Sunday, February 3, 2013

Day 4 - Pulau Manukan, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Perdana Park

Assalamualaikum semua.

OK. hari ini, aktiviti snorkelling. Jadi kami terus ke Jesselton Point.


Sebab kami datang hari Sabtu, jadi memang ramai sangat. Guide kami buat keputusan kita sewa bot. Satu bot dalam RM 250.boleh muat 11-12 orang.
Bayaran
Sewa bot 1 orang = RM 27
Sewa Google = RM 10
Sewa life jacket untuk snorkelling = RM 10.
Bayaran masuk ke Pulau - RM 3.
Jumlah RM 50.

 sebenarnya, boleh pilih nak pergi berapa pulau. kat sini ada banyak lagi pulau. Tapi sebab rasa semua tempat sama je, jadi pilih pergi ke 1 pulau je lah.

Dari jeti tu dah boleh nampak bah ikan-ikan semua.cuma peringatan, sebelum pergi tu;

*bawaklah makanan/minuman sendiri. kat pulau, harga pulau lah !
* untuk keselamatan, pakailah selipar  semasa snorkell. sebab banyak hidupan laut.jadi, tak nak terpijak.nanti terganggu ekosistem laut.
* bawaklah roti sikit untuk bagi ikan makan. Memang tak digalakkan, tapi nak sampai ke sini bukan mudah kan.
* datanglah pagi-pagi.baru sejuk sikit cuaca.kalau tak, kena prepare lah sunblock.
 kamera saya tidak kalis air.jadi gambar mandi manda nda dapat bah =)

Kat sini juga ada kemudahan lain seperti :
padang bola sepak + bola tampar
Tandas
Surau
Bilik persalinan
Kedai untuk sewa barang seperti tikar, kaki itik, google dan sebagainya
kedai makan pun ada. tapi faham-faham jelah harganya.






 Selesai bersnorkelling. Perut lapar. Jadi,kami makan Nasi Katok di Jesselton Point. Nasi Katok ni kalau tak salah asalnya dari Brunei.



Nasi Katok + Air Mineral = RM3.90 + RM 1.50 = RM 5.40


 Selesai di Pulau. Kami teruskan perjalanan ke Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli.

Student Price = RM 10. ( tiket masuk + minuman free + masuk free tandas)

Dekat dalam rumah terbalik ni, tak boleh ambil gambar. Yelah, nanti tiadalah keseronokan nak datang. Kat luar tu, bolehlah ambil gambar. ada Kereta Kancil Terbalik.

Kat dalam, semua peralatan dalam rumah tu terbalik kecuali aircond. Dari ruang tamu ke bilik air dan sebagainya, semuanya terbalik. Akan ada wakil dari pihak pengurusan yang akan bagi penerangan sepanjang pengunjung berada di dalam Rumah Terbalik a.k.a UpsideDown House.



Selesai 1 destinasi. Kemudian kami ke Jambatan Gantung Tamparuli.

Difahamkan jambatan ni bukan jambatan asal. Jambatan asal ada berdekatan dengan jalan menghala ke KK tapi dah tak digunakan sebab bahaya.
Naik jambatan ni, memang rasalah goyangnya. Sambil waktu kami datang, ada gadis-gadis pekerja G-Mart lalu dan baling roti ke bawah. Ingatkan tiada ikan, rupanya banyak.







Selesai di Jambatan Tamparuli. Kami cadangnya nak cari laluan offroad di satu tempat di Menggatal. Tapi tak jumpa. Terus je lah ke Perdana Park. 
Bayaran masuk ni untuk sewa parking kereta.
Bajetlah dalam RM 5.

Suasana taman yang best, ada track jogging. Musical Fountain ni ada masa-masanya. Mula dari 7 malam sehinggalah 9 malam. Tapi tiadalah direct. Lagu sahaja yang direct, tapi air pancutnya ada masa-masa tertentu. Biasanya dalam 10-15 minit. Lepas tu rehat 15 minit. Lepas tu mula balik.










No comments:

Post a Comment