Sunday, February 3, 2013

Broga Hills

Assalamualaikum semua.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w yang dengan kerja kuatnya, kita menerima hidayah Islam.


Pagi ni, 3 Februari 2013. Hari yang bersejarah. Sebab saya keluar beriadah bersama-sama dengan keluarga saya - Umi, kak lang dan adik sulung saya, Hafiz. Dengan semangat berkobar-kobar mahu menakluk Bukit Broga yang terletak di Semenyih.

Untuk panduan perjalanan, boleh rujuk di link di bawah.

http://www.manmeng.net/blog/2009/02/26/travel-broga-hill/



Tapi rasanya tak susah pun jalan ke sana. Jumpa Pekan Semenyih, cari papantanda University of Nottingham. Jalan lebih kurang 500 meter ke hadapan, memang ada papan tanda ke Bukit Broga. Bayaran masuk untuk kereta ialah RM 2.


Persiapan. Seperti biasa :

a) Kamera. Tak kisah la kamera jenis apa. Janji kamera
b) Kasut yang tidak haus. Pakai la kasut apa-apapun, janji tapak ok lagi. Sebab jalan dia banyak yang tanah. Yelah, dulu belum terkenal, sekarang bila ramai dah tahu tempat ni, jadi jalan dia dah botak la sedikit.

c) Air Mineral. Guna untuk minum, dan juga untuk ambil wudhuk.
d) Bawakla beg sandang bersaiz kecil. Boleh isi air mineral kat dalam beg sahaja. Mudah.
e) Buat senaman regangan sebelum mendaki. Untuk elak kaki cramp dan sebagainya. Elok untuk pakai knee guard untuk turun nanti.

 Setelah sedia, maka perjalanan bermula.
Perjalanan mendaki hanyalah 1.7 km dan puncak Bukit Broga berketinggian 400 meter. Mungkin bagi kaki panjat, memang ini mudah sahaja. Tapi bagi yang tak biasa, memang cungap-cungap jugaklah. Jalan ni jugalah jalan ke Gunung Tok Wan yang sekitar 4.6 km treknya.

Untuk sampai ke checkpoint yang pertama, memang amat perlukan lampu. Sebab kadang-kadang ada alur, ada longkang. Jadi kena hati-hati lah.

saya boleh kata perjalanan sebenarnya untuk sampai ke puncak yang pertama tu mengambil masa sekitar 15 minit bagi yang pakar. Dan untuk sampai ke atas sekali, saya kira paling laju dalam 40-50 minit. Tapi kalau naik dalam pukul 5, takpayah kejar-kejar. Tapi kalau nak tengok tahap stamina, bolehlah naik laju-laju.

Sampai di checkpoint yang pertama, umi dan kak lang dah tak larat. Di sini juga saya jumpa kawan saya ; Z, Paan, Qira. Mereka bawa sekali adik-beradik naik sekali. Sebabkan Z kerja hari ni, jadi dia naik sampai situ sahaja.Paan ? ikut Z jelah.hehe
boleh nampaklah keadaan jalannya kan ? kalau hujan, baik jangan naik.licin bah.

 Jalan ke tempat sebelum curam tu, ada dua. Satu jalan biasa, satu jalan bertali. Tapi malam-malam,anda tak nampak sangat sebab anda akan ikut laluan orang depan anda.Kalau nak cuba yang naik bertali, boleh.cubalah.

Naik ke tempat curam, sekarang dah ada banyak. Ada yang jalan ikut tali, ada yang jalan biasa. Malam-malam tak nampak sangatlah botaknya. Nanti bila dah terang, anda sendiri boleh nampak.

Sampai di checkpoint pertama, dalam pukul 5.45 pagi. Kami mula dari bawah jam 5.15 pagi. Jalan memang bukan untuk sampai cepat, sebab saya bawa Umi sekali. Kemudian, saya dan adik saya meneruskan perjalanan ke puncak yang seterusnya. Nampak macam tak jauh, tapi sebenarnya memang tak jauh.

Sampai di puncak yang kedua, saya jumpa pula dengan Adli, Shamil, Shazuan, Nafis dan Izzat. Tunggu sampai azan, kami solat subuh berjemaah di atas. Qiblat ? Handphone mahal-mahal takkan takda application qiblat ? =)

Selesai solat, rasa macam nak terus stay kat situ je. Tapi rasanya dah alang-alang sampai, baik terus sampai puncak kan. Jadi, kami teruskan perjalanan.  Bila naik lagi atas,







Solatlah di mana-mana. Bumi Allah ni luas. =) 

 Ini salah satu jalan naik ke puncak yang lebih kurang 50 meter lagi.Dia ada 2 jalan. Satu kanan satu kiri. Yang ni yang belah kanan. Yang belah kiri tu mencabar sedikit. Jadi, anda golongan kanan ? meh ikut kanan.hehe. tak kisahlah jalan mana-mana. Janji sampai.







Okey alhamdulillah dah sampai ke puncak. Kami sampai sekitar jam 6.30 pagi. Tunggu matahari terbit. Kita merancang, tapi Allah pun merancang,dan perancanganNya adalah Super Terbaek! Cuaca agak mendung, jadi tak berapa nak nampak matahari terbit. Tapi takpelah, ambil gambar ikut giliran ya.












waktu naik gelap.memang tak nampak keadaan trek. Bila turun, baru tau keadaannya.Memang jaraknya dekat. Tapi disebabkan keadaan trek yang macam ni,memang agak lambatlah sedikit turunnya.



 gambar dengan umi dan kak lang. Nampak muka umi keletihan di situ.

 Bila nak dekat sampai di bawah, boleh dengar pak cik jual aiskrim bunyi loceng aiskrim dia. Kalau rasa ada yang merajuk tak nak naik, cakap je "kalau sampai puncak nanti saya belanja aiskrim. Nak ? "

 dah sampai bawah, macam-macam ada. Air kelapa, air sejuk. Kalau rasa nak beli, silakan.



 okey, sampai sudah ke bawah. Tapi bagi saya, ada beberapa perkara yang agak merugikan.
1)Signboard tidak dijaga. Habis semua kena conteng. Vandalisme. Sampai batu-batu diconteng.
2) sampah sarap yang tak terurus. Ya lah, bayar pun murah. Cuma agak tak baguslah kan untuk kehijauan alam. Tambah banyak dah jalan naik turun, bagus tu bagus, cuma kehijauan tu dah makin kurang sedikit. =)

Jadi,sesiapa yang naik,silakanlah! INi kalilah!

Memang kalau dah kahwin, memang di sini salah satu tempat dituju =).

No comments:

Post a Comment