Sunday, March 3, 2013

Bumi Berkah UTM- UTM Berselawat

Assalamualaikum semua.


Biar Gambar yang berbicara di tambah beberapa "caption" berguna.



 Forum The Messenger - UStaz Don, Imam Muda Asyraf, Brother Shah Kirit
penuh DSI mengalahkan majlis konvo. ada yang sanggup berdiri dari awal hingga akhir.
AJK pelaksana terpaksa mengeluarkan hampir kesemua kerusi plastik untuk digunakan para hadirin.


Full HOuse !
MasyaAllah Tabarakallah.

Setelah selesai berforum, kami dihiburkan dengan persembahan zikir terapi hafiz hamidun.



Kuliah Talaqqi Syeikh Nuruddin.
Melihat kepada beberapa adab-adab dalam berguru dengannya.
Membuatkan kita ini kadang-kadang menjadikan itu alasan.
Tapi sebenarnya, itulah kunci kejayaan. Saya menyangka bahawa ia akan menjadi kuliah yang serius, penuh dengan fakta dan sebagainya. Namun, jangkaan saya meleset. Kuliahnya penuh dengan nasihat, dan tuan syeikh juga pandai bergurau untuk memastikan kuliahnya kelihatan ceria. Walaupun di waktu petang.

Panggilan takbir yang kuat ketika azan kita tak datang, tetapi panggilan program-program lain yang hanya dipanggil dengan bunyi SMS kita datang berduyun-duyun.

Koreksi diri.

Kuliah selepas zohor menceritakan mengenai mukjizat-mukjizat nabi. Unta boleh bercakap, bulan terbelah dua dan banyak lagi. Kuliah setelaha asar pula membincangkan tentang khalifah zuhud, Umar Abd Aziz. Rumahnya biasa-biasa sahaja kerana sibuk menguruskan rakyat. Seorang yang amanah, apabila menguruskan urusan negara beliau menggunakan lilin yang menjadi hak milik kerajaan. Apabila menguruskan hal ehwal keluarga, beliau memadam lilin tersebut dan menggunakan lilin miliknya sendiri.




UTM Berselawat. Lihatlah bagaima seriusnya Ustaz Don berdoa.
Penuh pengharapan.
Begitulah juga kita.
Penuh berharap. Agar Allah mudahkan.
Allah maqbulkan hajat-hajat kita.




Lihat adik yang kat belakang tu. Mereka dari golongan kurang upaya. Selepas maghrib mereka sendiri telahpun mengalunkan qasidah di MSI. Allah. Malunya dengan diri sendiri. Lengkap pancaindera. Tapi tak digunakan sebaiknya.


gambar credit to : https://www.facebook.com/afiq.huri










No comments:

Post a Comment