Sunday, July 22, 2012

Dalam Mihrab Cinta ::

Assalamualaikum semua



Saya meminati muzik. Apabila mendengar lagu, saya lebih gemar menghayati liriknya. Lirik yang cukup seni. Penuh dengan seribu makna. Hatta lagu yang tampak kurang rohnya juga alhamdulillah saya gemar untuk mengislamisasikannya.

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya





Mihrab (dalam bahasa Parsi مهراب atau محراب, dalam bahasa Arab ألمحراب pl. محاريب), adalah sebuah ceruk di dinding sebuah Masjid yang menunjukkan Kiblat, iaitu arah Kaabah dimana orang Islam harus menghadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat. Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada era pemerintahan khalifah Umayyad al-Walid I (705715).

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

kerana cinta pada Allah dan rasul, kita sanggup meninggalkan baik untuk seketika mahupun untuk selama-lamanya harta benda, orang yang kita sayangi , pangkat dan jawatan yang disandang ataupun apa sahaja. Demi menggapai redha Allah. Dan kerana merasai nikmat cinta kepada Allah dan Rasul, kita tidak seharusnya menyesali terhadap takdir yang telah berlaku. Balut ia dengan tangisan taubat, dan hadapinya dengan tenang. Ya, kadangkala kita ingin berubah kearah yang lebih baik, kita berasa malu dengan dosa-dosa kita, keterlanjuran yang telah kita buat.Namun, jangan sesali ia. Kerana ia mengajar kita, mendewasakan kita. 

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Ia merupakan satu hasrat yang ada pada penulis lirik/penyanyi untuk kembali ke jalan yang benar sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hari demi hari berdoa dan berharap semoga sempat untuk kembali dan terus kekal di jalan yang lurus. berdoa Di dalam mihrab cinta boleh didefiniskan dengan masjid/surau atau ruang bilik sendiri di mana selalu bermunajat.


Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

Penulis juga berdoa agar suatu hari nanti semua masyarakat benar-benar mengerti siapa yang paling mencintai kita. Tentunya Allah s.w.t, yang tidak putus-putus memberi nikmat oksigen,sihat,mata dan sebagainya kepada kita.

* huraian ini berdasarkan akal pemikiran saya sendiri. Sekiranya ada salah, mohon ditegur untuk penambahbaikan*

No comments:

Post a Comment