Thursday, January 3, 2013

Ada Apa Dengan 2012 ?

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Allah izinkan sekali lagi saya dan anda semua untuk membaca blog-blog picisan ini.Tulisan sekadar untuk berkongsi, bukan untuk meninggi diri.

Disebabkan ramai sudah yang menghasilkan post sempena 2012, maka saya rasa saya pun tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama berkongsi. Setidak-tidaknya, boleh dijadikan refleksi diri yang lemah ini.Allah.

Setahun yang lalu....


Awal 2012 dipenuhi dengan menjawab peperiksaan akhir semester I 2011/2012. Selesai sahaja peperiksaan, kami team ESTIJA akan bergerak ke Pulau Pangkor untuk Estija 3.0 -Pantai Barat. Tetapi untuk Estija kali ini, hanya anggota lelaki sahaja yang kekal - Saya, Akmal & Elias. Aziemah, Mimie dan Suhaili tidak dapat join. Namun, keluarga kecil ESTIJA ini menerima kehadiran Nizam @ Aji, Nazrin,Farha dan juga Junaidah.


Banyak la juga aktiviti. Seronok,orang kata macam lepaskan stress selepas tamat peperiksaan.Lepas ke Pulau Pangkor, kami menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri walimatul urus sahabat Elias. Malam tersebut, sempat singgah di Padang Kota untuk menikmati Pasembur. Sangkakan harga kurang lebih RM 10-15 sahaja, sekali kena RM30. Elias pula kena RM60.

 Kami sempat singgah ke rumah Jun dan juga Yeop sebelum pulang semula ke UTM. Tapi saya sampai KL sahaja.=)

 Februari datang, misi kali ini ialah jelajah berbasikal dari UTM Skudai sehinggalah ke Perlis. Subhanallah, jika nak difikirkan semula, seperti tidak percaya saya berjaya melakukannya.





Februari juga dihiasi dengan aktiviti-aktiviti untuk menenangkan hati.Dalam tempoh sebulan yang pertama semester II 2011/2012, 3 kali saya pulang ke rumah. Kali pertama untuk membeli buku menggunakan baucar buku 1 Malaysia, kali kedua untuk menghadiri walimatul urus saudara Stan di Gombak, dan kali ketiga saya tak pasti atas sebab apa (terlupa). Tapi tempat yang dituju - Bukit Ampang. Satu lokasi dari atas bukit yang anda boleh melihat 1 Kuala Lumpur. Tempat - tempat begini memang menjadi kegemaran saya untuk menenangkan diri.Februari juga menjadi titik permulaan saya untuk bersetuju untuk mengikuti program kolej kediaman saya di UTMKL, Kediaman Siswa Semarak ke tanah suci. Allahu Allah.

Saat hati berkecamuk, Allah hantarkan berita-berita gembira untuk menceriakan hati kita.Segala-galanya seolah-olah lancar. Saat itu, sesiapun ajak pergi mana-mana, senang je mulut untuk kata ya.


April Tiba

April tiba seolah-olah untuk mengubat duka. Secara tiba-tiba saya mendapat mesej tentang satu perkara yang penting. Selesai berjumpa dan sebagainya, istikharah lah yang tinggal. Tempoh yang singkat untuk memberi jawapan, kira-kira 2 minggu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kemudian, terus berlepas ke Sarawak untuk mengikuti program METT di Kg Bako.


Mak Cik Noriah, tapi saya panggil mak sahaja. Beliau amat baik terhadap kami- saya dan Irsyad. Layanan yang diberikan, Allah.memang tenang je rasanya. Malam pertama di Kg Bako, saya diserang! Diserang oleh penyakit asma. Puncanya sebab salah makan. Makan tapai banyak sangat. Habis kecoh satu kampung. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku.







Kemudian, kami berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching sebelum bertolak ke Sibu untuk ke rumah Azie. Azie bawa kami melancong ke sekitar Sibu, habis semua pelusuk dibawanya. Seronok sangat =)

Pulang ke kampus, rasa berat sahaja mahu sambung kembali kuliah. Kemudian, saya dijemput oleh boss saya, Wan Hazman untuk sama-sama menghadiri Majlis Anugerah Sukan UTM.


23 April 2012 - Saat dimana kami, MPMUTM 2010/2011 dengan secara rasminya dibubarkan dan memberi peluang kepada Rakan HEMA untuk menjalanka kerja-kerja MPM sehinggalah PRK berlangsung.
Saat ini juga METT-rian menjemput saya yang bukan Anak Sarawak ni, untuk ke Majlis Ramah Mesra Anak Sarawak.


24 April 2012 - Selesaikan kerja-kerja terakhir sebelum sebelah malamnya bertolak ke KL untuk kursus umrah sebelum dijadualkan bergerak ke Tanah Suci 27 April (kalau tak salah). Sempat untuk makan malam di luar. Makan malam di malam ulang tahun sendiri. senyum je lah =)

Berat hati untuk pergi, sebab saat itu seolah-olah takkan kembali semula.

Kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah itulah lebih baik. Penerbangan kami ditunda ke Bulan Mei atas sebab-sebab tertentu.

Untuk pengalaman di tanah suci, boleh tengok entri saya yang telah ada. Pengalaman yang seronok, muhasabah diri , dan kembali untuk merawat hati yang sakit.


















  banyak sangat menulis,hehe.cukuplah tu. tengok gambar jelah.


Tahun 2012 ditutup dengan perkara yang penting. Namun, persiapan untuk ke perkara penting harus segera dimulakan kerana tahun 2013 ialah Tahun Persiapan. =)

No comments:

Post a Comment