Saturday, July 21, 2012

Jagalah hati

Assalamualaikum semua.
kadangkala sebenarnya disebabkan terlalu memikirkan ke hadapan, kita mengabaikan orang di sekeliling. Hati dan perasaan orang yang ketika ini di sekeliling kita. Merisaukan masa hadapan, tetapi mengabaikan masa kini. Allahurabbi. Astagfirullah atas kelalaian ini.

Rasulullah s.a.w Berpandangan Jauh, Namun Tetap Bersama Para Sahabat 


Rasulullah s.a.w amat menghargai para sahabat. Menghargai dan dihargai. Sentiasa menyampaikan pesanan dan nasihat. Dalam masa yang sama tetap memikirkan tentang umat akhir zaman. Memikirkan tentang saudara-saudara seIslamnya nanti. Sahabat bertanya
" Apakah kami bukan dalam kalangan saudaramu wahai Rasulullah s.a.w ?"
" Bukan,kamu semua ialah sahabatku..Mereka adalah saudara-saudaraku.Yang tidak pernah melihatku tetapi begitu cintakanku"

begitulah kurang lebih sejarahnya.Sebab tu sering kita dengar, dah pergi baru lah kita mencari-cari.Sebab itulah kita dikehendaki menghargai benda,insan, kesempatan yang ada di sekeliling kita. Andai ianya sudah kembali kepada Allah, hanya doa sahajalah yang boleh dikirim. Maka,


Strategi Allah



Kita merancang pelbagai perkara.Tapi kalau dah memang Allah tak izinkan, memang tak kan jadi. Begitulah kehidupan kita. Kita merancang dengan teliti dan terperinci, tetapi jangan sesekali meletakkan 100% kepercayaan kepada usaha akal kita, tetapi jangan lupa Kuasa Allah dalam menentukannya. Hatta untuk perkara 2 3 tahun kemudian pun. Kita memang perlu untuk merancang, tetapi 1 syarat yang perlu kita lepasi. Apakah kita masih dihidupkan lagi saat itu ? Allah. Kadangkala kita tewas. Allahurabbi...




No comments:

Post a Comment