Thursday, October 25, 2012

Cinta Itu Persiapan Untuk Mati

Jam kini menunjukkan pukul 3 pagi.
suasana sunyi ini kadangkala bagus untuk kita bermuhasabah.
Menilai dan koreksi diri.
Sejauh mana persediaan kita untuk mati.

Masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini akan beberapa pesanan dari program Marathon Wacana Ilmu anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KDSE.

Kerana dari kaca mata saya, pencinta yang sebenarnya adalah yang berusaha untuk ke 

syurgaNya.


kata-kata yang diungkapkan oleh saudara Hilal Asyraf, seorang motivator muda dalam program malam tadi begitu menusuk tepat di dalam sanubari. Entah mengapa, boleh ku rasakan banyak input-input yang berguna malah memberi sebab untuk menguatkan langkah.

Antara lainnya ialah mengenai persediaan terhadap 3 perkara. Emosi, rohani dan material sebelum menuju ke alam rumahtangga. 3 perkara ini juga diulas dan dikupas semasak-masaknya, sebenarnya memang benar ada kaitannya dengan persediaan ke alam rumah tangga. Saya sebenarnya tidak mahu mengupas sangat mengenai isu ini, tetapi saya mahu sekurang-kurangnya apabila anda ingin mencari definisi cinta, anda menemuinya dengan ruang atmosfera baru; cinta itu memperbaiki diri.

Cinta itu adalah bagaimana kita mempersiapkan diri untuk memimpin diri dan orang lain untuk masuk ke syurga. Pastinya untuk mencapai kejayaan haqiqi iaitu ke syurga, kita perlu menyediakan bekalan dan kelengakapan yang secukupnya. Tanpa ada satupun yang tertinggal

Dalam analogi mudah, jika kita hendak menuju ke dewan peperiksan sekalipun,pastinya kita ingin mempersiapkan segala persiapan yang terbaik. Emosi kena tenang, aspek rohaninya seperti doa dan restu dari pensyarah dan ibu bapa sudah dipohon dan sebagainya.


Namun, dalam masa yang sama, ia menjadi satu persoalan yang menarik untuk dibincang; berapa ramai sudah yang kau bawa untuk didekatkan kepada Islam ? atau kau sendiri yang semakin menjauh ?



Setiap orang mempunyai masa lalu. Masa yang kadangkala membuatkan kita berasa hamba kerana berdosa. Merendahkan diri di bawah langit yangt tersergam. Apakah aku layak untuk memimpin orang lain perlahan-lahan ke syurga ?

Kadangkala kita berasa yakin bahawa kita telah menjumpai yang terbaik, namun perancangan terkemudian hari sedikit sebanyak memberi satu signal untuk kita kembali berfikir. Apakah keputusan ini yang terbaik ?

dan saya juga yakin, bahawa hati manusia itu lembut. Boleh berubah-ubah. Semua inginkan kebaikan. Cuma kadangkala tidak punya 'spark plug' untuk memulakannya. Jika anda rasa inilah masanya, gunakanlah kesempatan ini. Umur kita semua pun semakin berusia. Mati semakin hampir.


No comments:

Post a Comment