Thursday, February 7, 2013

Masa Depan : Kerjaya + Sambung Belajar dan......

Assalamualaikum semua.


Semalam saya sempat untuk bertemu dengan pensyarah yang pernah mengajar saya subjek English, Dr Akbariah. Dr ni dah kira macam penasihat dalam apa benda yang kami ni, anak-anak dia nak buat. Mula-mula dulu Dr galakkan kami sambung belajar di luar negara untuk ijazah sarjana muda @ Degree.

Alhamdulillah saya dapat 2 tawaran. tapi..belum rezeki lagi nak pergi sana. Duit tak mencukupi. jadi, sambung sajalah di UTM Skudai, Johor.

 Kebetulan pagi tu saya sempat berkenalan dengan Dr Shadia, tinggal di Jeddah. Kini menjadi pensyarah di UTMKL. Topik motivasi pagi ialah Dilema Selepas Tamat Belajar - Sambung Belajar vs Kerjaya Profesional. hehhe


Macam-macam idea dan pandangan keluar. Dan bagi saya, itu semua lahir dari naluri seorang ibu yang nak anaknya berjaya. Macam-macam idea. Dan saya sudah banyak kali dengar tentang Tempoh 10 Tahun.

Apa itu tempoh 10 tahun ?

Tempoh 10 tahun ni lebih kurang tempoh masa untuk kita bina kerjaya kita. Jadi, disebabkan saya tak berapa nampak nak masuk dalam master & PhD, jadi saya pilih untuk memulakan alam kerjaya. Jadi, kalau pilih kerjaya, tempoh 10 tahun pertama ni sangat penting.

"Awak pergi belajar kat luar, kutip pengalaman banyak-banyak, lepas tu nanti balik Malaysia, tolong negara sendiri pula" 

" Sekarang nak tolong orang tak mampu, tapi bila awak dah ada banyak duit, rezeki murah, siapa tahu boleh bawak mak ayah, taja orang lain pergi umrah."

" Ni salah satu jihad awak. Satu kerja yang awak buat tu, jadikan zikrullah. Dengan kerja awak yang kecil tu, kapal terbang dapat hantar ramai orang ke Mekah."

" Awak buat la ni untuk anak-anak awak."

Macam-macam negara ; Jerman, Dhubai, Singapura dan India. Banyak tempat, tapi bila keluar sahaja 1 negara disebut, cuma satu sahaja yang saya fikir. Atau lebih tepat lagi, seorang.

Mungkin macam tak masuk akal kalau nak terus 10 tahun, tapi saya rasa duduk 1 tahun secara solo kemudian balik Malaysia kejap. Kemudian datang semula ke sana.

Tapi apa-apapun ni hanya perancangan. Tapi sekarang, saya nampak destinasi terdekat - Singapura.

Kenapa? Singapura dengan Malaysia atau  Johor kan dekat je.=)

" sekarang ni awak kekalkan cara hidup awak. Urus duit dengan baik ........"

Saya makin serius fikir masa depan sebab saya tak nak tangguh lama-lama.
Biar ada perancangan, paling tidak kita dah merancang berapa banyak wang yang perlu kita gunakan untuk belanja seharian, untuk simpanan dan sebagainya.

Cuma harap-harap, saya mampu guna duit saya untuk bawa orang tua saya paling kurang pun buat umrah. Berapa orang nak pergi ? 6 orang. 1,2,3,4,5,6.. saya nak bawa 5orang. Siapa lagi 3 ? Kalau berkesempatan bawa mertua sekali lah. #tingginya cita-cita#
aminnnn.

Niat baik, Allah mudahkan. Dan bagi saya ini mungkin kerana kita serius dalam perancangan. satu persatu Allah tunjuk jalan.

Cuma kadang-kadang bila kita terjatuh balik, kenalah istigfar. Banyak-banyakkan istigfar. Hati kita ni rapuh sangat. Banyakkan buat amal. dan jangan lupa doa. Moga Allah tetapkan hati.

ok. wassalam.

>>- xoxo
>>- D
>>- Published. hahaha





No comments:

Post a Comment