Sunday, February 24, 2013

Dengan Mengingati Allah, Hati akan Menjadi Tenang


 Bismillah.

Dahulunya saya sering mendengar ayat ini ;

" Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Namun saya hanya sekadar dengar. Ya lah, dengar di radio surau. Surau sekolah kami memang selalu memasangkan alunan zikir dan lagu-lagu nasyid antara pukul 6.30 - 7.00 petang sebelum masuknya waktu maghrib.

Dengar tanpa penjiwaan. Ibarat makan semasa sudah kenyang.
Tidak terasa nikmat.
Mungkin kerana saya ketika itu sedang dalam arena persekolahan, yang tidak banyak dugaan seperti kehidupan realiti. Di tambah lagi dengan sekolah asrama. Semuanya ada pemantau.

Yang saya tahu, jika saya ada masalah, serabut dengan hati, saya akan duduk di tempat duduk di tepi padang sekolah, seorang diri. Kadangkala waktu malam.

Seorang diri.

Bagi saya itu salah satu cara untuk saya menenangkan diri.

Apabila melangkah ke alam universiti, cara untuk saya menenagkan diri juga sama. Menunggang motor tanpa ada arah tuju, kemudian duduk di satu tempat. Kemudian bermuhasabah.

Tengok langit.

Tengok awan.

Tengok aliran trafik.

Kadangkala saya suka untuk duduk di tepi pantai. Mendengar deruan ombak. Ahh, tenangnya rasa.


Saya tidak tahu mengapa. Cuma mungkin itu cara saya.

Tatkala mengalami saat-saat kejatuhan juga, saya lakukan perkara yang sama. Bersama rakan-rakan MPM saya telahpun ke Pulau Pangkor dan Pulau Tioman.

Di situ saya menenagkan diri. Mendapatkan semula semangat. Harapan. Untuk menguatkan kaki melangkah. Apakah ada kuasa pada ombak yang boleh menenangkan hati kita?

Baru saya sedar. Melalui pembacaan saya terhadap hasil karya Ustaz Pahrol Juoi yang banyak menterkaitkan kita dengan peranan alam semulajadi terhadap kita.

Kita merasa tenang kerana deruan ombak yang memukul ke pantai itu adalah zikir satu makhluk kepada TuhanNya.

Allah. Duduk tersentap.
Zikir itu adalah menenangkan hati. Baru kini saya faham. Faham dengan penjiwaan.

Petang Sabtu yang lalu, saya mendapat panggilan dari sahabat saya;

" Free tak petang ni ?"
" Free. Kenapa ? "
" Nak pergi tak Konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidon? Tiket VIP ."

Allah. Satu persatu cara Allah menggembirakan hati. Maka nikmat Tuhan yang mana lagi kau dustakan, Afdhal....................





Kami hadir awal. Konsert sekitar jam 08.30 malam,namun kami tiba dalam jam 08.15 malam.Duduk mengambil tempat. Bagi yang pernah mendengar album zikir terapi Hafiz Hamidun ini, pasti akan ternanti-nanti peluang seperti ini. Tatkala pertama kali saya mendengarnya, subhanallah ia benar-benar menusuk ke hati. Hebatnya pujian-pujian kepada Allah.Tenang. Dan ia juga menyuburkan bibit-bibit rindu pada al-haramain.

Sedih dan pilu mengenang dosa.
Gelisah mengenangkan dosa yang banyak ini.
Astagfirullah.
Tuhan Maha Hebat. Maha Pengampun.

Kita ini diterima masuk ke syurga nanti kerana redhaNya.
Orang lain nak masuk dengan redha, kau pulak menyusahkan. Dulu kau yang nak macam tu, bila dah dipermudah, kau tak mahu.

Monolog saya sendirian.
Muhasabah diri sendiri.










No comments:

Post a Comment