Wednesday, December 26, 2012

Membentuk Karakter Nobel Mahasiswa

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah allah masih lagi beri kesempatan untuk saya dan anda semua untuk sama-sama bernafas di dunia. Masih sempat lagi online, bergurau-gurau dan sebagainya.

Dalam kesibukan yang ada, saya cuba untuk mengambil masa yang ada untuk kembali mengasah skil saya dalam bidang penulisan. Ya, rasanya dah dekat 2 bulan tidak ada penulisan baru. Sangat tak produktif. Nak kata sibuk dengan PSM, tipulah.

**********************************************

Membentuk Karakter Nobel Mahasiswa

Minggu lepas (rujuk pada tarikh post ini dikeluarkan) saya sempat mengikuti program marathon ilmu di KDSE. Program ilmiah, dan bukannya program mencari jodoh. Ya lah, kalau siapa yang bukan di UTM, KDSE ialah kolej siswi. Program apa lagi yang berlangsung di kolej siswi kalau tidak program berkaitan jodoh dan sebagainya. Begitulah pola pemikiran kita.

Tapi saya hadir untuk program yang bertajuk Membentuk Karakter NObel Mahasiswa Islam. Penyampaian yang bertenaga dan penuh isi ini di sampaikan oleh Dr Azizan Ahmad, seorang pensyarah kanan dari UKM.

Jika mendengar latar belakangnya, cukup menggerunkan. BUkannya apa, beliau cukup aktif berpersatuan semasa sesi kuliah satu ketika dahulu, namun terus cemerlang dalam bidang akademik, dan tambah lagi beliau di dalam bidang kimia.

Boleh disimpulkan bahawa ciri-ciri karakter nobel mahasiswa islam sama dengan muwasafat tarbiah yang ditekankan oleh Syeikh Imam Hassan Al Banna.

CGPA vs Kejujuran

Permasalahan nilai ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan mahasiswa, tetapi juga pensyarah, Para Profesor dan sebagainya. Ada sahaja profesor yang sanggup menipu data semata-mata supaya artikelnya dimasukkan di dalam jurnal badan-badan profesional.

Akhirnya, penyakit ini menular dalam kalangan mahasiswa sendiri. Salah siapa? Ahh,tak perlu salahkan sesiapa.

Kan Allah dah kata apakah layak kita ni kata kita beriman padahal belum diuji?

Bila kita berpeluang untuk meniru di dalam peperiksaan, ketika itulah iman kita diuji.Dalam kata lain, apabila kita berpeluang melakukan kejahatan, itulah salah satu keadaan iman kita diuji.

Astagfirullah,moga Allah mengampunkan dosa saya dan dosa anda semua.

Menipu Diri Sendiri


Menipu diri sendiri adalah satu fenomena yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Di satu sudut, ia sebagai motivasi untuk kita untuk jadi lebih tabah dan kuat dalam menghadapi cabaran, sementara di satu sudut, ia sebagai jalan untuk kita mendapat keberuntungan sendiri dengan cara yang salah.

Sebagai antara individu yang selalu terlibat dalam program kem motivasi, saya rasakan bahawa saya telah banyak menipu diri sendiri.

Kita berkata pada adik-adik,
" adik-adik kena kuat,Allah uji tanda Allah sayang" padahal tatkala kita diuji, kitalah yang paling lemah. Saat inilah Allah menguji apa yang kita katakan. Dengan kata lain, Walk the talk!

Menulis kena ada feel
Menulis memang kena ada feel. Baru satu persatu ayat yang ditulis tersusun kemas. Saya kena asah kembali skil lama. Sejak darjah 3. Dan saya rasa, bakat saya yang Allah beri ini jangan saya persiakan. Jika tidak bermanfaat untuk semua orang, paling tidak bermanfaat untuk sesiapa yang singgah di blog saya ini.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment