Wednesday, July 18, 2012

kerana hati sudah berbicara

Assalamualaikum semua.
Bismillahirrahmanirrahim.


Pertamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran kerana saya masih boleh berkongsi cerita, sementara anda semua masih sempat membaca coretan saya. untuk tuan-tuan guru, ustaz-ustazah ataupun sesiapa sahaja yang mempunyai tahap ilmu yang lebih mendalam, sekiranya ada coretan saya ini tersalah, maka perbetulkanlah saya.


Alhamdulillah tak lama lagi ramadhan akan kembali bertemu kita semua.Ramadhan yang begitu dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Medan untuk kita semua bertarung dengan nafsu, bermujahadah untuk kekal konsisten dalam melakukan amal. Allahurabbi.Semoga kita semua kuat untuk menghadapinya.


Tuhan Ramadhan
Kadangkala,kita sendiri tergolong dalam golongan ini. Yang berlumba-lumba melakukan kebaikan pada bulan ramadhan, namun hilang konsistennya selepas keluar dari universiti tarbiyyah ini. Astagfirullah. pesanan ini, saya khususkan bukan sahaja untuk diri saya, malah untuk orang lain juga.Jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk kita mempertingkatkan amalan dan terus menerus melakukannya hinggalah akhir hayat.

Hati Berbicara
Sistem tanpa wayar (wireless) merupakan salah satu perkara yang bagi saya ianya dipelopori oleh dunia Islam.Buktinya ialah bagaimana kita berhubung dengan Allah. Kita tak pernah lihat, tapi tetap tunaikan solat. Begitu juga bagaimana rasa cinta Nabi Muhammad s.a.w pada kita.

Maka, saya yakin, setiap perkara,keputusan itu ada hikmahnya.Dilambatkan, ada hikmahnya. Dicepatkan sesuatu perkara, ada hikmahnya. Salah satu mungkin kita kurang bersedia sekiranya kita menempuh ia sekarang dan begitu jugalah sebaliknya. Bermakna, kena bersedialah.mantapkan diri dengan ilmu dulu.

* tak boleh masuk gambar.masalah ni.adeh.

No comments:

Post a Comment