Sunday, February 3, 2013

Day 3 - Poring, Luanti, KK

Assalamualaikum semua.




Petang setelah turun dari gunung, kami bercadang untuk ke Poring Hot Spring. Tapi nampak macam tak cukup masa, jadi kami ke Desa Cattle Farm di Messilau. Di sini sebenarnya ada satu kandang lembu-lembu macam kat New Zealand tu. Tapi waktu kami sampai, waktu operasi dah tutup. Jadi ambil gambar dari luar sahaja nampaknya. Yang penting dah sampai =)


Malam tu, kami berehat di rumah tourist guide kami, Ihsan. Sambil urut-urut kaki bagi lega sedikit. Esok menanti aktiviti yang lagi banyak.

Day 3 (jumaat, 25 Januari 2013)

Pagi-pagi setelah solat Subuh, sarapan, maka tiba untuk meneruskan ekspedisi. Kami menuju ke Poring Hot Spring. Sekitar jam 8.30 kami tiba di sana. Bayaran Seorang RM 3. Di sini, bukan setakat ada air panas, malah ada air terjun,dan yang paling menarik "canopy Walk". Bayaran untuk canopy Walk = RM3. Tapi kalau ada kamera, tambah RM 5. Jadi, kami buat keputusan guna 1 kamera sahaja.



Jumlah Perbelanjaan :
Yuran masuk ke Poring = RM 3
Yuran masuk ke Canopy Walk = RM 3.
Jumlah = RM 6

Pemandangan dari atas Canopy Walk, memang terbaik. Lagi-lagi kami antara orang yang awal sampai, jadi tak ramai orang. Sepanjang Canopy Walk tu ada 3 ke 4 Checkpoint untuk berhenti. Tengok kehijauan alam, dan paling penting tengok flora dan fauna. Seronok, sangat seronok. Lagi elok sebenarnya untuk berjalan perlahan-lahan, tapi bila sekali tengok bawah, dah rasa cuak, maka jalan je lah cepat-cepat.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan di dalam Poring Hot Spring ini dengan menuju ke Air Terjun yang terletak 400-500 meter dari pintu masuk Canopy Walk. Dengan kaki yang masih rasa sakit-sakit selepas turun gunung, kami gagahkan juga untuk ke Air Terjun di sana. Bila dah sampai di air terjun , terasa nak sampai ke Gua Kelawar. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan bah!




memang nampaklah muka keletihan tu. Dah sampai di Gua Kelawar,ingat nak masuk,tapi keadaan di dalamnya memang gelap dan bau yang kurang menyenangkan. Jadi kami turun balik.


Selepas tu, kami turun semula ke air terjun, mandi manda sekejap, kemudian terus ke air panas. air Terjun ni takda dalam sangat, lebih kurang 1.5 m. Jadi, bolehlah rasa macam kena urut bila air terjun tu jatuh bertubi-tubi ke badan kita.Sejuk jangan cakaplah!.

 Kolam air panas ni ada banyak, tapi siapa cepat dialah yang dapat. Kalau tak nak rendam 1 badan, ada bahagian yang boleh rendam kaki sahaja.

Kat sini juga ada kawasan ala-ala Sunway Lagoon yang ada gelongsor tu. Seorang RM 3 rasanya. Kami tak pergi. Not in tentative! hehe.padahal takda bajet!

kemudahan lain : Kedai + tandas+ bilik persalinan



Sebelah petangnya, kami menuju ke Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti.



Bayaran masuk RM 5.

Di sini kami dapat beri ikan makan selama 15 minit.ada lah pihak pengurusan beri kami 1 paket makanan ikan.Mula-mula memang geli, tapi lama-lama dah biasa, ok lah. Setiap trip akan dipanggil mengikut nombor giliran. Kadang-kadang ikan-ikan ni gigit-gigit di kaki pengunjung. Jadi,relakanlah sahajalah.
Kemudahan lain, ada juga jambatan gantung yang merentasi Sungai Moroli ni, tapi tak sempat nak naik.Masa tak banyak.


 Kemudian, kami menuju ke Sabah Tea Garden yang terletak tidak jauh dari Tagal Sungai Moroli. Cuma buat masa ni, keadaan jalannya yang tidak berturap. Jadi, jalan memang agak teruklah.
Di sini juga boleh berpeluang untuk melihat proses penghasilan serbuk teh. Tapi kami rasa tak sempat, jadi pergi restoran minum teh Sabah. Macam-macam perisa ada. Harga pun macam-macamlah. Di sini juga ada dijual serbuk-serbuk teh Sabah, souvenir dan banyak lagi. Ada duit, semua jalan ! haha


aiskrim pun ada bah!


Kat Sabah Tea Garden ni pun, ada chalet untuk tidur. Nak rasa berpagi-pagi di ladang teh, bolehlah cuba. Tapi kalau macam tak da bajet, tak payahlah. Tidur hotel murah je ok dah.

Kemudian, kami singgah sebentar di Pekan Kundasang. Ada kawan-kawan yang nak beli beras bukit dan sebagainya, beli strawberi, jadi, kalau ada duit, bolehlah singgah-singgah. Kalau malas, tak payah.duduk saja bah dalam kereta . Kami juga sempat singgah di Kundasang War Memorial Park. Kat sini sebenarnya kita boleh tengok sejarah yang dulunya ada orang yang dipaksa jalan kaki dari Kundasang ke Sandakan. Kami tak masuk sebab dah tutup. Masuk rasanya RM 5.Kami tak masuk, tapi kami dah sampai kan! hehe





 Kemudian, kami pulang ke KK. Dalam perjalanan,kabus tebal dari Taman Kinabalu sehinggalah ke Tamparuli. Pemanduan berhemah amat digalakkan. Tambah hujan lagi. alhamdulillah tourist guide kami memang superb bab-bab jalan di Sabah.hehe

Malam tu, kami singgah di gerai kawan mak cik kawan kami. Pekena Kelapa Bakar.
1 biji RM 3.
Memang nikmat rasa air kelapa panas-panas macam tu. Nak ambil isi dia pun senang. ada juga Puding/Jelly Kelapa, ikutlah 1 cup ada , 1 biji pun ada. Terpulang untuk anda nak yang mana.

Kami juga sempat makan Lokan. Sedap lokan ni. Bila makan dengan sambal, memang sedap.Makan ni sekadar alas perut sahaja. Kemudian, kami berhajat nak makan malam di Grace Point 66. Lokasi di mana terkorbannya Ketua Menteri Sabah yang pertama Tun Fuad Stephens. Kawasannya cantik. Akhirnya, kami pun makan di Restoran Sempelang. Ada yang makan KFC. Tak jadi masalah mana-manapun.

Makan mee goreng mamak ayam + kopi panas = RM 7

Esok, bersnorkelling. Jom !!


No comments:

Post a Comment