Saturday, June 30, 2012

3 kunci

Bismillah. Allah masih lagi izinkan saya dan para pembaca sekalian untuk masih lagi bernafas di ruang atmosfera ini. Sungguh, dari hari ke hari saya,dan kita semua haruslah memperbaiki diri untuk sama-sama mengizzahkan islam melalui akhlak kita. Namun, jangan sampai terlalu riak hingga mendabik dada, akulah makhluk paling hebat. Nauzubillah.

Alhamdulillah selepas 2 minggu menjalani latihan industri, banyak perkara yang dipelajari. Khususnya saya sendiri lebih dapat lihat apa yang dipelajari. Ternyata pembelajaran dengan hanya mendengar teori tanpa latihan hatta melihat dengan mata kasar tidak cukup. tidak puas. Malah, sedikit sebanyak saya dapat kaitkan antara industri penerbangan ini dengan 'industri hati'.

tayar pesawat merupakan salah satu 'on conditional equipment'. tengok pada penggunaan. kalau ada keadaan-keadaan terutama keadaan fizikal yang memungkinkan berlaku 'defect', maka kenalah masuk bahagian 'maintenance'.

Hati manusia pun sama. tengok pada kelakuan kita. kalau perlakuan fizikal kita banyak dah macam tak berapa di jalan yang lurus, cepat-cepatlah masuk bahagian 'maintenance'.
learn more, pray more.

Minggu ini juga banyak perkara besar yang telah dilakukan, namun saya kira ianya masih perlu disalutkan dengan benang istikharah dan doa moga terus utuh ke jalanNya. Ketika ini di Mesir, Dr Morsi pastinya sedang sibuk menyiapkan kelengkapan-kelengkapan untuk kembali membangunkan Mesir. Antara cabaran yang paling berat pastinya berhadapan dengan dunia barat dan Israel sendiri. Moga-moga Allah memberikan bantuan kepada Dr.

Utamakan yang paling utama

Menentukan perkara yang paling utama dalam kehidupan seharian adalah antara permasalahan utama saya, dan pemuda pemudi zaman kini. Kadangkala saya sendiri tersalah letak. Perkara ini dijelaskan dalam slot Khawatir Syabab di dalam TV Al Hijrah. Anggapkanlah masa yang kita ada ini seperti sebuah baldi yang besar. Kita hendaklah menyusun aturkan perkara-perkara seperti permasalahan furu' ( cabang, atau kecil kecilan seperti bacaan yassin malam jumaat dan sebagainya ), permasalahan utama seperti membasmi rasuah dan sebagainya. Jika kita mendahulukan permasalahan furu', maka kita tidak punya masa untuk memikirkan mengenai perkara-perkara utama tersebut.

Namun , jika kita mendahulukan perkara-perkara utama, maka kita punya masa untuk membincangkan mengenai perkara-perkara furu'.

TV Alhijrah peneman setia

Alhamdulillah, pagi tadi sempat menonton rancangan bual bicara Assalamualaikum dan pagi ini membincangkan tentang ciri-ciri wanita untuk dijadikan isteri. Topik yang bagus, dan panel jemputan ialah Ustaz Mohd Izhar Ariff. Antara ciri-cirinya ialah:

- Menjaga solat.Baik dari segi bacaannya dan sebagainya
- Menjaga Al Quran. dalam erti kata mudah, membudayakan Al Quran
- Sekufu. Dan sekufu ini merangkumi banyak aspek seperti kesihatan,kewangan, keturunan dan banyak lagi.
- Baik akhlaknya.

dan ada lagi beberapa ciri yang tidak sempat saya salin. Astagfirullah.

Dalam bab kesihatan, adalah perlu untuk kita memastikan diri ini tidak ada penyakit yang berjangkit seperti HIV (nauzubillah.) dan haruslah merujuk kepada nasihat doktor jika masih ingin berkahwin.

Dalam hal-hal seperti baik akhlaknya, menjaga al quran dan solat, maka pada pendapat saya ianya adalah hal yang penting namun ianya boleh dimulakan dari sekarang, dan bukannya selepas perkahwinan. Dan tips ini bukanlah saya tujukan kepada sesiapa, tetapi lebih kepada diri sendiri. Sebagai peringatan untuk diri sendiri untuk bersedia dan mengatur jalan supaya betul-betul bersedia pada saatnya nanti.InsyaAllah amin.

Saya juga tertarik dengan pesanan Ustaz Badlishah,
lelaki kalau nak kahwin kena cukup  3 kunci dulu; kunci pejabat; kunci kereta (kenderaan ).

Maka, aturlah kehidupan supaya segalanya sudah disediakan untuk kemudahan bersama. Amin.

No comments:

Post a Comment