Sunday, February 24, 2013

Mencintai tapi menyakiti

Assalamualaikum semua.

Masih lagi kita diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit coretan. Moga-moga ada yang baik untuk diamal bersama.

Kali ini saya cuba bawakan satu situasi, dan bukan masalah.

hayati babak pada durasi 1:05:00





Saat apabila Furqan ditanya mengapa beliau terus tetap ingin menikahi Anna Althafunnisa, beliau mengatakan kerana beliau mencintainya.

Tapi jawapan Anna " Cintamu ingin amat menyakitkan hatiku.". 


Mencintai tapi menyakiti

Cinta itu adalah satu perkara yang suci. Dan perkara yang suci takkan mungkin disulami dengan situasi atau perbuatan yang boleh mendatangkan benci. Adakah logik saya mencintai nabi muhammad s.a.w andai saya langsung tidak menghidupkan sunnahnya, melakukan perkara yang tidak nabi gemari dan sebagainya ?

Begitulah juga dalam perkara lain dalam kehidupan. Mana mungkin kita mengatakan kita prihatin, ambil berat tentangnya sedangkan hati kita menghantar aura-aura yang negatif yang bukan mendekatkan insan di sekeliling kita kepada Sang Maha Pemberi Cinta, tetapi semakin jauh dariNya.

Sakit adalah satu perkara yang subjektif. Sakit rohani, sakit mata, sakit hati. bergantung kepada cara dan sisi kita melihatnya.

Cinta Ibu Bapa Dengan Menyakiti Anaknya ?

Dalam konteks ibu bapa, kita sering lihat, dan juga sering mengalami satu situasi.

Situasi dipukul, dirotan oleh ibu bapa ataupun cikgu.
Dan ibu bapa akan katakan " ibu buat sebab sayangkan kamu."
" Ayah tak nak kamu join dorang buat perkara yang tak berfaedah."

Cinta ibu bapa, ya kadangkala dilakukan dengan menyakiti anaknya. Jika kena caranya , insyaAllah anak-anak mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama berulang kembali. Anak-anak sudah tidak ataupun mula kurang melepak dan sebagainya.

Bukankah mereka melakukan sedemikian untuk membawa anak-anak mereka lebih dekat pada ilahi.

Bersediakah untuk disakiti?
Ya.Kita harus bersedia. Ini merupakan salah satu medan ujian terbaik untuk kita menilai sejauh mana tahap "antivirus" untuk hati kita. Adakah selalu dikemaskini, atau sekadar janji ada.

Hati juga perlukan antivirus. Antivirus yang berterusan.
Kadangkala hati yang pada awal niatnya bersih, boleh saja dibius oleh syaitan.
Tanpa kita sedar.

Kadangkala kita lakukan sesuatu pada awalnya kerana nilai persahabatan, nilai kekeluargaan, atas bantuan sesama muslim, namun jika tidak dikawal dengan sebaiknya, secara halus syaitan menusuk hati kita dengan benang-benang yang menguatkan makhluk bernama nafsu.

Nafsu yang inginkan kesenangan. Yang inginkan hanya perkara yang menggembirakan hati.
Dari niat yang baik kita dari hari ke hari semakin pudar.
Jika dulu niat untuk membantu,
kini niat untuk mengharapkan sesuatu.

Allah selalu hantar signal Kepada HambaNya

Pernah anda merasi hati yan gundah gulana.
Gelisah.
Seperti ada yang tak kena.
Seolah-olah tangan dan kaki diikat kuat.
Saat itulah sebenarnya Allah menghantar isyarat-isyarat melalui "wifi" Allah kepada kita.
Untuk memberi peringatan kepada kita.Namun, dek kerana asyik dibuai nafsu, lupa seketika semuanya.
Allah, nipisnya iman kita.

Terima Kasih Kepada Mereka Yang Mengingatkanmu


Tidak semua mampu untuk menahan gejolak nafsu masing-masing.Natijah dan azam yang kuat mampu menundukkannya. Kadangkala ia perlukan satu situasi untuk memastikan keadaan dan situasi tersebut dapat diselesaikan. Dan apabila diselesaikan, segeralah mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu, kumpulan yang sama-sama membantu kita semua.

Terima kasih kerana anda telah memudahkan urusan orang beriman.
Terima kasih, kerana kembali menghadirkan sinar nur di dalam jiwa ini.
Terima kasih kerana kini aku semakin bersemangat untuk menyempurnakan agamaku.
Kini aku harus kuatkan syukur dan tunduk pada persatuan dan janji Allah.

Kerana Engkau.
Punya Cahaya.
Yang terpelihara.













No comments:

Post a Comment