Sunday, July 29, 2012

rAMADHAn

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Allah izinkan saya,anda semua untuk bersama, bertemu lagi dalam bulan ramadhan. Bulan penuh berkah. Bulan untuk melipat gandakan amalan kebaikan.

Abdullah bin Salam adalah salah seorang ilmuwan/tok guru bagi bangsa yahudi.beliau pakar dalam kitab taurat dan Injil. Kemudian beliau berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk menyatakan kesediaannya untuk memeluk Islam. Beliau meminta kepada Rasulullah s.a.w agar berhati-hati dengan kaum Yahudi. Beliau meminta baginda memanggil sekumpulan kaum Yahudi sambil beliau menyembunyikan diri seketika.

" Adakah engkau mengenali Abdullah bin Salam ?" Rasulullah s.a.w bertanya
" ya.beliaulah orang terhebat dalam kalangan kami, guru kami "

kemudian Abdullah bin Salam pun keluar lalu melafazkan kalimah syahadah

Lantas sekumpulan Yahudi itu bertukar kata-katanya dari memuji Abdullah kepada mengutuk dan mencaci Abdullah Bin Salam.

moral : jangan sebab kita berbeza pendapat/idea, kita terus lupa jasa baik seseorang. kalau dia jadi baik, doakan dia istiqamah. kalau dia belum berubah,doakan moga dikurniakan hidayah.

Tawaran Menjawat Jawatan

untuk seketika,  tiba-tiba saya kembali ditawarkan untuk bergiat aktif semula dalam aktiviti kemahasiswaan di kampus. Untuk kali ini, hati saya belum cukup terbuka untuk menerimanya. Acap kali saya berdoa, semoga Allah menjauhkan ia kerana saya cukup bimbang, bimbang gagal untuk memikulnya dengan baik. Saya sedar sekali sumbangan saya kepada insan amatlah sedikit jika hendak dibandingkan dengan orang lain, namun untuk kali ini saya memerlukan tempoh bertenang untuk membuat keputusan yang terbaik.

Setiap tawaran itu datang, ia akan membuatkan saya terduduk berfikir.
Apakah ianya sebagai asbab untuk saya berbagi dengan lebih besar konteksnya ?
atau ianya ujian dari Allah untuk hamba-hambaNya.
Buntu tanpa jawapan. Moga Allah ilhamkan petunjuk yang terbaik untuk diri saya.

Bau Pohon Kurma Haramain

Cuaca di Malaysia kini saya kira kadangkala mencecah 30 darjah celsius. Terasa membakar setiap kali pulang dari tempat kerja. Kadangkala angin yang bertiup semasa cuaca panas itu sedikit sebanyak menambat kerinduan pada tanah suci. Siapa yang tak rindu untuk berada di sana ? Dan kini suasana itu bertambah lagi apabila menonton TV Alhijrah yang menayangkan secara langsung mereka yang berada di Baitullah.

Kadangkala perasaan berada di sana ketika solat muncul. Dari 180 pandangan mata kita, ianya muncul perlahan-lahan.



 


















No comments:

Post a Comment