri ini dijauhi orang.Allah.............


Allah Melaknat Kita
Di dalam kitab ini juga ada dijelaskan mengenai bagaimana seseorang itu dilaknat Allah. Keadaan ini hadir dengan cara Allah hukum dengan begitu susahnya untuk kita keluar dari arena/ zon dosa yang kita sering lakukan. Bukan itu sahaja, malah balasan atau azab yang paling ringan yang Allah beri pada kita ialah hilangnya rasa nikmat beribadah kepada Allah.

..............
....................
Astagfirullah...di mana kedudukan aku di sisiMu..
Terasa semakin jauh aku denganMu...

Dosa juga merupakan satu objek yang mempunyai sangkut pautnya. Ulama' mengumpamakan seperti seseorang yang berjalan di atas lumpur dengan memakai jubah. Kerana susahnya berjalan, lumpur-lumpur akan terpalit pada jubah, kemudian kita akan susah untuk berjalan sehingga terjatuh di dalam lumpur.

Imam Ghazali ada menyebut bahawa seseorang itu tidak akan mengabaikan solat jemaah kecuali bila banyak dosa yang dilakukannya. Hal ini termasuk di dalam lelaki mahupun wanita. Namun, ianya berbeza untuk berstatus bujang dan berkeluarga. Untuk yang berkeluarga, sang suami haruslah sama-sama berusaha agar isterinya berpeluang melakukan solat jemaah, baik di surau atau masjid, mahupun di rumah sendiri bersama dengan suami sebagai imam. Perkara ini haruslah dimasukkan di dalam polisi rumah tangga masing-masing. Masakan si suami mahu masuk ke syurga seorang diri tanpa membawa isteri dan anaknya bersama ? Ia merupakan pendapat Ustaz Naim dalam kuliah yang disampaikan beliau.

Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Di antara cara bagaimana para sahabat tatkala menyedari mereka melakukan dosa, mereka akan berjumpa dengan ulama'untuk meminta nasihat. Bukanitu sahaja, elemen taqwa ( FEAR) kepada Allah juga haruslah ditanamkan. Tingginya maqam mereka yang mempunyai taqwa yang high class, sehinggakan tidak risau andai tidak diberi gaji, kerana takut pada Allah itu yang utama.

Kita ? Allah.. permudahkanlah jalan kami menuju ke syurgaMu.


Selain itu juga, berjihad di jalan Allah dan berdamping dengan Al Quran juga merupakan cara untuk kita kembali di jalan yang sebenar. Dan pastinya, solat taubat dan isitgfar jangan dilupa.


Allah. ampunkan kekhilafan kami.
Kekhilafan dan kelalaian kami.
Hingga kami melupakanMu.
Mana mungkin dicapai mutiara yang indah,
andai prosesnya kurang berkah.


Mana mungkin dicapai mutiara yang indah,
Andai hanya mangkuk tanpa ada kuah.

Mana mungkin disentuh mutiara di dasar lautan
Andai hati masih jauh dengan tuhan.

Terima kasih kerana mengingatkan
semoga kita bertemu di landasan kebenaran.

Setia Terus menjalani kehidupan
moga usaha dan niat Allah permudahkan.

No comments:

Post a Comment