Sunday, February 24, 2013

SMS Kasih Sayang dari Allah

Assalamualaikum semua.


Rabu lalu, aku disapa oleh rakanku sewaktu mengikuti kuliah zohor.

Beliau menghulurkan kepadaku sebuah borang penyertaan ke Bengkel Mukim Profesional sempena Mahrajan Cinta Rasul yang diadakan selama seminggu di bumi bertuah UTM. Kebetulan harganya juga hanya RM5. Jika hendak dibandingkan dengan harga bengkel yang sama di luar, jauh bezanya.

Tanpa membuang masa, terus mengeluarkan wang untuk wang penyertaan kepada beliau.

***************************************************************************


Pagi Sabtu itu, terus bersiap. Memandangkan lokasinya adalah di Dewan Sultan Iskandar, maka lantas terus menyarung jaket kerja sewaktu menjawat jawatan JKM K10 sebagai persiapan, kerana kebiasaannya di sana sistem penghawa dininnya digunakan.

Sekitar jam 9.00, bengkel bermula. Pelbagai nasihat dan tips diberikan oleh Ustaz Pahrol Juoi dalam menjadi mukmin yang professional ; baik hubungan dengan Allah, dalam masa yang sama hasil kerjanya juga mempunyai kualiti yang tinggi.

Antara perkara yang dikongsikan oleh Ustaz Pahrol adalah soal bagaimana kita meletakkan hati kita dalam menimba ilmu. Ilmu itu umpama air yang mengalir. Air yang mengalir akan terkumpul pada kawasana-kawasan rendah, seiring dengan tarikan graviti air yang membawa air ke kawasan yang lebih rendah.

Begitu jugalah hati kita. Hati kita perlu dibawa ke tempat yang paling rendah (tawadhu') dalam menuntut ilmu, agar mudah untuk kita menimba ilmu tersebut. Di sini suka untuk saya kongsikan beberapa mutiara kata yang saya kutip dari majlis ilmu ini :

ikhlas adalah rahsia.

jangan tengok rasulullah sebagai ikon suami romantik sahaja. Lihat juga peranan rasulullah dan kepakaran dalam perang, perniagaan dan sebagainya.

cabaran kita nak jadi hamba allah, bukan apabila kita pegang tasbih, tapi bila kita pegang "mouse"

 success love preparation

baik dalam islam itu, hanya ada 2. baik sebagai hamba, dan baik sebagai khalifah 

Rasa tak berilmu itu adalah rasa orang berilmu.



Banyak perkara baru yang saya belajar, terutama sekali dalam menjadi hamba Allah yang lebih sempurna. Sudah tentu tidak akan menjadi sempurna, cuma berusaha ke arah kesempurnaan. Bukankah Allah mengira usaha, dan hasilnya Allah yang tentukan ?

Dalam soal pengurusan kepimpinan, ia bukan sahaja melibatkan pengurusan organisasi di syarikat, rumah tangga, malah ia juga turut melibatkan kepada kepimpinan dalam diri. Memimpin hati agar terus utuh mencariNya. Memimpin hati agar terus menerus berusaha mengejarNya.

Pastinya kita juga biasa mendengar tentang pembahagian quadrant sifat manusia. Kita seharusnya berada di quadrant yang keempat.

kredit to saifulislam.com

Kita tidak mahu dipanggil orang surau tapi punya nilai kerja yang tidak profesional. Datang lewat, tidak amanah dan sebagainya. Kita mahu menjadi orang yang hebat hubungannya dengan Allah, dan hebat juga hubungannya dengan manusia. Barulah dipanggil mukmin professional. Nilai mukmin profesional itu juga terkandung dalam 4 sifat-sifat wajib bagi Nabi:

Siddiq ( Berkata Amanah)
Amanah 

Tabligh
Fatanah


Rasulullah sangat dipercayai akan nilai intergritinya. Rasulullah s.a.w juga amat dipercayai dengan kata-katanya. Namun, jika hanya ada 2 sifat ini, dakwah itu mungkin tidak sehebat mana. Ia disertai dengan nilai-nilai profesional baginda dalam menyampaikan info dan bijak dalam membuat keputusan.Banyak perisitiwa yang boleh kita lihat bagi menggambarkan contoh kepada setiap sifat-sifat nabi tersebut.

Dan satu perkara yang paling menarik, ialah untuk menjadi pemimpin, kena banyak membaca atau lebih tepat lagi mendapatkan ilmu. Apabila kita berhenti dari mendapatkan ilmu, bermakna kita berhenti dari memimpin. Memimpin hati ini untuk mendapatkan makanan rohani. Memimpin akal untuk berfikir tentang segala perkara yang boleh menjadi hikmah di atas setiap sesuatu.

Banyak lagi ilmu mengenai pengurusan organisasi. Dan ia baik juga sebenarnya untuk kita teladani. Dan untuk itu, moga saya diberi kesempatan untuk memperincikannya.amin.

********************************************************************************

Sebelah petangnya, saya berpeluang untuk menggunakan baucer buku yang diberi oleh pihak kerajaan kepada hampir 250 000 mahasiswa. Sungguh, Allah menghantarkan berita-berita gembira untuk hamba-hambaNya.Segala buku yang memang saya inginkan,mudah sahaja untuk saya temui. Terdetik dalam hati,



" Allah, banyaknya cara engkau menunjukkan kasih sayangMu terhadap hambaMu yang daif ini."

Terdiam. Termenung seketika.
Muhasabah, berapa banyak perkara yang disuruh Allah kita lakukan, dan berapa banyak larangan Allah yang kita lakukan. Dosa. Moga Allah mengampuni.








Satu persatu buku saya jumpa. Allah mudahkan sebenarnya jalan untuk mendekatkan diri padaNya. Cuma kita sahaja yang sering alpa. Sering terbabas melayan pemikiran yang entah apa-apa. Buku-buku ini, bagi saya sebagai persediaan untuk kita menuju matlamat sebenar kehidupan. Dan setakat post ini ditulis, saya sudahpun menamatkan pembacaan saya hampir 2 buku.

Kejadian tersebut yang membuka mata saya betapa jauhnya saya tersasar, bukan sahaja melemahkan saya seketika, cuma ianya membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Persediaan yang bagi saya perlu, sekurang-kurangnya ada bekalan sebelum kita melalui alam yang lain. Baik di dunia, mahupun di hari akhirat. Kupasan mengenai buku ini akan saya selitkan dalam post akan datang jika diberi kesempatan.insyaAllah.






No comments:

Post a Comment