Sunday, December 30, 2012

Aero Glidder UTM ::Petanda ::

Assalamualaikum semua.


AEROGLIDER 2012


 Alhamdulillah, pagi tadi (29/12/12) telah berlangsungnya program AeroGlider di Aerolab UTM. Glider adalah model pesawat tanpa enjin. Ikut skala. Ada yang buat skala besar, dan ada juga glider yang membolehkan manusia masuk di dalamnya. Macam-macam bentuk yang direka. Ada yang bersaiz kecil, ada yang tingginya hampir mencecah 1.5 meter. Lebih kurang macam tinggi manusia.
Banyak lagi gambar-gambar boleh dilihat di  https://www.facebook.com/UTM.Aerolab

 Seronok dan teruja, di sebalik serabut-serabut tentang PSM dan peperiksaan akhir yang semakin mendekat, Allah hadiahkan satu hiburan untuk kita semua, untuk sekurang-kurangnya kurangan tekanan kita.

Sayangnya Allah dekat kita. Tapi bagaimana kita cuba membalas cintaNya? Allah. malu rasanya, dah 22 tahun bercinta, iman kita masih kurang stabil. Tatkala persekitaran cukup mendorong pun , kita masih lagi boleh terjatuh.


Keadaan ni sama prinsipnya macam mana terbangnya glider.  Glider atau mana-mana kapal terbang perlukan Lift untuk terbang ke atas, dan Thrust untuk bergerak ke hadapan. Ditambah dengan cara baling yang betul, ia akan pergi jauh( range). Cepat atau lambat (endurance) juga bergantung kepada cara kita membalingnya.





Begitu jugalah kehidupan iman kita. Kita yang mengawalnya. Pembaling itu ibarat kita, manakala glider itu pula hati kita. Jika persekitaran mendorong,ia akan memberi lebih daya angkat (lift) untuk kita terus dekat denganNya.Banyak dorongan positif, makin banyak la daya tujah ke atas. 

Thrust pula melibatkan hubungan kita dengan Allah. Yakin dengan ketentuan Allah, ikut cara yang ditetapkan, insyaAllah ia akan terbang. Drag pula merupakan cas-cas negatif dari kita. Dosa kita, kesilapan kita. Ia akan membantutkan pergerakan hati kita.

Adakah kita mahu menyalahkan orang lain ?Sudah pastinya tidak. Kalau dah memang salah diri sendiri, takkanlah nak salahkan orang lain ?

Lancarkan Perang Dengan Diri Sendiri



Jom. Kita lancarkan perang dengan diri sendiri. Cuba sehabis mungkin. Mari sama-sama perbaiki diri untuk bersedia ke arah yang lebih baik. Untuk diri kita, untuk mereka yang selalu mendoakan kita, untuk mereka yang selalu ada di sisi kita. Apabila ramai yang mendoakan kita, bersyukurlah kerana masih lagi ada orang yang prihatin tentang kita. Bagaimana jika dah tiada nanti? Allah. nikmat yang Allah bagi, satu persatu kau persiakan. Satu persatu kau pandang enteng.

" Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan ?"

Moga bermulanya hari baru, minggu terakhir di bulan Disember 2012 ini memberikan penutup yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, satu per satu langkah disusun, walaupun sebenarnya masih ada satu lagi perkara yang belum diselesaikan. InsyaAllah, tamat sahaja peperiksaan, secara perlahan-lahan akan diselesaikan.

Terpanjang pula post kali ini. Semakin banyak menulis, semakin banyak silapnya. Kalau ada salah silap dari post ini, harap diabaikan dan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf. =)

 


No comments:

Post a Comment