Friday, February 15, 2013

Hati Umpama Bilah Kipas

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah selamat tiba di bumi Johor Bahru sekitar jam 10.30 pagi 12 Februari yang lalu. Kelihatan masih ada bekas-bekas lecak di jalanraya, menandakan suasana sejak kebelakangan ini bumi UTM ini dibasahi dengan hujan rahmat.
Kesempatan yang ada digunakan untuk mengemas bilik, termasuklah mencuci bilah-bilah kipas. Bila lihat kotoran di bilah-bilah kipas itu, kondisinya sama seperti iman di dalam hati kita.

Bilah kipas yang kita lihat pada awal permulaan semester bagi mahasiswa, pastinya kelihatan putih dan bersih. Namun, jika tidak dibersihkan secara berkala, pastinya deburan yang hanya sebesar zarah itu akan bertambah banyak apabila banyak lagi debu-debu yang berkumpul melekat pada bilah.





Begitu jugalah hati kita. Hati kita pada awalnya suci.bersih. Namun sedikit demi sedikit titik-titik hitam muncul dalam hati. Mungkinkerana dosa yang kita buat. Mahupun dosa yang kita lihat. Allahurabbi. Ampunkanlah kami. Jika kita lambat untuk mencuci hati, pastinya kita terasa sukar untuk melaksanakan ibadah. Sukar untuk bangun tahajjud.

Firman Allah yang berbunyi: “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya..” (surah Al-zalzalah : 7)

Jika hati kita bersih,pastinya mudah kita beribadah kepada Allah. Semakin bersih bilah kipas, semakin laju kipas berputar, semakin mudah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Begitulah sebalikya. Tanpa kita sedar Allah mengajarkan kita dari benda-benda di sekeliling kita.

Kadangkala kekotoran hati kerana faktor sekeliling. Namun, adalah lebih baik untuk kita melihat di dalam diri kita terlebih dahulu sebelum menuding jari mencari kesalahan orang lain. Menjaga hati yakni kesuciannya itu bukanlah mudah. Namun ia mampu dilakukan.

Kita juga tidak dapat menolak bahawa status iman kita yang masih lemah. Kadangkala naik dan kadangkala turun. Namun sedarlah bahawa pintu taubat Allah itu masih luas. Pintu kemaafannya. Masih ada. Cuma kadangkal kita culas dengan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Allah,ingatkanlah hambaMu ini.
Begitu rancak memberi nasihat untuk orang ramai,moga-moga ianya juga masuk ke dalam hati ini.
amin..

No comments:

Post a Comment