Sunday, February 3, 2013

Mendaki Gunung Kinabalu Part 2

Assalamualaikum semua.

Malam ini (24 Januari ) ialah malam maulidur rasul.  Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w di atas segala pengorbanannya. Maka, mendaki ke puncak pada malam maulidur rasul pastinya harus disaluti dengan sulaman ibrah (pengajaran ) dari sirah Rasulullah s.a.w . Mendaki ke Gua Thur, Gua Hira', perjalanan di tengah malam ke Madinah. Allah. mendaki 2km sahaja, dibandingkan dengan perjalanan Nabi ke Madinah, jauh besar bedanya. =)

Pukul 1.00 pagi, kami bersiap.Tapi lebih elok jika peralatan yang nak digunakan bagi sesi kedua ini disiapkan sebelum tidur. Nanti mudah sahaja,bangun tidur, cuci muka terus bersiap. Restoran di Laban Rata dibuka pada jam 2.00 pagi. Jadi, jam 1.30 tu eloklah mula turun. Makan pun ala kadar,sekadar alas perut.

Jam 2.30 pagi, setelah panaskan badan apa semua,minyak pun dah sapu, jadi kami pun mulakanlah perjalanan kami ke puncak.

Perjalanan dari Laban Rata(6.0km) ke Sayat Sayat ( 7.0km) kebanyakannya tangga. Cuma di 300 meter terakhir, kena mendaki menggunakan tali.Sebab di sebelah tepinya adalah tebing. Jadi memang kena hati-hati.

* kalau rasa tak larat, bagitau. Tapi jangan berehat lama sangat. Baru berapa km kan.
* kena bersabar sikit waktu naik menggunakan tali ni. Kadang-kadang kita nak cepat, tapi orang depan lambat sedikit. Jadi bersabarlah ye !

Mental memang kena kuat. Setelah tiba di Sayat-Sayat, perjalanan tidak ada tangga lagi. Semuanya batu-batuan. Jadi lebih mudah.Tapi apabila semakin tinggi altitud, semakin nipis oksigen. Memang akan rasa cepat letih. Jadi ambil masa untuk minum air. Teknik yang saya gunakan ialah Teknik 50 langkah.Berjalan 50 langkah, kemudian berehat. waktu Rehat tu lah nak tengok pemandangan, tengok awan, bintang. Subhanallah. Nikmat mata Allah beri tengok kebesarannya .

Saya dan Guide kami, Stanley @ Stan naik bersilih ganti.Kadang-kadang dia di depan, kadang-kadang saya di depan. Kemudian, kami berjalan bersama-sama mendaki.Bahu ke bahu.haha. Mula-mula 50 langkah. Kemudian 100 langkah. Kemudian ada lebih kurang 30 meter mendaki secara berlari.


















mintak maaflah.mata tak dapat tahan cahaya flash kamera.


Apabila dah sampai ke 8.0km,kami rasa lega. Jadi ,perjalanan kami sudah tidak jauh.700 meter lagi. Puas kami mencari signboard 8.5km tapi tak jumpa-jumpa. Mendaki mengikut arah tali .Sehinggalah apabila kami tiba di satu kawasan,kami lihat di situ ramai orang berpusu-pusu ke situ. Itulah Summit !

Apalagi,masing-masing terus bergerak cepat untuk ke puncak. Alhamdulillah, kami tiba pada 5.02 pagi.
Allahuakbar ! rasa sebak sebab mampu mendaki untuk kali kedua di hari yang mulia.selawat dan salam ke atas junjungan mulia. Kemudian, saya mengambil kesempatan untuk menelefon umi dan kawan saya dari atas puncak. Subhanallah.pemandangan yang dinantikan akan tiba.Matahari terbit. Sementara menunggu 2 orang lagi rakan saya yang belum tiba. Setelah masuk waktu solat Subuh, saya menunaikan solat beberapa meter di kawasan rata. Saya tahu sebab saya pernah solat di sana tahun 2009.Qiblat ? tengok matahari terbit.180 darjah.lepas tu ke kanan 10 darjah. Ijtihadkan itulah qiblat kita. =)






 
credit to Shamil

Kemudian, setelah melihat matahari terbit,kami mula bergerak. Pengalaman lepas, saya pening kepala -mungkin kerana terdedah pada cahaya matahari secara terus.


 duit RM 1.hehe. sama kan ?





 ni kamera DSLR bolehlah.hehe. kamera saya,nda dapat bah.

bergambar di belakang puncak duit RM1.


 Saya tiba di Gunting Lagadan sekitar jam 8 pagi. Kemudian, berkemas, menikmati sarapan,kemudian check-out. Kami mula turun ke Timpohon Gate dari Laban Rata jam 10.00 pagi dan tiba di Timpohon Gate sekitar jam 12.18 tengahari.

Boleh saya katakan pengalaman kali ini cukup manis.kerana beberapa perkara yang istimewa saya lakukan di sana. =)

Kemudian,baki percutian ialah melawat sekitar Sabah. Nantikan pada entry berikutnya =)







1 comment:

  1. banyaknye cbrn nak naik...rase cm dri ni x layak je nak daki kinabalu tu..haha... klu ade cite best pasal gunung kinabalu...update lg..

    ReplyDelete